Kenali potensi diri, keep on challenging yourself membawa daku kembara ke bumi Cambodia dan Vietnam selama 12 hari.

Persiapan agak teliti dilakukan bagi memastikan setiap apa yang dirancang berjalan sebaik mungkin memandangkan banyak cerita dan kisah yang kurang enak di dengar berlaku di Vietnam.

Jalan Kaki
HYPE
Hanya Jalan Kaki Setiap Hari Boleh Kurus? 2 Individu Ini Kongsi Kisah Mereka
Baca lagi →

Tapi kita mungkin tidak merasai sendiri jika kita masih hanya mendengar apa kata orang.

Sesekali megembara bersama dengan rakan yang tidak pernah kita kenali (hanya kenal di dunia maya) memberi pelbagai pegalaman baru dan satu rasa yang sukar digambarkan yang membuatkan kita belajar satu perkara iaitu bagaimana ingin megawal sesebuah situasi yang kadangkalanya mungkin sukar.

Kos yang dianggarkan hangus sekitar RM1300 termasuk tiket kapal terbang dari Kuala – Phnom Penh, Dalat – Hanoi, dan Hanoi – Kuala Lumpur.

Di sini saya sertakan serba sedikit kisah pegembaraan 2 buah negara yang saya jejaki:

tip-travel-ke-indochina-1

Hari 1
Kuala Lumpur, Malaysia – Phnom Penh, Cambodia

Berbekalkan tiket yang dibeli 8 bulan awal ke Phnom Penh RM36/sehala membawa aku ke Phnom Penh, Cambodia yang juga dikenali sebagai “Pearl of Asia”.

Kenapa aku memilih Phnom Penh sebagai destinasi pertama untuk kembara kali ini? Keterujaan untuk menyelusuri dan merungkai episod disebalik sejarah hitam rakyat Kemboja di bawah Pol Pot dan rezim Khmer merah akhirnya membawa kaki ke sini.

Setibanya di Phnom Penh International Airport, tuk tuk pihak Salman Guesthouse menunggu. Kami menempah hasil review rakan rakan di BBM.

Harga meginap untuk satu malam hanya USD 15 untuk private room bagi 2 pax. Yang bestnya diorang offer free airport transfer dan free ride to bus station. So jimat dah kan!

Guesthouse yang betul-betul berhadapan dengan Tonle Sap River, dapatlah menjamu mata pandangan sunset di Roof Top. View yang sangat Subhanallah, kagum!

Hari 2
Phnom Penh, Cambodia

Untuk buat tour di Phnom Penh kami menggunakan khidmat tuk tuk dari Salman Guesthouse. USD 20 kami berkongsi seramai 4 pax untuk tour 1 hari.

Pertama kami minta dibawa ke Olympia City untuk membeli tiket bas ke Ho Chi Minh, Vietnam. Di sini, adalah dinasihatkan untuk bawa dan pakai topeng kerana udaranya yang berdebu.

1. Killing Fields

Entrance fee + Audio total sebanyak USD6. Di sini, kita seperti merasai sendiri apabila mendengar kisah dan melihat ratusan tengkorak mangsa-mangsa kekejaman tentera Pol Pot.

Masih lagi terngiang kata-kata “lebih baik singkirkan orang yang tidak bersalah daripada membiarkan orang yang bersalah hidup berleluasa”.

2. Toul Sleng Genocide Museum

Bayaran masuk hanya USD3. Merupakan sebuah penjara yang banyak menempatkan tenaga mahir dan pakar yang kemudiannya akan disingkirkan (dibunuh).

Kekejaman Khmer Merah ingin menghapuskan golongan bijak pandai yang menentang misi mereka.

3. Rusian Market

Banyak souvenier, baju, kain dan beg.

4. Royal Palace

Kami ambil keputusan untuk lepak dataran di bahagian luar kerana terdapat banyak burung merpati (boleh bagi makan kat burung-burung tu), ada sungai dan esplanade. Meriah dan boleh chillax layan view. Totally worth it!

5. Wat Phnom

Entrance fee cost only for USD 1 (boleh skip)

6. Independence Monument

Menikmati pemandangan matahari terbenam di sini dimana di sekitar kawasan dipenuhi orang yang sedang beriadah dan bersukan. Recommended!

Hari 3
Phnom Penh, Cambodia – Ho Chi Minh City, Vietnam

Kami memilih untuk menaiki bas Danh Danh di Olympia city jam 8.30 pagi. Tiket USD 10 dimana perjalanan megambil masa 7 jam. Sampai sahaja di sempadan, kami tersekat lebih kurang 1 jam 30 minit. Tak tau lah apa masalahnya.

Hinggalah akhirnya pihak imigresen mereka minta IC sebelum boleh melepasi masuk ke Vietnam. Phewwww!

Bas akan berhenti di bulatan berdekatan Jalan Pham Ngu Lao District 1. Kami berjalan dalam 300m untuk mencari bilik penginapan dan memilih untuk menginap di An Tam Guesthouse, cost for VND 380K / 4 pax.

Check in, campak bag dan kami keluar ke Ben Tanh Market sekitar 1.4km dari guesthouse. District 1 sangat luas, kalau rajin (dan fit! Hahah) boleh memilih untuk berjalan kaki sahaja.

Bagi die-hard-fan Hard Rock Cafe, pastinya menjadi pilihan apabila sampai di Ho Chi Minh, apa lagi grab sehelai. Yeeehaa!

Hari ke 4
Ho Chi Minh City, Vietnam

Bagi anda yang inginkan skelainan boleh mengunakan khidmat pelajar universiti di Ho Chi Minh untuk free city tour guide. Misi mereka nak mahirkan penguasaan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi.

Untuk gunakan khidmat mereka, boleh hantar permohonan 7 hari sebelum bertolak ke sana di Saigonhotpot.vn dan bagi yang gemarkan free and easy disarankan install apps maps.me which is sangat berguna untuk dapatkan tunjuk arah walaupun ketika anda offline.

1. Chu Chi Tunnel

Half day tour, pakej di sekitar hotel cost for VND 80K dan entrance fee VND 110K. Chu Chi merupakan laluan bawah tanah yang dijadikan kubu pertahanan di zaman peperangan ketika diserang oleh Amerika.

Sebelum tiba, kami dibawa ke Handicapped Handicraft dimana mereka yang terkesan hasil tindak balas kimia semasa Agent Orange membuat kraftangan untuk industri pelancongan.

2. War Remnants Museum

Bayaran masuk VND 15K. Masa pulang ke HCM, kami request untuk turun di War Remnants museum. Disini terdapat sejarah dan kisah Agent Orange.

3. Saigon Central Post Office

By walking around 1.2 km

4. Saigon Notre Dame Basilica

Bersebelahan dengan Saigon Central Post Office.

Baca: 9 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Vietnam

tip-travel-ke-indochina-2

Sunset di roof top Salman Guesthouse, in front of Tonle Sap RIver

tip-travel-ke-indochina-3

Dihadapan Royal Palace, boleh bagi makan burung merpati. View osem!

tip-travel-ke-indochina-4

Di hadapan Bitexco Financial Tower dan Ben Tanh Market, Ho Chi Minh City

tip-travel-ke-indochina-5

Chu Chi Tunnel half day tour

tip-travel-ke-indochina-6

Di hadapan Saigon Central Post Office

tip-travel-ke-indochina-7

Saigon Notre Dame Basilica

tip-travel-ke-indochina-8

Fairy Stream

tip-travel-ke-indochina-9

White Sand Dunes

tip-travel-ke-indochina-10

Kampung nelayan. Fuh cantik.

tip-travel-ke-indochina-29

Ride motosikal di kawasan Mui Ne.

tip-travel-ke-indochina-11

tip-travel-ke-indochina-12

Red Sand Dunes

Hari 5
Ho Chi Minh City, Vietnam

1. Independence Palace – Entrance fee VND 30K (boleh skip).
2. HCM City Hall – Jalan-jalan di kawasan sekitar sahaja.
3. Bitexco Financial Tower – Tengok dari luar dan masuk mall sekadar cuci mata.
4. Saigon Square – Banyak pakaian sukan dan beg yang agak murah kat sini.

Bas akan menuju ke Mui Ne pada jam 12 tengah malam. Ambil sleeper bus; Futa Bus VND 120K di Jalan Pham Ngu Lao berderetan Pub. Harus naik bas sejam lebih awal, sebab kena naik van sebelum anda dihantar ke stesen bas. Perjalanan dianggarkan dalam 4 jam.

Hari 6
Mui Ne, Vietnam

Bas akan berhenti di sekitar tempat anda menginap, guna landmark Mui Ne Hill budget hostel. Kami tiba jam 4 pagi dan kebanyakan hotel murah dah tutup. Jadi kami redah sahaja campak beg di tepi pantai dan tidur sambil tunggu matahari naik.

Jangan takut, sebab banyak pelancong lain juga ada mereput bersama. Seawal pagi esoknya kami cari tempat peginapan dan bersebelahan dengan Mui Ne Hill Budget Hostel VND 250K/ 2 Pax.

Untuk memudahkan pergerakan, kami ambil keputusan untuk menyewa motosikal VND 120K/day. Di sini pemanduan harus tidak melebihi 40km/j.

Lokasi yang kami lawati:

1. Fairy Stream

Worth it! No wonder lah Lonely Planet suggest untuk ke sini. Ia terhasil daripada satu terusan kecil melalui air mata air.

2. White Sand Dunes

Bayaran masuk VND 15K. Juga totally worth it! Di sekeliling ada lake dan lotus tumbuh di permukaannya. Saya hanya berjalan untuk ke bahagian paling atas.

Jikanak naik ATV juga boleh. Paling jauh sekitar 45 minit dari hotel. Tapi bila dah sampai, cantiknya tidak tergambar. Matahari terbenam di sini, dan rasanya ini adalah moment paling indah sepanjang trip kali ini.

Hari 7
Mui Ne, Vietnam – Da Lat, Vietnam

Makanan halal ada nampak satu, restoran India berdekatan dengan kaunter Futa Bus, Mui Ne.

1. Red Sands Dunes

Sunrise yok! Keluar seawal jam 5 pagi. Jarak dari guesthouse 12km. Dari jauh nampak orang main sandboarding. Superb view!

2. Fishing Village

Acah-acah Busan. Dari jauh nampak perkampungan nelayan tersusun, bot bulat bulat dan tentunya pantai yang memanggil manggil.

3. Temple Champa Pho San

Dia menghala ke city, dan boleh nak skip je.

Kami menaiki bas ke Da Lat jam 1 tengahari. Tiket VND 130K, dan perjalanan memakan masa sekitar 5 jam. Kami menginap di Katies Guesthouse VND 250K/4 Pax.

Da Lat acah-acah macam Cameron Highlands, malam sangat sejuk around 17C dan siang agak panas dan berpeluh juga. Huhu.

Hari 8
Da Lat, Vietnam

Perkara pertama sebelum melakukan Dalat Tour, kami melihat manual maps untuk memastikan kita pergi ke arah sama berulang kali. Untuk melakukan tour, kami memilih untuk menaiki motosikal dengan kadar sewa VND 100K sehari.

1. Datanla Waterfall

Bayaran masuk VND 20K, 8km dari guesthouse kami menginap. Dia ada banyak tigkat, untuk ke tingkat 1 boleh menaiki roller coaster, saya pilih untuk ambil sehala sahaja. Masa turun jalan kaki, balik naik roller coaster VND 40K sehala.

Untuk turun ke tingkat bawah, boleh naik cable car VND 40K/return (tidak digalakkan) tak berbaloi. Huhu.

2. Truc Lam Pagoda

Dia temple dikelilingi taman. Boleh rest di atas dan nampak view lake, kena pula angin. Tudiaaa ngantuk!

3. KDL Duong Ham Dieu Khac

Bayaran masuk VND 40K, 10km daripada Truc Lam pagoda. Di sini macam, kota fantasi yang mereka bina dimana segala spot attraction di Dalat diukir dan dibina di sini. Belakang ada tasik dan bunga cantik.

4. Valley of Love

Bayaran masuk VND 40K. Sangat sesuai untuk yang sukakan fantasi, kelainan macam dalam filem Wonderlands. Boleh berhalusinasi dan rasai kelainan di dalam kota bunga.

5. Cho Dalat/Night Market

Berdekatan dengan Xuan Huong Lake, area city center. Banyak jual pakain sejuk, terpakai dan yang berkait. Kat sini diorang tak agresif, so best shopping.

Hari ke 9
Da Lat, Vietnam – Hanoi, Vietnam

Hari ni kami buat half day tour sebelum berangkat ke Hanoi. Kami meyewa motosikal dari jam 7 pagi sehingga jam 1 tengahari VND 50K.

1. Crazy House

Bayaran masuk VND 40K. Hanya 3km dari Guesthouse. Juga rumah fantasi, dari segi view dan landscape memang unik. Recommended!

2. Dalat Railways Station

Hanya ada kereta api lama seketul (boleh skip)

3. Cable Car Robin Hill

EBayaran masuk VND 70K. Bagi yang ingin menikmati udara segar, dan menjamu mata dengan kehijauan kota dalat boleh merasai sendiri pengalaman ini. Ride sekitar 30 minit return.

4. Xuon Huong Lake

Untuk chill, rileks dan tenangkan fikiran boleh duduk berteleku di sekitar lake, sambil hirup udara.

Dalam Jam 3 kami menaiki taxi ke Lien Khuong, Dalat Airport VND 160K. Around 45 minit dari town.

Penerbangan ke Hanoi megambil masa selama 2 jam dengan menggunakan Viet Jet Air, yang ditempah dua bulan lebih awal sekitar RM200.

Jika anda mempunyai banyak masa, dari Dalat anda mungkin boleh ke Danang, Hoi An dan Hue menaiki bas sebelum menuju ke Hanoi. Tiba di Noi Bai International Airport, kami menaiki Viet Jet Air shuttle bus menuju ke Old Quarter (Long Bien).

Hentian terakhir ke Long Bien sekitar 1.4km, kami ambil keputusan untuk berjalan dan mencari hostel kawasan sekitar untuk menginap. Dan akhirnya kami menginap di Little Diamond Hanoi Hostel USD 28/4 pax (include breakfast).

tip-travel-ke-indochina-13

View of Duong Ham Dieu Khac

tip-travel-ke-indochina-14

Valley of Love, City of Love dipenuhi dengan bunga

tip-travel-ke-indochina-15

Taman seperti fantasi, Wonderlands.

tip-travel-ke-indochina-16

View dari Crazy House

tip-travel-ke-indochina-17

Dalat railways Station

tip-travel-ke-indochina-18

Cable Car Robin Hill

tip-travel-ke-indochina-19

Ngoc San Temple

tip-travel-ke-indochina-20

Water Puppet show.

tip-travel-ke-indochina-21

Halong Bay

tip-travel-ke-indochina-22

View of Dau Go Cave

tip-travel-ke-indochina-24

tip-travel-ke-indochina-25

tip-travel-ke-indochina-26

tip-travel-ke-indochina-27

Hari 10
Hanoi, Vietnam

Kenapa perhentiaan terakhir Hanoi? Salah satu sebab adalah kerana terlihat keindahan dan budaya orang vietnam di Hanoi melalui program Running Man. Lol! Kali ni, tour kami lakukan dengan berjalan kaki sahaja, memandangkan jarak ke satu-satu tempat tidak lah jauh.

1. Water Puppet

Terjebak kes Running Man! Hahaha. Tiket kena cari awal sebab ramai pelancong lain juga nak tengok show. Bayaran masuk VND 100K, dan kami pilih show time jam 8 malam.

Teater ini berhadapan dengan Hoan Kiem Lake. Sangat berbaloi dan menarik aku kira, kerana hiburan santai dijamu bagi mereka yang sukakan kelainan. Di kawasan sekitar terdapat banyak kedai souvenier, toys, bagpack dan pakaian.

2. Ngoc Son Temple

Entrance fee VND 30K. Bersebelahan dengan Hoan Kiem Lake, menceritakan kisah kura kura emas yang menjadi sejarah pada Hoan Kiem Lake.

3. St Stephen Cathedral

Boleh skip, tapi satu jalan menuju ke Hoa Lao Prison.

4. Hoa Lao Prison

Bayaran masuk VND 30K. Boleh merasai dan melihat sendiri kekejaman penjajahan Perancis terhadap tahanan politik.

5. Temple of Literature 

Bayaran masuk VND 30K. (Boleh skip)

6. Chon Dong Xuan Market

Tutup seawal jam 5 petang. Banyak kain pasang, souvenier, baju dan pakaian sukan. Meriah, dan dihadapan Market terdapat masjid dan halal food.

Hari 11
Hanoi, Vietnam

Tidak lengkap ke Hanoi kalau tidak melihat sendiri ‘7 wonderful nature place in the world’ Halong Bay. Merupakan UNESCO Heritage Site.

Kami menempah tour berdekatan Hostel, USD 25 exclude kayaking and lunch. Perjalanan mencecah 4 jam menuju ke jeti sebelum menaiki cruise ke Halong Bay.

Dari jauh mata dijamu dengan keindahan yang pastinya memukau. Selain itu, kita akan dibawa ke Dau Go Cave. Tak tergambar dengan kata kata. Cantik, teruja melihat dengan mata keindahan lukisan alam. Subhanallah.

Hari 12
Hanoi, Vietnam – Kuala Lumpur

Seawal 6.30 pagi, kami menaiki teksi ke Noi Bai International Airport, Hanoi. Kami booking taxi dari Hostel USD 10.

Penerbangan kami ke Kuala Lumpur jam 9.30 pagi. Tiket kami tempah 3 bulan sebelum berlepas RM280/ sehala dan mengambil masa sekitar 3 jam.

“Tiada yang lebih indah dari sebuah pengalaman dan kenangan.”

Baca lagi: 33 Tips Travel Ini Bakal Buat Percutian Anda Lebih Mudah Dan Meriah. #29 Paling Win!

Artikel di atas disumbangkan oleh Fais Taib. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka