Ni saya kongsikan sedikit info dan itinerary untuk ke Iran. Kos cuma USD442 untuk 10 hari tour!

Kenapa anda perlu pergi ke Iran? Hebat sangat ke Iran tu? Ada apa yang menarik di sana?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ya Iran memang hebat! Di sana terbinanya tamadun Parsi iaitu salah satu antara tamadun hebat dunia sama seperti tamadun Mesir di Mesir, Rom di Itali, Greek di Greece dan Mesopotamia di Iraq.

Antara bandar yang wajib anda pergi bila ke Iran adalah Teheran, Isfahan, Yazd dan Shiraz

  1. Teheran : Muzium Saad Abbas, Goleston Palace, Muzium karpet, Bazaar dll.

2. Isfahan : Imam Square, Bazar Isfahan, Ali Qapu Palace dll.

3. Yazd : Charming Yazd, Jameh mosque, Amir Chakmaq complex, Zaroastrian dll.

4. Shiraz : Persepolis, Ghalat Village, Vakil mosque, Makam Hafez dan Saadi, Nasir Almuk mosque, Khan Madrasa dll.

Berikut pula adalah ringkasan jadual perjalanan di sana :

Hari 1 : Tiba di Teheran. Bermalam di Teheran.
Hari 2 : Teheran. Bermalam di Teheran.
Hari 3 : Bertolak ke Isfahan. Bermalam di Isfahan.
Hari 4 : Isfahan. Bermalam di Isfahan.
Hari 5 : Bertolak ke Yazd. Bermalam di Yazd.
Hari 6 : Yazd. Bermalam di Yazd.
Hari 7 : Bertolak ke Shiraz. Bermalam di Shiraz.
Hari 8 : Shiraz ke Persepolis. Bermalam di Shiraz.
Hari 9 : Shiraz. Malamnya bertolak ke Teheran, bermalam atas train.
Hari 10 : Tiba di Teheran. Hari terakhir tour di Teheran, malamnya bertolak ke Airport.

Saabad Palace
Isfahan-Bazaar
Bazar Isfahan
Iran-Yazd
Yazd
teheran-1
Teheran

Baiklah, berapa pula anggaran kos perjalanan di sana?

1. Hostel / Motel : 120USD (8 malam x 15USD).

2. Pengangkutan utama : 52USD

  • Teheran ke Isfahan (8USD – Bas)
  • Isfahan ke Yazd (6USD – Bas)
  • Yazd ke Shiraz (8USD – Bas)
  • Shiraz ke Teheran (30USD – Train)

3. Makan : 100USD

4. Lain-lain kos : 170USD

Jumlah : 442 USD = RM1780
Tidak termasuk tiket flight.

Berbaloi ke pergi ke Iran? Ya. Sangat-sangat berbaloi. Kalau dapat tiket bawah RM1000 pergi balik grab terus. Takut nanti AirAsia tutup balik route ke Iran.

Tak bahaya ke dengan ancaman Syiah? Setakat pengalaman saya tiada masalah dan selamat. Mereka bukannya jahat, asal nampak sunni je terus nak bunuh. Jangan takut.

Iran juga antara negara yang menyekat banyak akses laman web dan agak sukar untuk buat booking online seperti hostel, salah satu pilihan boleh guna laman web ini : www.hosteliniran.com.

Baca lagi: AirAsia X Kembali Terbang Ke Iran Tapi Lelaki Ini Cakap ‘Don’t Go To Iran’