Salam semua!
Pengalaman trip di Jepun paling tak boleh dilupakan. Tertinggal flight, perasan diri kebal konon awal musim sejuk pakai sweater nipis, kemudian waktu malam mengigil kat Disneyland dan pengalaman heret luggage naik tangga turun tangga kat train station sebab tak jumpa lif.

Bila ingat balik memang kelakar tapi itu yang membuatkan pengalaman kali ini lagi awesome!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

KL – Osaka – Tokyo – KL (20/12/2015 – 30/12/2015) 11 hari 10 malam.

Tiket flight Airasia KL – Kansai, Osaka: RM440
Tiket flight Airasia Haneda, Tokyo – KL: RM445
Hotel Shin Imamiya, Osaka (20/12 – 24/12): RM224
Hotel Palace Japan, Tokyo (24/12 – 30/12): RM477
Wifi Rental Japan 10 hari: 6,440 yen @ RM115
Osaka Amazing Pass: 2,300 yen @ RM85
Kansai Thru Pass: 4,000 yen @ RM148
Kyoto Tower: 700 yen @ RM 26
Tiket Universal Studio Japan (USJ): 7,200 yen @ RM266
Willer Express Osaka – Tokyo: 5,300 yen @ RM196
Suica Card: 2,000 yen + 5,000 yen reload @ RM259
Tiket Tokyo Disneyland: 6,900 yen @ RM255
Tiket metro, subway, train selain daripada JR train: 3750 yen @ RM139

Jumlah kos per pax: RM 3,075

Conversion rate 1000 yen = RM37
Tiket flight exclude luggage, meal & seat.
Kos exclude shopping, makan, Express Pass USJ.

Osaka

Hari 1: Kansai Airport – Dotonbori – Shinsaibashi Shopping Arcade

Sampai airport, terus cari Kansai Tourist Information Center kat Level 1F. Beli 1 Day Osaka Amazing Pass, 2 Days Kansai Thru Pass dan tiket USJ.

Korang boleh guna pass ni untuk unlimited train dan bas, percuma tiket masuk untuk beberapa tempat. Boleh rujuk website mereka untuk maklumat lanjut.

Bermula hari ni sampai hari ketiga di Osaka, kami gunakan Kansai Thru Pass. Dari airport kami gerak hotel untuk check-in. Sebelah malam, melawat di sekitar kawasan Dotonbori dan Shinsaibashi Shopping Arcade.

Hari 2: Universal Studio Japan

Disebabkan dah serik beratur panjang untuk trip Universal Studio Singapore (USS) dulu, kami beli Express Pass sebab nak potong queue. Nak jumpa Harry Potter punya pasal, maka tutup mata jela beli Express Pass 7 tu haha.

Pass ni ada 3 jenis iaitu Pass 3, 5 dan 7. Kebanyakan ride hari tu memang ramai orang. Ada yang waiting time cecah 140 minit untuk 1 rollercoaster ride. USJ tiada restoran atau cafe yang certified halal macam USS. Kami bawa jajan dan bekal dari hotel.

Hari 3: Nara Park – Togetsukyo Bridge – Arashiyama Bamboo Grove – Kyoto Tower

Untuk ke Nara Park, belok kanan selepas keluar dari Nara Station. Lepas 5 minit jalan, korang akan jumpa rusa berkeliaran. Macam kucing dah rusa kat sini bebas merayau.

Kemudian kami ke Kyoto. Kyoto memang besar tak sempat nak cover sehari. Sekurang-kurangnya dua hari kalau nak cover Kyoto. Kami sempat melawat Arashiyama Bamboo Grove, Togetsukyo Bridge & Kyoto Tower.

Lunch hari ni kat Rose Cafe Restaurant. Lega dapat makan nasi. Haha.

Hari 4: Umeda Sky Building – Osaka Castle – Tempozan Giant Ferris Wheel

Hari ni kami berjalan disekitar bandar Osaka menggunakan Osaka Amazing Pass. Bermula dengan Umeda Sky Building – Osaka Castle – Tempozan Giant Ferris Wheel.

Malam kami gerak ke Tokyo dengan menaiki Willer Express Overnight Bus. Dari Willer Bus Terminal Umeda ke Shinjuku Station, lebih kurang 8 jam perjalanan.

Tokyo

Day 5: Ueno Park – Ginza

Sampai di Shinjuku Station dari Osaka pada waktu pagi, terus cari JR kaunter beli Suica Card. Kad ni khas untuk JR train je dan boleh topup banyak kali. Train selain daripada JR, korang kena beli tiket lain.

Settle beli Suica, kami bergerak ke hotel untuk check-in. Tengah hari, kami melawat Ueno Park dan makan di kedai Chicken Man. Selesai makan, kami merayau disekitar Ginza untuk window shopping. Jalan disekitar Ginza sama seperti di kawasan Pavilion, semua butik branded.

Day 6: Shinjuku – Shibuya – Harajuku

Kami jalan-jalan kat Shinjuku, Shibuya dan Harajuku. Korang boleh naik JR Yamanote Line untuk cover tiga tempat ni. Sila makan kebab di Kebab Box J Harajuku, recommended! 2 kali repeat makan sini.

Kat Shibuya & Shinjuku kebanyakan butik seperti Forever 21, Adidas, Nike dan Uniqlo. Kat Shinjuku ada Disney Store. So, kalau korang nak pergi Disneyland, boleh beli tiket di sini.

Day 7: Lake Kawaguchiko, Mount Fuji

Misi hari ni pergi Mount Fuji. Dari Tokyo, naik JR train hingga ke Otsuki Station. Kemudian tukar train, naik Fujikyu Railway.

Boleh pakai Suica, tapi kami beli tiket asing untuk simpan sebagai kenangan. Kalau nak tengok Fuji dari dekat, stop kat Mount Fuji station. Kami stop kat Kawaguchiko station. Dari situ, naik bas pusing-pusing area Lake Kawaguchiko.

Dah turun bas, baru bayar fare ye. Boleh nampak view Mount Fuji dari Lake Kawaguchiko. Ada kedai halal area sini. Kami makan roti naan kat Alladin Indo Restaurant.

bercuti-di-jepun-1

bercuti-di-jepun-2

bercuti-di-jepun-3

bercuti-di-jepun-4

bercuti-di-jepun-5

bercuti-di-jepun-6

bercuti-di-jepun-7

bercuti-di-jepun-8

bercuti-di-jepun-9

bercuti-di-jepun-10

bercuti-di-jepun-11

bercuti-di-jepun-12

bercuti-di-jepun-13

bercuti-di-jepun-14

bercuti-di-jepun-15

bercuti-di-jepun-16

bercuti-di-jepun-17

bercuti-di-jepun-18

bercuti-di-jepun-19

bercuti-di-jepun-20

Day 8: Odaiba

Hari ni plan just nak pergi Odaiba, tengok Gundam, Statue of Liberty, Fuji TV building & G-Shock store kat Aqua City.

Dari Tokyo, boleh naik JR line sampai Shimbashi Station. Kemudian, tukar Yurikamome Line iaitu komuter. Korang kena beli tiket lain, tak boleh pakai Suica. Kat Odaiba, kami tak jumpa kedai halal. Just bawa jajan dan beli kopi di 7-Eleven.

Day 9: Tokyo Disneyland

Sehari suntuk dari pagi sampai ke malam kami lepak kat Disneyland. Banyak ride tak dapat main sebab terlalu ramai orang. Budak sekolah, habis waktu sekolah semua serbu masuk Disneyland. Masing-masing ada Annual Pass mungkin.

Fastpass pun banyak habis. Kesudahannya, jalan-jalan ambil gambar sementara tunggu Parade dan fireworks pada waktu malam. Tokyo Disneyland tiada restoran halal seperti Hong Kong Disneyland ye.

Day 10: Asakusa – Akihabara

Hari ni plan santai cari souvenir kat area Asakusa dan berjalan disekitar Akihabara. Dari hotel kami, paling dekat naik Tsukuba Express. So, hari ni tak pakai Suica.

Kat Asakusa, wajib makan kat Naritaya Cafe ada halal ramen & chicken karaage. Highly recommended! Rasa tak puas mengatah ayam tu haha. Akihabara macam One Stop Centre untuk barangan elektronik.

Boleh singgah Yodobashi Electric Store, tempat jualan semua barang elektrik bawah satu bumbung.

Day 11: Haneda Airport

Check-out dari hotel dan nak balik Malaysia dah! Kami lepak kat Haneda Airport untuk beberapa jam. Ada surau kat situ. Korang boleh cakap guna intercom minta staff airport bukakan pintu surau.

Kalau nak return Suica kat airport, pastikan datang sebelum kaunter tutup. Kalau terlambat tak sempat refund deposit. Maka, simpan kad tu sebagai souvenir jela hihi.

Nota dan tips:

  1. Souvenir paling murah kami jumpa kat Nakamise Market disekitar Sensoji Temple, Asakusa.
  2. Kami google bahan haram dimakan dalam perkataan Japanese, kemudian tunjuk kat staff cafe Disneyland. Walaupun menu ‘Seafood Chowder’ tapi masih ada pork & daging sebagai bahan dalam hidangan tu. So, hati-hati kalau nak order makanan, jika tak pasti kedai tu halal atau tidak.
  3. Hotel kat Jepun cas ikut per person instead of per room. Kami book hotel guna Agoda. Yang paling murah, bilik dorm dan bilik kapsul. Shared bathroom mereka sangat bersih. Jangan risau!
  4. Kalau bawa lauk dalam tin, boleh beli nasi segera di Lawson atau 7-Eleven. Panaskan guna microwave, boleh terus makan. Harga sekitar 297 yen untuk 3 paket nasi.
  5. Boleh beli Onigiri Tuna atau Udang kat 7-Eleven sebagai snek. Harga dalam 110 yen setiap satu.
  6. Harga air di vending machine bermula daripada 100 yen.
  7. Senarai restoran / cafe yang kami singgah dan menu yang dipesan:
    1. Kyoto Rose Cafe Restaurant: Tavuk Doner (1100 yen), Orange Juice (400 yen)
    2. Chicken Man, Ueno: Quarter Chicken & Herb Rice (600 yen), Karaage Medium (500 yen)
    3. Alladin Indo Restaurant, Lake Kawaguchiko: Naan Chicken Curry Set (1,000 yen), Hot Coffee (100 yen)
    4. Naritaya, Asakusa: Chicken Bowl Special (1000 yen), Karaage Medium (500 yen)
    5. Kebab Box J, Harajuku: Doner Kebab (500 yen)
    6. Marion Crepes, Harajuku: Crepe No. 13 (370 yen)

Harap itinerari ni boleh tolong korang plan untuk trip ke Jepun walaupun tak lengkap. Thanks for reading!