Alhamdulillah sis baru berkesempatan buat itinerari ni untuk korang semua. Gigihkan diri membaca ye. Ni sebenarnya unpredictable vacation okay! Sis dengan Mak Teh dah plan macam-macam tapi tak menjadi.

Mak Teh ni antara travel buddy sis yang tak pernah mengecewakan! Kita orang dah lama suka ‪backpack‬. Tahun lepas nak pergi Lombok then Mak Teh sorang ja pergi sebab clash dengan tarikh presentation FYP sis then burn deposit RM300.

Plan nak pergi Tokyo pun tak jadi sebab travel agent pulangkan duit deposit, tak berani nk teruskan sebab matawang kita jatuh teruk! Fuhhh! Kali ni tak plan dan menjadi. Pergi redah sendiri tanpa agent. Sis study route pun last minit.

Harap itinerary ni boleh dijadikan rujukan untuk korang semua. Mana tahu rezeki korang pulak jejak kaki ke sini.

Route sis adalah Langkawi – Guangzhou -Shenzhen – Hong Kong – Guangzhou -Langkawi. 8 DAYS only RM1537.50 per person for 2 pax ALL-IN.

tip-bercuti-di-guangzhou-7

Langkawi

tip-bercuti-di-guangzhou-8

Depart at LIA

FLIGHT TICKET (return) & LUGGAGE 20 kg (time balik sahaja) – RM275

AirAsia is opening new route from Langkawi to Guangzhou. Since kami orang Utagha, so apa lagi ambil lah kesempatan yang ada. Boleh tengok view yang cantik dan beli coklat banyak-banyak!

VISA – RM105 (double entry)

1. Buat visa di kedutaan China dekat dengan Ampang Park tu okay. Paling lama dalam masa 3 hari boleh siap.
2. Ataupun macam kami orang Utagha malas nak turun Kolumpoq, kami upah orang ja buat. Harga berbeza sedikit lah. Hihi.
3. Kena buat double entry naa. Jangan buat loqlaq buat single entry, sat lagi tak pasal tersekat kat sempadan Hong Kong.

FERRY FROM KUALA KEDAH (return) – RM46

Nak dekat 2 jam nek ferry dari sini. Sis tidur ja nak elak muntah. Huhuhu.

TAXI JETTY TO AIRPORT (return) – RM30

FOOD FROM MALAYSIA – RM8.90

Maggi cup sorang 3 cawan
Roti Tiger sorang 2 bungkuih
Kopi 3 in 1 Nescafe
Saja beli buat spare takut kebuloq. Lulz.

tip-bercuti-di-guangzhou-2

Yuexiu park

tip-bercuti-di-guangzhou-3

Masjid Guang Ta

tip-bercuti-di-guangzhou-4

Masjid Saad Bin Abi Waqqas

tip-bercuti-di-guangzhou-5

Pearl River

tip-bercuti-di-guangzhou-6

Bullet train

ACCOMODATION

1. JIA MEI HOTEL – 94 Yuan = RM60

Hotel baru bertentangan Masjid Guang Ta di Guangzhou. Memang superb!

2. HOMESTAY MAKCIK JUMPA TEPI JALAN  50 Yuan = RM32

1. Dah book hotel lain sebenarnya tapi cancel last minit sebab rushing. So kita orang rembat ja lah rumah makcik ni. Ni dekat Shenzen dah. Dekat gila dengan Metro Shenzen (Louhu)
2. Yang ni korang kena pandai cari yang trusted okay. Sis pun jenis serbu jugak tapi serbu bertempat. Pilih hat berjenis.
3. Sis kira dok ulang ayat “shuijiao pianyi-pianyi!”. Sampai makcik tu bagi hat paling murah la. Maksud dia “tidur murah-murah” hahaha.

3. MICRO HOTEL – 95 HKD = RM51

1. Dah nama pun micro. Memang comel sangat bilik nya. Haha. Tapi kita orang okay je. Yang penting dapat tidur dengan selesa! Design ala-ala hipstur dengan hiasan dari IKEA.

4. LUNGWA HOTEL –  115 HKD = RM62
Not bad la. Owner husband and wife yang sangat sweet. Hahaha. Bilik dekat Hong Kong memang kecil kalau nak yang murah. Well, taraf hidup sanakan tinggi.

5. TAISHENG HOTEL– 69 Yuan = RM44
Hotel ni dalam shopping mall. Terkejut sis! Nasib baik jumpa. Strategik gilos sebab dalam 5 minit je jalan dari Metro exit Beijing Road. Turun hotel boleh terus shopping!

FOOD & BEVERAGE

1. HUI MIN FANDIAN RESTAURANT (exit Ximenkou)
1. Kawan sis kerja kat sana so dapat la jumpa dia sat. Dia belanja then lepas sarapan dengan kami, dia terus pergi kerja. Xiexie Ruby! Women ai ni lahh.
2. Kedai ni sentiasa penuh so kena cepat2 isi kekosongan noh. Sedap giloss mknn dia. Tetiba jatuh cinta dengan dimsum dan bubur ikan dia!

2. NUR BOSTAN MUSLIM RESTAURANT (exit Ximenkou)
1. Satay kambing – 10 Yuan= RM6.40
2. Fried spaghetti – 23 Yuan = RM14.70
3. Mineral water – 5 Yuan = RM 3.20
4. Satay kambing wajib cuba okay memang berbeza sangat rasanya dari Malaysia.

3. MR.KEBAB RESTAURANT (exit Tsim Sha Tsui)
1. Chicken Briyani – 35HKD = RM18.90
2. Mineral water – 10HKD = RM 6.40
3. Jenis kalau kedai makan pak-pak Arab ni memang portion banyak so korang boleh kongsi 2 orang untuk 1 meal okay!

4. ISLAMIC CENTRE CANTEEN (exit Wan Chai)
1. Rice with sliced Beef and Vege – 31HKD= RM 16.80
2. Hot tea- 10HKD = RM5.40
3. Mineral water- 6HKD = RM3.30
4. Kat sini paling murah! Lepas makan boleh terus solat berjemaah di sini dah nama pun Islamic Centre. Huhu.

5. McD (exit Yau Ma Tei)
1. Large fries – 12HKD = RM6.50
2. Cappucino mcCafe – 15HKD= RM 8.10

6. EBENEEZER’s KEBABS & PIZZERIA (exit Wan Chai dan Central)
1. 1 set Meat lover Chicken tikka with Rice + mineral water – 55HKD= RM30
2. 1 Lunch set Gyros Kebab + mirinda orange – 55HKD = RM30
3. Breakfast dekat Wan Chai,lunch dekat Hollywood Road .Dia banyak cawangan. So tak risau sangat makanan halal kat Hong Kong ni.

RESTORAN CINA MUSLIM (exit Ximenkou)
1. Mee Tarik – 13 Yuan = RM8.30
2. Dumpling – 10 Yuan = RM6.40
3. Air Soya – 2 Yuan = 1.30
4. Sedap sampai teringat-ingat bila balik Malaysia. Then pelayan dia pun baik yakmat! Kiteorg tak solat lg dia siap tolak meja mkn suruh solat kat tepi. Kedai dia bersih gila okay!

MINTLEAF RESTAURANT (exit Beijing Lu)
1. Teh tarik – 24 Yuan = RM15.40
2. Fried beef noodle – 38 Yuan= RM24.40
3. Haa dekat kedai ni sila la korang suruh mamak yang masak okay. Baru ada feel sebab kat sini the only one mamak ja yang ada sebagai chef.

tip-bercuti-di-guangzhou-10

Japan village

tip-bercuti-di-guangzhou-11

Europe? Niagara Waterfall. Fuhhh!

tip-bercuti-di-guangzhou-12

Rumah makcik jumpa tepi jalan

tip-bercuti-di-guangzhou-13

Our view. Huhu.

tip-bercuti-di-guangzhou-14

Border ke Hong Kong

TRANSPORTATION

1. METRO GUANGZHOU & METRO SHENZEN
1. Sebenarnya korang boleh beli Metro kad dekat 7E macam touch & go tu. Tapi kita orang tak beli sebab metro Guangzhou dengan Shenzen berbeza so malas dah nak tukar-tukar kad. Kita orang just bayar metro cash manual kat mesin je.
2. Airport – Ximenkou – 7 Yuan = RM4.50
3. Total used – 27 Yuan = RM17.30

2. Bullet train GUANGZHOU-SHENZEN
1. Keretapi laju macam dekat Jepun tu! Tak dapat naik kat Jepun, naik kat China pun jadi laa. 1 jam 30 min je untuk 190KM perjalanan. Sangat selesa untuk kelas ekonomi!
2. Beli di kaunter guna passport naaa. 79.50 Yuan = RM51

3. Cruise at Pearl River – 68 Yuan = RM43.60
1. Serius ini wajib cuba! Feeling-feeling Titanic lepas tu tengok bandar Guangzhou yang bercahaya sepanjang Pearl River.
2. Pi dengan suami mesti romantik habisss!

4. MTR at Hong Kong
1. Louhu to Kowloon – 42.50HKD = RM23
2. Adult tourist Day Pass- 65HKD = RM35 (unlimited) so korang boleh guna sepuasnya 24hours! Kalau nak pergi Disneyland better beli okay sebab Mahal sikit nak pergi sana. So seharian korang boleh main swap je naik MTR. Havoc gila!
3. Total used – 57HKD = RM30.80

5. BUS to OCEAN PARK(return) – 20HKD = RM 10.80

6. PEAK TRAM
1. Return -83 HKD = RM 45
2. Ni package skali naik sky terrace! Not bad. Yang bad nya bila naik sky terrace nampak kabus ja. Bad weather, tadak rezeki.
3. Tram ni macam hat naik bukit bendera tu tapi yang ni lain banyak laa dari sana. Hihi

7. HIGH SPEED EXPRESS TRAIN
1. Dari Kowloon – Guangzhou – 210HKD = RM113.50
2. Lebih kurang 2jam je nak shoot balik ke Guangzhou. Ok laa tak penat dan selesa!
3. Tapi pelayan dalam train hanya faham Mandarin. Too bad. Sis mintak mineral water dia dok kata hecha (minum teh). Hmmm.

8. MOTORSIKAL beroda tiga
1. Beijing Lu to Lychee Bay (return) – 50 Yuan = RM32
2. Motorsikal beroda dua diharamkan. Sebenarnya dia tak ambil pun orang naik motor ni, untuk orang cacat sahaja tapi dah kita orang macam teringin sangat nak naik, pakcik ni gamble bawak. Nasib tak jumpa polis oii!

9. BOAT at Lychee Bay – 60 Yuan = RM38.50
1. Wajib gak naik yang ni bila datang Guangzhou sebab ni bot yang slow then korang akan lalu kawasan yang berkabus then tiba-tiba jumpa bandar! Macam dalam filem tuu.
2. Husband and wife sangat sesuai datang okay.

10. TAXI from Beijing Lu to Baiyun Airport – 60 Yuan = RM38.50
1. 24hours. So korang tak perlu risau kalau Metro dah tutup atau belum buka.

OTHER EXPENSES

1. Tiket WINDOW OF THE WORLD – 180 yuan=RM115.40

1. Wajib masuk bila datang Shenzen! Ambil metro exit WOTW terus, senang.
2. Kalau korang nak keliling 1 dunia dalam masa 1 hari, masuk lah sini!
3. Nak pergi Paris ke Jepun ke apa ke semua ada. Respek gila depa boleh buat tempat macam ni! Replika bukan kecik-kecik, besar dan nampak real.
4. Pukul 7.30PM ada show, so dont miss it! Sampai ternganga sis tengok depa perform. Huhuhu.

2. Tiket wayang (Beijing Lu) – 30 Yuan = RM19.20

1. Sementara tunggu flight 6.10am kita orang tengok dulu wayang citer omputih yang Leonardo D’caprio berlakon tu. Dah yang tu je paham. Hahaha.
2. Ok laa wayang sana macam Malaysia jugak tapi kecik sikit.

So GRAND TOTAL adalah RM1537.50 untuk kesemua di atas exclude duit shopping sis. Ikut korang lah nak spend banyak mana untuk shopping!

Baca: Itinerari Dan Tips Travel 4 Hari Di Ho Chi Minh, Vietnam

tip-bercuti-di-guangzhou-15

Micro hotel

tip-bercuti-di-guangzhou-16

Masjid Kowloon dan makan!

tip-bercuti-di-guangzhou-17

Victoria Habour!

tip-bercuti-di-guangzhou-18

HK Culture Musuem. Besaq gila sound dia. Sis sempat karok. Lulz.

tip-bercuti-di-guangzhou-19

Avenue of Star. Kena ubah naik atas sebab under construction

tip-bercuti-di-guangzhou-20

Ladies market.

tip-bercuti-di-guangzhou-21

The peak!

tip-bercuti-di-guangzhou-22

Madame Tussauds

tip-bercuti-di-guangzhou-23

Sky Terrace

tip-bercuti-di-guangzhou-24

Hong Kong Disneyland

tip-bercuti-di-guangzhou-25

Ocean Park

tip-bercuti-di-guangzhou-26

Bas ke Ocean Park.

ITINERARI

1st DAY
1. Laksa Teluk Kechai (Kuala Kedah)
2. Dataran Lang,Langkawi

2nd Day
1. Yuexiu Park
2. Masjid Guang Ta
3. Masjid Saad Abi Waqqas
4. Dasha Electronic Village
5. Pearl River
6. Guangzhou Railway station

3rd DAY
1. Window of The World

4th DAY
1. Avenue of Stars
2. Victoria Habour
3. Hong Kong culture museum
4. Masjid Kowloon
5. Ladies Market

5th DAY
1. Disneyland
2. Ocean Park
3. Islamic centre at Masjid
4. Victoria Peak+Sky Terrace
5. Medame Taussads
6. Peak market

6th DAY
1. Hardrock Cafe
2. SOHO
3. Tsim Sha Tsui promenade
4. Arsenal street

7th DAY
1. Lychee Bay
2. Beijing Road Commercial centre
3. Wayang at Beijing Road Mall

8th DAY
1. Balik ke Malaysia, Turun Langkawi again dan shopping coklat!!

INFO

1. Kita orang tak beli SIMCARD sebab kat China kan banned FB, IG, Google. So just guna wifi. Then kat Hong Kong banyak wifi free so tak beli pun tak pe kot. Ikut korang lah. Huhu.

2. Lagi satu kalau nak pergi China, tokong download siap-siap app VPN kat Playstore / Appstore kalau nak online Fb, IG  semua tu. Sis kat Hong Kong baru terhegeh download. Hikhik.

3. Sebenarnya kita orang keliru nak masuk Disneyland atau Ocean Park! Last-last tak sempat masuk then tangkap gambar dekat entrace je. Sebab masa sampai Disneyland, tiket dah naik harga. Masa tengok kat web lain. Bila convert cecah RM300 jugak la. Then terus pergi Ocean Park. Hujan pulak. Apa pun tak dapat. Hahaha. Ocean macam Legoland lah tapi bezanya tak ada Lego dan lagi banyak aktiviti dalam tu. Zoo ada, cable car ada, roller coaster pun ada. Macam-macam!

4. Kalau nak shopping, better shop dekat China. Lagi murah dan penjual pun takkan marah anda bila anda tak nak beli. Kojaq sungguh aunty kat Ladies Market tu sound kami sebab tanya harga banyak kali je pu. Sobsobsob.

5. Pakai kasut sport yang ringan ye untuk elak kaki sakit. Dulu masa pergi Korea gigih sis pakai boot bagai. Last-last boot lekang macam tu jah. Dah nama pun backpacker, toksah dok beqadon sangat laa. Beqadon bahasa utagha. Bahasa betul apa eh?

Ok di harap itinerari ini dapat bagi gambaran untuk korang dan membantu. Apa-apa pun memang havoc habis trip kali ni. Korang boleh layan gambar-gambar sis yang lain di bawah ye!

tip-bercuti-di-guangzhou-28

tip-bercuti-di-guangzhou-29

tip-bercuti-di-guangzhou-30

tip-bercuti-di-guangzhou-31

tip-bercuti-di-guangzhou-32

tip-bercuti-di-guangzhou-33

tip-bercuti-di-guangzhou-34

tip-bercuti-di-guangzhou-35

tip-bercuti-di-guangzhou-36

tip-bercuti-di-guangzhou-37

tip-bercuti-di-guangzhou-38

Baca lagi: 10 Tip Penting Backpacking Secara ‘Overland’ Di China

THE VOCKET MASTHEAD
HYPE
Jom Makan Durian Secara Percuma Di ‘Pesta Musang King’ 13 Dan 20 Julai Ini
Baca lagi →
Artikel di atas disumbangkan oleh Effa Asyifa. Boleh ikuti beliau di sini.