Sambil travel tidak seronok kalau tidak buat challenge. Challenge kali ini ialah: RM200 di Hatyai dan Songkhla untuk 3 hari 2 malam. Baca itinerari lengkap di bawah:

Hari pertama (28/7/2019)

Mala Mala Serve 1
HYPE
Keunikan Rasa ‘Pedas Kebas’ Yang Sedap Di Mala Mala
Baca lagi →

Kami menaiki bas dari TBS ke Hatyai.Kami ambil Bas Sri Maju dimana paling murah rasanya tetapi sangat berbaloi. Tempat duduk selesa dan yang paling penting ada usb charger. Pergerakan pula ada waktu pagi dan malam, anda boleh pilih mahu gerak bila. Kami pilih jam 9 pagi bertolak ke Hatyai. Sebelum sampai ke sempadan, bas akan berhenti di satu RnR untuk ambil passport anda. Mereka akan lakukan pendaftaran untuk penumpang, dan setelah sampai Bukit Kayu Hitam nanti, anda kena turun 2 kali selesaikan pass kemudian naik bas semula. Jangan masuk Danok pula. Sampai sahaja Hatyai, bas ini terus berhenti di tengah bandar *Kawasan Agen Bas*, waktu itu dalam jam 5 petang waktu Thailand.

Untuk berjimat, kami tidak menggunakan tuktuk. Jadi kami dapatkan maps dan lock location tempat kami sampai supaya tidak sesat. Kami dapatkan simcard, nak berjimat 1 sim kongsi sahaja. Hotspotkan ada. Kemudian, kami pusing-pusing mencari kawasan muslim untuk dapatkan kedai makan dan masjid. Komuniti Islam di sini besar juga. Dari segi makanan dan bahasa tidak susah sangat. Ada banyak kedai Halal dan ramai boleh berbahasa Melayu, makanan pun sedap serta masjid pun senang jumpa.

Untuk hari pertama, kami keluar dari Hatyai untuk ke Songkhla. Kami redah dengan berjalan kaki sejauh 3.9KM, memang lenjun waktu itu. Sanggup tidak sanggup hadap sahaja. Kemudian, teruskan berjalan kaki Ke Central Mosque lebih kurang dalam 4.4KM. Sepanjang perjalanan, kami melalui jalan besar dan yang tidak boleh lupa apabila dua tiga kali hampir dikejar Anjing. Waktu itu degupan jantung macam ferrari dah rasa. Selepas sampai di sana kami dapati tiada hostel. Jadi pilihan yang ada tidur di Masjid itu. Alhamdulillah sangat nyaman dan sejuk. Nak selamat, kami tidur bergilir-gilir.

Hari kedua (29/7/2019)

View this post on Instagram

Misi #challenge200Hatyai No Tuk Tuk No Guider w/ @akim_traveller … Log Day 1 – 28/7 … 9 Jam kami ambil masa menaiki bas daripada TBS(KL) ke Hatyai.. Kos perjalanan RM55 bas Sri Maju + kos dokumen border RM5 tapi kalau naik bas nie better sarap dulu sebab dkt nk sampai border baru dia benti makan 😂😂😂 yg best seat selesa + usb charge … Dalam pkul 6 sampai dkt Hatyai tapi bas nie tak benti dkt bus stop tpi tgh bandar.. so kena tag location bas utk balik nnt takut sesat 😥 dekat situ ada money changer rate RM1 = 7.40 Bath dan ada jual simcard jugak dlm harga 29.99Bath.. Complete! … Kami mulakan challenge200 di Hatyai dengan bergerak mencari kedai makan muslim di hadapan train stesen.. *Jgn lupa ambk maps.. sng nak cari.. Ada satu kedai ni dye boleh cakap melayu dan makanan dia sedap especially sambal dia 🤤.. harga dia murah jugak.. 50Bath sorang … Dah kenyang.. kami exercise lagi dalam 2km mencari masjid.. tgk maps dekat.. tapi tak jumpa.. rupanya sesat dkt jalan belakang pasar 😂😂 .. tny2 org situ nasib jumpa satu lagi masjid majjamu dan lepak sana sampai maghrib sambil2 planning ke next stop.. … Tgh2 planning route esok.. kami baru perasan yg Khlonghae floting market buka 3hari jee dan hari ni last day 😅 *jgn study last minit 😂😂.. so kami pon terus berkejar ke sana 3.9km dari tempat kami dan 40 minit jugak jalan kaki 😑😑 … Sampai2 jew dah nak tutup.. sempatlaa ambik footage sikit dan beli air teh ais rasa sama jee dkt Malaysia cuma yg special dapat pasu ultraman & doraemon free dgn harga 30Bath.. Nice jgk tempat nie.. sampai Hatyai mesti datang floating market mcm2 dye jual 😅 … Kami lepak kejap jee then decide nak gerak ke Centrel Mosque Songkhla sebab planning nye besok kami nak tengok view2 nice dkt sana dulu.. … Kadang bila fikir balik kerja tak masuk akal jugak sebab kami jalan redah jalan besar dalam 4.4km sbb punyala nak jimat tengah malam ni.. lecun mandi peluh dan paling penat asyik sampai kilang je mesti kena kejar anjing 😂 … Tapi.. setiap langkah ke masjid tu pahala kan. Misi nak sampai ke Centrel Mosque achive dan kami rasa berbaloi.. sebab apa?.. esok kami share view dia 😏 … Cuba teka.. berap kami spent hari ni🤔

A post shared by Kamarulisham Kassim (@kamarulishamkassim) on

Demi misi menawan Songkhla, pagi-pagi lagi kami telah memulakan perjalanan ke Songkhla. Perjalanan ke Songkhla jika berjalan kaki mengambil masa 6 jam, jadi kami telah menahan van yang lalu lalang. Harga yang diberikan juga akan murah. Sampai di Songkhla, kami singgah di kawasan Community of Muslim. Sarapan disana dan bersebelahannya adalah Songkhla Old Town. Kawasan yang menarik dan bersejarah untuk dilawati. Kemudian, ke Nangam Street Art yang berdekatan tempat ini. Jadi boleh berjalan kaki. Berjalan jauh sikit akan jumpa satu kilang lama warna merah yang dijadikan tempat seni.

Perjalanan di teruskan ke Song Thale Park. Perjalanan sememangnya jauh, nun Di utara tetapi inilah masa untuk kurus. Redah sahaja dalam 6KM, sampai ke sana. Setibanya di sana dapat lihat seekor kepala Naga yang mengeluarkan Air. Jadi kami pun dahaga dan minum di sana air kelapa. Perjalanan di teruskan ke Samila Beach, tapi sambil menuju kesana dapatlah singgah ke Songkhla Aquarium. Di sana ambil gambar dan gerak semula. Sampai sahaja di Samila Beach, dengan cuaca panas, kami menikmati air dan sotong celup tepung di satu kedai nama BumSem. Tapi apakan daya kerana diperdaya harga mencekik darah dan kesilapan dalam komunikasi.

View this post on Instagram

Misi #challenge200Hatyai No Tuk Tuk No Guider w/ @akim_traveller … Log Day 2 – 29/7 … Demi misi menawan Songkhla..kami bermandi peluh. … Dekat 6jam kalau jalan kaki.. so kami pon teruskan berjalan & menahan kenderaan di tepi jalan 😂😂 *6Jam jalan kaki xtaulah bleh smpai ke tak.. So kami dpt van yg mmg nk ke Songkhla dengan harga 34Baht je.. ☺️ *stgah jam je 😏 … Kami start brjalan di NangNgam Street.. *sini popular dgn street art, vintage area, mcm melaka pon ad 🤔.. Dkt sini kawasan komuniti Muslim.. So smpai je terus cari kedai mkn yg ada nasi 😂😂 *refill energy penting.. pusing2 then jumpalah kedai muslim.. banyak pilihan lauk & rasa dye mmg recommend dgn harga baru 40baht lauk mmg bukit … Plan semalam kami nk ke utara songkhla dulu so kami pon jalan melalui tasik songkhla smbil menyinggah di beberapa tmpt yg kami rasa okay.. 😆Banyak jugalah kami pitstop dan kos cari energizer dlm 25Baht utk air kelapa & 10baht utk aiskrim 😋 … Dlm 3jam kami berjalan utk smpai ke Samila Beach.. Terjumpa beberapa tempat yg tak function pon utk singgah cthnya Aquarium 🙄.. Xde pape menarik langsung 😂😂 … Fokus nk ke samila beach utk tgk patung duyung tu jee 😂😂 tp nk ke sampai tu sempatlah kena pau dgn 1 kedai mkn dkt situ sampai 243Baht mkn apa je *suggestion jgn singgah kedai BungSem cekik darah.. 🤬🤬 … Kecewa jgk rasa sbb rugi byk td.. so kami cari tempat yg best utk tenangkan jiwa then ini mmg suggestion 👍🏻Tang Kuan Hill.. tak jauh pon.. 15 minit jee jln kaki dr samila beach tu.. sampai situ korang boleh pilih sama ada nk hiking (free) atau naik lift (30Baht).. korg rasa kami pilih yg mana ☺️ … Sampai atas bukit tu mmg boleh nampak view 1 city Songkhla.. Depan Blkng Kiri Kanan 😂😂 dan ada mcm kuil Pagoda atas tu.. cantik jugak 😆 … Turun jee kami plan nk ke musium2 sekitar town tu.. tapi semua dah tutup 😪so kami terus cari van blik ke Hatyai(34Baht) … Dkt Hatyai kami trpaksa mncari bilik sbb bttry fon,pwerbnk dh abis. Cari2 jumpa Dorm di Hive Hostel.. Nice&Cheap (220Bath) je 1night.. Rest&Charge😁 kami gerak cari restoran halal yg viral dptla 1 kedai Kai Tod Decha puas hati hrga pon notbad 215Baht 😌 … Lepastu?Balik tidola esk jln lg🤣..

A post shared by Kamarulisham Kassim (@kamarulishamkassim) on

Jadi, lepas makan terus ke Samila Beach dapat lihat ikan duyung dan dua ekor patung haiwan iaitu kucing dan tikus serta dikatakan ada kisah di sebalik patung itu. Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Tang Kuan Hill. Dari atas, anda boleh tengok pemandangan satu Songkhla. Dari atas itu dapatlah tengok jauh perjalanan kami berjalan kaki. Anda kalau nak naik boleh daki dengan tangga atau naik lift tapi berbayar 30 Bath. Kemudian, berjalan-jalan sekitar muzium dan meneruskan perjalanan ke Hatyai dengan menaiki van balik. Malam itu kami bermalam di Hive Hotel. Recommended untuk backpackers. Tidur lena malam itu, maklumlah sudah barai kaki tetapi sebelum tidur kami makan malam Di Kai Tod Decha. Harga pon okay. Makanan sedap dan Muslim. Lepas itu berjalan di sekitar night market, harga agak mahal, jadi pulang dan tidur.

Hari ketiga (30/7/2019)

Jadi, hari ini hari terakhir, bangun dengan ceria sebab dapat tidur lena. Selepas breakfast, kami berjalan-jalan di bandar Hatyai. Seronok berjalan sampai tidak sedar sudah tengahari, jadi kami pun makan nasi dan ayam masak cili. Harga bagi makanan tersebut 90baht seorang bermakna RM13 seorang. Kemudian kami sambung berjalan-jalan untuk membeli souvenirs. Kami beli 6 keychains 1 freeze magnet berharga 130baht selepas nego.

View this post on Instagram

Misi #challenge200Hatyai No Tuk Tuk No Guider w/ @akim_traveller . … Log Day 3 – 30/7 … Seronok betul dpt tidur tmpt selesa.. so hari ke-3 (last day) dptla jln pusing Hatyai lgi … Lpas je abs breakfast free d hostel kami terus checkout dan ttbe kami blur xtau nk pegi mana 😂😂 … So pagi tu kami pusing jee cari market2 yg buka dan jumpala beberapa market yg okaylaa cthnya kalu nk cari barang makanan boleh ke Kimyong Market tpi better cari kedai yg bleh ckp melayu.. bleyh nego2 lgi.. … Pusing pny pusing tak sedar dh tghari so kami mkn nasi dgn aym msk cili.. Harga 90Baht sorng mean dkt 13rnggt jgk.. mhal beb.. mkn apa jee 😑 … Lpas mkn kami taruk lgi pusing hatyai tu dan jumpala Pasa Market.. dkt sini fokus dye jual baju.. mcm2 jenis ada.. … Try jgk usha2 tmpat yg recomended mcm Greenway.. situ ada Asian Market dgn foodstation tp buka ptg laa.. so far harga dkt sama jee.. 😅 … Tak tahu nk beli apa.. kami beli souvenirs jee.. 6 keychain 1 freeze magnet dptla harga 130baht *after nego 😂😂 … Dah bosan pusing.. hajat nk balik tunggu bas.. tpi terjumpa kawasan barang borong.. ada kasut, beg, baju.. tak beli pon.. tp kami ambk contact num setiap kedai.. mna thu berguna 😏 … So.. lpas kami pusing2 sambil bt kira2.. dgn currency skrg.. Tak berbaloi sgt pon shopping dkt sini.. sbb boleh dpt harga sama jee dkt Malaysia dan ad jugak dkt Malaysia lgi murah 🤔.. tapi utk dtg jalan2 tgk tempat org okay jee 😎 .. cubalah kira cthnya jersey kosong dkt sini pling murah kami jumpa 99.99baht tukar dlm RM jdi 13.51.. Dkt Malaysia berapa?? 🤨 … Dekat sini utk makan, cari tmpat solat tak susah pon.. even dri segi language okay lgi sbb rmai yg bleh ckp melayu.. As a backpackers kami berhati hati sikit takut kena kencing 😌 so better tny byk kali kalau ragu.. … Ohh.. Hatyai Challenge yg kami buat tu RM200 in Hatyai, No Tuktuk No Guider.. Kami ada baki dalam RM18 lgi dlm poket after puas jln dkt Hatyai & Songkhla selama 3hari 🤪🤪 … Nnt kami share Vlog dgn Itenary sepanjang kami di Hatyai ☺️☺️ … Ohh lupa.. masa kami dtg hari tu beli tiket dkt TBS harga RM55 utk balik pulak kami beli tiket dari Hatyai ke TBS harga dia RM82.. Bas yg sama tpi harga beza2.. 😂

A post shared by Kamarulisham Kassim (@kamarulishamkassim) on

Sudah bosan dan penat berjalan, kami berhajat ingin pulang tunggu bas. Akan tetapi, terjumpa pula kawasan barang borong, ada kasut, beg, baju, tetapi kami tidak beli pun hanya mengambil contact number setiap kedai. Kemudian. kami pulang.

Amaran! Aktiviti ini hanya dilakukan jika tubuh badan anda fit dan bebas daripada penyakit.

Trip Cost via Bus (Sri Maju Bus)

TBS – Hatyai = RM60.00 + 1 Day insuran
Hatyai – TBS = RM82.00 + 1 Day insuran

Ground Cost via Walk #200challenge

Money Changer – RM200 = 1480Baht (RM1=7.40Baht)

Hari pertama – 28/7

– SimCard (Unlimited) = 299.99Baht kongsi 2 org = 150baht
– Makan Petang = 50Baht
Ke Khlong Hae Floating Market
– Minum Malam = 30Baht

Hari kedua – 29/7

– Van Central Mosque – Songkhla = 34Baht
– Makan Pagi = 40Baht
– Energizer (Kelapa + Aiskrim) = 40Baht
– Makan Tengahari = 242.50Baht
– Tan Kuan Hill = 30Baht
– Van Songkhla – Hatyai = 34Baht
– Hive Hostel = 202Baht
– Minuman = 15Baht
– Makan malam = 215Baht

Hari ketiga- 30/7

– Sarapan = Free
– Makan Tengahari = 90Baht
– Minuman = 20Baht
– Souvenirs = 130Baht
– Minum petang = 20Baht

Total spending Hatyai dan Songkhla = 1342.50Baht  (RM181.42)

Lokasi singgah di Hatyai:

– Fresh Market Hatyai
– KhlongHae Floating Market
– Kai Tod Decha
– Night Market
– Kinyong Market
– Pasa Market
– Clock Tower
– Hatyai Railway
– Greenway (Central Festival)

Lokasi singgah di Songkhla:

– Central Mosque Songkhla
– Songkhla Oldtown Gates
– Namngan Street
– Songkhla Lake
– Prince Chumpon Monument
– SamilanBeach
– Tang Kuan Hill
– Pha Thammarong Museum

Nota:

*Ada lagi tempat menarik cuma kami tidak pergi
*Disebabkan kami suka stail backpackers jadi kami minimizekan kos rendah, tetapi untuk anda yang nak datang jalan-jalan ke Hatyai dan Songkhla, minimun kos yang kami boleh cadangkan adalah RM500-RM700.

Pastinya tip dan itinerari ini dapat digunakan oleh anda yang merancang untuk ke Hatyai dan Songkhla. Selamat mencuba.

Artikel di atas disumbangkan oleh Akim Traveller. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka