Hi semua. Ramai yang PM saya dan bertanya tentang itinerary bercuti di Perth dan tidak menyewa kereta untuk percutian 5 hari dan 4 malam.

Biasanya orang pergi Perth selalu sewa kereta tapi kami lagi suka pilih pengangkutan awam. Nak jimat bajet punya pasal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perancangan last minute, seminggu dari tarikh pergi, so kami redah je.
Kami pergi Perth dari 21/8/16 – 25/8/16. 2 Dewasa dan 1 bayi.
Tinggal dekat CITY WATER LODGE (Apartment).

Bajet:

1. Visa : RM20 seorang, boleh buat dekat KLIA di Balai Perlepasan (Departure Hall) KAUNTER D

2. City Water Lodge : RM 940. Kos seorang dalam RM470. Bilik kami ada satu single bed dan satu queen bed.

3. Simcard Optus : AUD 10 = RM31 (5 hari) Lepas je dari pemeriksaan kastam dekat Perth Airport, boleh terus beli kat luar.

4. Bas / Train : AUD 28 = RM87 seorang
5. Caversham : AUD 27 = RM84 seorang
6. Kailis Fish & Chip : AUD 16.90 = RM53
7. Barang dapur : RM100. Masak sendiri. Sebab dekat Apartment boleh masak.

Jumlah: RM 845

HARI 1
Hello Perth! Perjalanan 5 jam lebih. Suhu around 17 Celcius- (Pergi masa musim sejuk)

Dari Perth Terminal 1 nak ke Apartment (di Perth City/CBD) boleh naik bas nombor 380. Masa naik tu boleh cakap kat pemandu bas nak turun dekat Novotel Hotel (landmark) sebab City Water Apartment terletak belakang Hotel Novotel. Tiket bas AUD 4.60 (seorang).

Sampai apartment dan check in, rehat kejap kemudian pergi jalan-jalan sekitar Bell Tower. Dalam masa 12 minit jalan kaki.

HARI 2 ( FREMANTLE)
Dari Apartment, Jalan kaki ke hentian bas hanya 5 minit (hentian bas terletak depan Hotel Novotel)

Naik bas no 111 / 103 / 158 terus ke Fremantle (bas setiap 5 minit sampai). Perjalanan lebih kurang dalam sejam. Tiket bas AUD 4.60 (seorang) sebab Fremantle luar dari bandar (Zone 2).

Makan tengahari di Kailis Fish & Chips (HALAL). Kalau sampai kat Fremantle ni memang tak sah kalau tak rasa Fish & Chips! Memang rasa segar, sebab kawasan Fremantle terletak di tepi laut. Harga Fish & Chips AUD 16.90.

Di Fremantle ada pasar setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Salah satu pasar yang paling murah dan meriah untuk beli cenderamata di “E Shed” dekat dengan Train Station Fremantle.

Alang-alang stesen keretapi dah dekat (jalan kaki dalam 9 minit), kami balik naik train dan stop dekat Perth Station. Tiket AUD 4.60 seorang (zone 2).

Dari Perth Station, dekat Jamie Oliver Restaurant. Kami singgah bergambar kat depan restoran. Kemudian kami singgah Coles supermarket beli barang dapur untuk masak makan malam (al maklumlah, nasib baik bawak mr.chef).

Masa nak balik, jalan kaki sampai ke jalan St George Terrace & bas akan berhenti depan Novotel hotel.

HARI 3 (Caversham Wildlife Park)
Kalau pergi Aussie, mesti nak tengok kangaroo. So, sebelum nak ke Perth ni kami dah survey tempat Wildlife Park, Caversham. Di sini bolehlah nak bergambar dengan haiwan ke, nak bagi kangaroo makan ke, ikut suka anda. Ada jadual masa yang Wildlife Park sediakan.

Dari Perth Station, beli tiket (zone 2) AUD 4.60 dan pergi ke Midland Line, berhenti dekat Bassendean Station (perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit).

Bila turun je dari train, boleh naik bas no 955 atau 956, cakap kat pemandu bas, nak pergi ke Whiteman Park. Tiket boleh pakai tiket train tadi sebab satu tiket boleh pakai dalam masa 2 jam dari tarikh beli. Jimat kan.

Sampai Whiteman Park, di bahagian entrance ada satu pondok untuk hubungi shuttle bas ke Caversham Wildlife Park (free). Nak jalan pun boleh tapi jalan dalam 2km. Shuttle bas paling akhir pada jam 4pm.

Enterance fee AUD 27 untuk dewasa. Buka setiap hari (kecuali krismas) dari 9 pagi – 5.30 petang.

Macam-macam aktiviti dan show ada. Antaranya:

1. Bergambar dengan Koala
Masa: 9 pagi – 9.30 pagi / 11.30 pagi-12 tengahari / 2.30 petang – 3 petang / 4 petang – 4.30 petang

2. Farm Show tengok sheep shearing(cukur bulu kambing), susukan lembu, susukan kambing)
Masa :10 pagi / 1 petang / 3 petang

3. Meet the Wombat & friends
Masa : 11 pagi /2 petang / 3.45 petang

4. Penguin feeding
Masa : 12 tenghari / 2 petang

Kalau nak makan sini, ada jual makanan halal tapi kena tanya. Kami lebih suka bawa bekal sendiri. Jimat kata Mr. Chef. Di sini ada tempat berkelah (jangan segan nak berkelah).

Bila nak balik, naik shuttle bas sampai gate depan dan tunggu bas no 955 atau 956 ke Bassendean Station. Bas ada setiap 10 minit.

Sampai train station,beli tiket (zone 2) AUD 4.60 dan berhenti dekat Perth Station.

Baca: Tip Travel 6 Hari Ke Perth Australia Bersama Keluarga Dengan Bajet Bawah RM2K Seorang

tip-travel-ke-perth-1
Dah sampai apartment.

tip-travel-ke-perth-2

tip-travel-ke-perth-3
Kat kailis fish and chips
tip-travel-ke-perth-4
Singgah bergambar dpn restoran Jamie Oliver.
tip-travel-ke-perth-5
Tunggu train ke Caversham.
Tiket bas dan train untuk ke zone 2.
tip-travel-ke-perth-9
Fremantle markets
tip-travel-ke-perth-12
Pilih barang,scan sendiri dan bayar sendiri dekat Coles Supermarket.

HARI 4 (Watertown Brands Outlet)

Watertown Brands Outlet Centre mcm JPO, Mitsui. Tapi harga barang murah juga. Esprit sales 50-70%, Levi’s buy 1 free 1. Memang tak boleh tahan nafsu!

Dari Apartment jalan sampai Wellington Street dalam 20 minit, kemudian naik Yellow Cat bas (FREE) around 7 minit & berhenti betul2 depan Watertown

Di sini ada jual kebab Halal.

Hari akhir
Memandangkan flight kul 3.30 petang,kami checkout pukul 10 pagi.

Kemudian naik bas 380 (terus ke aiport terminal 1). Bas ke airport setiap 30 minit. Tiket AUD 4.60.

Info dan tips

1. Bas di Perth dalam bandar, bas dia PERCUMA. Kalau keluar dari bandar, kira keluar zone 2, 3, 4, baru kena bayar tambang. Kalau naik bas, sangat menyenangkan untuk sesiapa bawa stroller atau pakai kerusi roda.

2. Tiket bas dan train boleh guna dan sah sampai 2 jam. Jadi 2 jam boleh naik turun kalau salah turun stesen. Best kan?

3. Untuk maklumat lanjut, boleh tengok laman web Transperth. Boleh siapkan plan perjalanan nak pergi Perth.

4. Kalau nak senang pergi mana-mana, lebih baik beli simcard Optus. Simcard harga AUD 2 dan Internet 500mb AUD 2 untuk 1 hari. Bolehlah Google Maps atau Waze.

5. City Water Apartment reception buka jam 8 pagi – 8 malam. Apartment ni memang best. Setiap hari tukar tuala, toiletries, kemas bilik.

6. Dalam apartment ada disediakan dapur, tv, pemanas badan, private bathroom, peti sejuk, iron, hair dryer. Wifi ada tp kena bayar. Sebab tu kena beli simkad.

7. Dalam bilik ada 1 katil queen & 1 katil single. Boleh 3 orang tidur. Mini market 5 minit dari apartment (berhadapan Novotel Hotel). Apartment berhadapan Swan River.

8. Visa Australia boleh siap terus. Tapi kalau nama sangkut, ambil masa 12 jam.

9. Nak masuk negara Australia, pastikan anda tidak membawa barang-barang yang berunsurkan tenusu (dairy), buah-buahan dan bijirin tak boleh bawa masuk. Kalau ada bawa ikan bilis ke, maggi ke, pastikan anda DECLARE!

10. Pastikan anda semua merancang perjalanan anda sebaik mungkin.

tip-travel-ke-perth-6
Main entrance Caversham.
tip-travel-ke-perth-7
Wajib selfie kangaroo.

tip-travel-ke-perth-11

tip-travel-ke-perth-10
Farm show di Caversham.

tip-travel-ke-perth-13

tip-travel-ke-perth-17
Selfie dengan kangaroo

tip-travel-ke-perth-15

tip-travel-ke-perth-14
Dalam shuttle bus ke Caversham (free).
tip-travel-ke-perth-16
Dalam train.

Baca lagi: Ini Cara Saya Travel Solo Di Perth, Australia Selama 5 Hari Tanpa Perlu Sewa Kereta