Saya ingin kongsikan itinerari percutian saya ke Maldives selama 5 hari 4 malam pada 2 Feb 2016 – 6 Feb 2016. Ia adalah percutian bajet yang mana semua itinerari dan penginapan kami book sendiri tanpa melalui mana-mana agensi pelancongan.

Pergi berdua sahaja dengan suami. Bajet saya ialah RM1,930 seorang termasuk tiket kapal terbang pergi dan balik, pengangkutan, makan, penginapan, segala aktiviti dan juga souvenir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sepanjang kami berada di sana, kami berkesempatan melawat 4 kepulauan di Maldives iaitu Hulhumale, Male, Maafushi dan Adaaran.

Baca: 15 Tips Penting Bercuti Di Maldives, Male

bercuti-di-maldives-11

bercuti-di-maldives-2

Salah satu tour company di Maafushi

bercuti-di-maldives-3

Hulhumale beach, juga dikenali sebagai Transit Beach. Boleh diakses melalui bas dari lapangan terbang. Hanya 20 Rufiyaa sehala.

bercuti-di-maldives-5

Maafushi Island

Hari 1

1. KL-Male return flight RM370/pax pada 6.55pm. Beli ketika promo Air Asia tahun lepas.
2. ERL Putrajaya ke KLIA2 RM8.50/pax
3. Bas dari airport ke Hulhumale 20 Rufiyaa/pax.
4. Hotel TLM Retreat Hulhumale 40 USD/night booked.

Nota:

Rufiyaa tidak dijual di Malaysia, boleh ditukar di lapangan terbang. Kadar tukaran semasa ialah 1USD bersamaan 15 Rufiyaa. Simpan resit, kalau ada baki boleh ditukar sebelum balik di airport atau simpan sebagai cenderahati.

Hari 2

1. Hulhumale feri ke Male 5.50 rufiyaa seorang
2. Male ke Villinghi terminal dengan menaiki teksi 35 rufiyaa.
3. Makan tengah hari di Male 93 Rufiyaa untuk dua orang
4. Speedboat dari Male ke Maafushi Island ialah 20USD/pax
5. Narnia Maldives 200USD untuk tiga malam beserta sarapan dan tax
6. Bikini beach, satu-satunya kawasan pantai yang dibenarkan untuk pelancong asing berbikini di Maafushi.
7. Candle light dinner buffet di Kaani Beach Villa 12USD/pax.

Nota:

Ada pilihan untuk naik local boat/slow boat ke Maafushi untuk 3USD sahaja seorang. Bot bertolak setiap hari kecuali Jumaat pada jam 3 petang.

Kadang kala ada juga bot pada jam 10 pagi. Perjalanan dari Male ke Maafushi menaiki local boat adalah selama 2 jam, melalui speedboat pula adalah selama 30 minit sahaja. Jadi boleh ikut kesesuaian bajet anda.

Terdapat beberapa Candle Light Dinner Buffet di Maafushi seperti di Kaani Beach dan Arena Beach. Harga lebih kurang sama.

Baca: 20 Tips ‘Survival’ Sewaktu Travel Ke Maldives

bercuti-di-maldives-4

Maldivian food untuk sarapan. Sedap sangat!

bercuti-di-maldives-6

Sandbank. A must visit! Banyak tour company yang tawarkan trip ke sini.

bercuti-di-maldives-7

Sesi snorkeling

bercuti-di-maldives-14

Hari 3

1. Pakej snorkeling dengan Shadow Palm 40USD/seorang. Sangat disyorkan sebab pakej yang ditawarkan adalah termasuk 4 kawasan snorkelling serta makan tengah hari di Sandbank Beach, Turtle reef, Dolphin cruising dan snorkel (beratus ikan lumba-lumba), Nemo Point dan Palm Reef.

2. Bermula dari jam 8am hingga 3pm termasuk underwater pictures and video secara percuma serta photoshoot session di Sandbank.

Hari 4

1. Private island resort excursion package kami ambil dengan iCOM Tours dengan bayaran sebanyak 100USD/pax. Pilihan untuk yang ada bajet lebih, teringin nak melawat resort di pulau persendirian tapi tak mampu nak tidur di sana.

2. Kami pilih Adaaran Prestige Vadoo resort sebab ini adalah antara resort yang cantik di Maldives, menerima review yang baik di Agoda.

3. Terdapat 2 jenis villa air, termasuk makan tengah hari cara buffet, free wifi sepanjang hari, minuman tanpa had dan juga minuman beralkohol turut ditawarkan kepada yang bukan Islam.

4. Sekitar jam 5.30 petang terdapat aktiviti shark and tuna feeding juga percuma. Akses percuma untuk guna kolam renang, jalan-jalan sekitar resort termasuk villa air.

5. Pakej ini sudah termasuk speedboat transfer dari Maafushi to dari jam 8am – 7pm. Terdapat juga resort di pulau persendirian lain juga yang lebih murah. Anda boleh sentiasa sesuaikan mengikut bajet anda.

Nota:

Kalau tidak cukup bajet tidak mengapa kerana di Maafushi juga terdapat banyak tarikan lain contohnya aktiviti air seperti jet ski, berkayak, kapal layar, parasailing, fun tube dari bermula dari 10 hingga 150 USD. Atau lepak sahaja sambil bersantai di tepi pantai.

Makan malam kami pada malam ini dibelanja oleh Narnia. Makan kari ayam dan telur dadar beserta nasi putih. Baik sungguh kan?

Hari 5

1. Speedboat dari Maafushi ke airport 20 usd/pax
2. Simpan luggage di Luggage storage airport 5 usd/bag
3. Bas ke Hulhumale from airport 20 rufiyaa/pax
4. Makan tengahari di local restaurant menu green curry fish dan ayam masak merah beserta nasi putih dan side menu 85 rufiyaa/2 pax
5. Souvenir hunting, Fridge magnet range price 1-5usd, t-shirt 10-25 usd.
6. Santai di Hulhumale beach sambil makan aiskrim dan minum air kelapa 7 usd untuk 2 orang.
7. Sebelum bergerak ke airport, kami tak lupa untuk bungkus kuih muih maldivian sebagai bekalan makan malam di airport berharga cuma 12 rufiyaa.
8. Bas ke airport 20 rufiyaa/pax
9. Airasia flight back to KL at 8.55pm
10. ERL to Putrajaya rm8.50/pax bayaran parking kereta rm32/5 days

Nota:

1. Local boat dari Maafushi ke Male beroperasi satu kali sehari at 7.30am. Bayaran 3USD sahaja. Jadi ikut bajet anda.

2. Kami pilih speedboat sebab masa yang terhad. Lagipun flight Airasia balik KL hanya akan berlepas di waktu malam.

3. Di Hulhumale juga terdapat pantai yang cantik untuk aktiviti mandi dan berkelah.

bercuti-di-maldives-8

Candle Light Dinner Buffet di Kaani Beach, 12USD seorang termasuk tax.

bercuti-di-maldives-9

Shark dan Tuna feeding session di Adaaran Prestige Vadoo. Tapi dalam gambar ni kelihatan Sting Ray juga.

bercuti-di-maldives-10

Pemandangan sunset di Adaaran. Cantik sangat melihat kebesaran Allah.

bercuti-di-maldives-12

bercuti-di-maldives-13

Nota Tambahan

1. Rate kami secara purata:
1 USD = RM4.20
1 Rufiyaa = RM0.30

2. Hanya tiket flight dan hotel kami booked dari Malaysia, yang lain kami survey dan book di sana.

3. Makanan orang Maldives sedap gila okay! Menyesal kami bawa Brahim berat-berat dalam beg.

4. GST dan service tax sangat tinggi di Maldives. Hotel akan kenakan tax sahaja sekitar 22%. Harga yang tertera di atas adalah termasuk tax.

5. Sekarang adalah musim puncak (peak season) di Maldives, jadi harga hotel dan aktiviti agak mahal. Tapi cuaca sangat baik untuk hasil gambar yang cantik.

6. Snorkel di Maldives tak sama seperti di Lombok, Phuket, Oslob, Bali, Mabul dan Kota Kinabalu serta negara Asia lain yang saya pernah pergi. Angin dan laut bergelora lain macam jadi bersedia untuk muntah.

7. Mereka sangat berahsia tentang  password wifi, bahagian ini boleh buat kita stress juga. Memang akan dapat free wifi, tapi nak mendapatkan password tu je yang bermasalah. Staff hotel sendiri yang akan key in password dalam handphone kita.

Baca lagi: Lagi 11 Tip Penting Jika Anda Travel Ke Maldives