Nota Editor: Gadis yang memanggil dirinya dengan gelaran Cik Jirafah ini kelihatan riang sewaktu beliau bergambar dengan pakaian maskot zirafah sewaktu travel dengan keretapi dari Malaysia ke Chiang Mai.

Begitulah aksi Cik Nadia Rahmat yang telah menggegar netizen dengan perkongsian beliau yang menyeronokkan sewaktu travel bersama 2 lagi rakannya sewaktu menaiki keretapi daripada Malaysia ke ChiangMai, Thailand.

Kami bawakan keseluruhan 3 perkongsian beliau untuk rujukan buat anda yang turut ingin rasai pengalaman mengembara dengan cara yang sama. Buat Cik Nadia, terima kasih atas izin untuk Vocket siarkan perkongsian ini.

Perkongsian 1

Perkongsian 1 – Keretapi KTMB dan Keretapi Thailand

Suka saya kongsikan disini, idea perjalanan saya ini sebenarnya tercetus selepas membaca perkongsian Saya Reez pada tahun lepas. Dengan segala informasi yang bermanfaat, saya tekad cari tarikh yang menarik untuk mencuba dan meneruskan idea ini.

Selain bertanya sendiri dengan beliau. Thanks bro! (Beliau kini di China secara solo setelah berminggu-minggu, mungkin masuk bulan, melalui jalan darat – inspired gila!)

Kemudian di pertengahan tahun, perkongsian sebuah keluarga, bersama anak-anak yang kecil (lingkungan umur 7-12 tahun) secara backpacking menaiki keretapi dari KL ke Chiang Rai, menambahkan lagi semangat untuk bergerak ke utara!

Sebenarnya, info jalan darat, keretapi khususnya, segala maklumat yang terperinci dan sentiasa di update boleh di dapati di www.seat61.com. Ianya merupakan web info keretapi di seluruh dunia!

Bahkan untuk ke London dari sini juga ada melalui Tran-Siberian yang memakan masa 2 minggu!

Cuma tu lah, “Malaysian don’t read” hehe! Saya juga tergolong dalam golongan itu bila malas.

Tapi sebabkan perasaan berkobar untuk perjalanan ni, saya baca ulang-ulang dari atas sampai bawah, setiap perkataan yang ditulis di dalam web tersebut.

Cuma jika ada yang tak faham dan kemusykilan, saya akan bertanya pada Bro Reez.

Sebenarnya perjalanan menaiki keretapi adalah sedikit mahal berbanding kapal terbang. Tetapi, apalah lebihan sedikit nak dibandingkan dengan pengalaman?

thailand-1

1. Ini keretapi 20 (Senandung Langkawi) perjalanan Kuala Lumpur – Butterworth.

Mula saya buat survey berdasarkan info dari seat61.com harga tiket untuk perjalanan sehala (sleeper lower berth) adalah RM46.

Memandangkan saya beli, melalui online, bayaran termasuk caj tambahan adalah RM49.

Pembelian tiket hanyalah dibuka 30 hari sebelum, tarikh perjalanan kita. Untuk katil upper berth, harga adalah lebih murah.

thailand-2

2. Selain dari perjalanan malam, terdapat 2 lagi pilihan perjalanan siang. Antaranya keretapi ETS Padang Besar.

thailand-3

3. Perjalanan bermula jam 9.30 malam dan tiba di Butterworth jam 5.30 pagi. Perjalanan saya, agak punctual.

thailand-4

4. Tiket perjalanan keretapi 36 Thailand (Butterworth – Bangkok), saya beli terus dari kaunter, juga 30 hari sebelum tarikh perjalanan.

Harga untuk upper berth lebih murah berbanding lower berth.

thailand-5

5. Keretapi dari Butterworth hanya mempunyai 2 koc. Koc-koc lain ditambah ketika berada di Hatyai.

thailand-6

6. Lower berth dan Upper berth duduk menghadap antara satu sama lain sebelum kerusi ditukar menjadi katil. Ditengah-tengah ini ada meja yang akan diletakkan (jika perlu).

thailand-7

7. Perjalanan terhenti selama 2 jam di Padang Besar dan menu akan diberikan (jika perlu).

Dimaklumkan bahawa makanan luar adalah dibenarkan. Maka silalah stok jajan dan cikedis bebanyak.

Ketika berhenti di Hatyai, ada para penjual Muslim menjual pulut ayam, naik ke keretapi.

thailand-8

8. Pemandangan Kedah/Perlis.

thailand-9

9. Soket disediakan pada bahagian-bahagian tertentu. Kebetulan, rezeki dapat seat memang dekat dengan soket.

thailand-10

10. So, ni lah jadinya. LOLs!

thailand-11

11. Malam, kerusi akan diubah menjadi katil. Suka dimaklumkan bahawa, aircond dalam keretapi ni tersangatlah sejuk! Hinggakan Mat Salleh gi blakng amek blanket sendiri. So bayangkan la bertapa sejuk (itu waktu siang).

thailand-12

12. Pemandangan pagi dari cafe. Tidak pasti itu sungai atau laut.

thailand-13

13. Jika ingin duduk di cafe, kena order sarapan, atau dihalau. Saya hanya sekadar order coffee (THB30). Sebab menu di dalam train Thailand ini tidak halal. Air panas kosong THB30 (untuk bancuh milo/nescafe/maggi).

thailand-14

14. Maaf. Tapi inilah pemandangan dari tandas! Sebab tu berjeriji.

thailand-15

15. Siang, katil tidak diubah, hanya jika ada yang mengubah sendiri menjadi kerusi.

thailand-16

16. Maka, golek-golek selagi boleh.

Perjalanan Butterworth bermula jam 2 ptg (Malaysia), dan dijangka tiba 10.30 pagi (Thailand).

Tapi katil akan dikemas bila dah nak dekat sampai Bangkok.

thailand-17

17. Hua Lamphong Train Station, Bangkok. Tiba 2 jam lewat (expected dari yang berpengalaman).

thailand-18

18. Deposit bag THB70 (backpack seperti saya) dan THB40 untuk beg plastik besar Mydin yang penuh makanan haha!

thailand-19

19. Shower room dan tandas di sini sangat bersih! Untuk shower room, THB10 sahaja!

thailand-20

20. Bilik solat disediakan, juga makanan halal di area food court. Tapi saya was-was, jadi saya keluar dari station untuk cari kedai makan.

Kedai coffee paling popular di situ. Killing time for next departure.

thailand-21

21. Tiket Bangkok – Chiang Mai RM128.05 (Train 13) saya beli secara online di www.thailandtrainticket.com

Terdapat tiga cara untuk mendapatkan tiket tersebut;
1. Ke pejabat mereka (10-15min dari station) hanya hari bekerja – percuma
2. Penghantaran ke Hotel (jika menginap di Bangkok) – ada pembayaran
3. Penghantaran ke station (agent Travex menunggu) – THB300

Saya tiada pilihan memandangkan tiba pada hari Ahad, cuti. Terpaksa mengambil pilihan 3. Agent akan menunggu pada jam 6.30 ptg, 1 jam sebelum bertolak.

Pembelian hanya dibuka 2 bulan sebelum tarikh perjalanan.

thailand-22

thailand-23

thailand-24

22. Saya sangat suka train ni! Luas dan kemas! Saya berkongsi cabin dengan rakan dari Spain (upper berth)

thailand-25

23. Ruang menyimpan beg terletak di upper berth.

thailand-26

24. Soket dibahagian lower berth.

thailand-27

25. Tandas dan sinki yang luas dan bersih.

thailand-28

thailand-29

thailand-30

thailand-31

thailand-32

26. Pemandangan sepanjang perjalanan? SubhanaAllah!

Perkongsian 2

Perkongsian 2 – tambahan mengenai keretapi dan lain-lain.

So, sebab dah janji untuk terus sambung share info, so here you go.
Actually ni tambahan sebab ade tertinggal semalam, plus menjawab beberapa soalan berulang-ulang yang tak dapat jari ini rakus untuk menjawabnya…

Tapi sebelum tu, TOLONG LA BACA SAMPAI HABIS. Kadang, korang main tanya je, padahal info bulat-bulat saya dah spoonfeed hahaha.

1. Trip saya adalah dari Kuala Lumpur (KUL) ke Butterworth (PEN) ke Bangkok (BKK) dan berakhir di Chiang Mai (CNX). Saya balik ke KUL naik flight hahaha!

Perjalan menggunakan train, mengambil masa 3 hari.
Saya menghabeskan masa di Chiang Mai selama 6 hari.

2. Keretapi KUL – PEN, PEN – BKK dan BKK – CNX, bukan hanya ada satu sahaja. Ada banyak pilihan. Tetapi semuanya bergantung pada plan dan susunan travel kalian.

Kalau baca dari www.seat61.com (kalau rajin bacalah :P) every info trek, dia terangkan dengan sangat detail. Train 13 (BKK – CNX) adalah train yang menggunakan trek paling jauh, tapi melalui banyak scenery yang lawa. Selain dapat tengok sunrise.

3. (Rujuk gambar 1) Train 13, selain view yang wow serta selesa dan luas, cafe train tidak mempunyai aircond. Mereka mengamalkan concept open window. So, adalah WAJIB untuk shot gambar train curve gitteww.

Diorang tak kesah nak selfie ke bergambar bagai, atas risiko memasing.
Bila lagi nak buat woi! Bullet train tingkap semua tutup! HAHAHA!

4. (Rujuk gambar 2) Saya tidak roaming data. Ketika berhenti di Padang Besar, crew keretapi ada jual simcard Thai dengan harga THB200, data adalah unlimited untuk seminggu!

5. (Rujuk gambar 3) Ramai yang bertanya siapa yang mengambil gambar, dan kamera apa yang saya gunakan.

Saya seorang yang gemar mengambil gambar dan merekod video.
Saya menggunakan Nikon D60 (sejak 2009) dan GoPro Hero3+ BE (sejak 2013).

Gambar-gambar yang dikongsikan di sini kebanyakkanya dari Gopro dan i6. Gambar dari Nikon sdg berada di London, bagi kawan pakai utk convo.

Kebanyakkan gambar Gopro saya pakai mode time-lapse (2secs) atau video+photo (720-60fps; 5secs), dibantu oleh accessories2 ini. (Saya camera freak kalau nak gi holiday)

Lain-lain, adalah candid dari kamera kawan saya.

6. Travel solo?

Tak. Asalnya nak travel solo, selepas warm up solo ke KK. Kemudian kawan interested nak ikot. So, apedehal? Tapi meet up kat CNX sebab dia fly dari KUL.

Dalam train ada lagi kawan. Dia nak join, then bawak another friend. So kira berempatlah semua. Cuma 3 orang naik train. Tapi last minit, kawan yang diajak tu injured kaki. So berdua sahaja.

Kenapa takde gambar dengan kawan dalam train? Tak perlulah. Gambar sorang pon orang teka solo. Inikan pulak gambar berdua, mengundang fitnah.

7. Dalam train, pergi cafe/toilet tak takut barang hilang?

Saya percaya apabila bermusafir, kita sentiasa dibawah lindungan Allah SWT. Sebab itu digalakkan solat sunat musafir sebelum keluar rumah. Dan digalakkan berdoa sepanjang bermusafir kerana itu antara doa mustajab.

Logiknya, keperluan bernilai sepertt duit dan telefon akan kita bawa bersama kemana shj. So yg ada dlm beg hanya baju-baju. Nak curi baju? Boleh beli.

Fyi, sepanjang saya dalam train, saya tak fikir langsung pasal barang-barang saya. Walhal dalam beg saya penuh dengan gadget (DSLR, gopro accesories etc).

Saya percaya, lagi kita risau, lagi mudah barang hilang sebab kita tak percaya pada qada’ & qadar. Wallahualam.

thailand-33

Train 13, selain view yang wow serta selesa dan luas, cafe train tidak mempunyai aircond. Mereka mengamalkan concept open window. So, adalah WAJIB untuk shot gambar train curve gitteww.

Diorang tak kesah nak selfie ke bergambar bagai, atas risiko memasing.
Bila lagi nak buat woi! Bullet train tingkap semua tutup! HAHAHA!

thailand-34

Saya tidak roaming data. Ketika berhenti di Padang Besar, crew keretapi ada jual simcard Thai dengan harga THB200, data adalah unlimited untuk seminggu!

thailand-35

Ramai yang bertanya siapa yang mengambil gambar, dan kamera apa yang saya gunakan.

Saya seorang yang gemar mengambil gambar dan merekod video.

Saya menggunakan Nikon D60 (sejak 2009) dan GoPro Hero3+ BE (sejak 2013).

Gambar-gambar yang dikongsikan di sini kebanyakkanya dari Gopro dan i6. Gambar dari Nikon sedang berada di London, bagi kawan pakai untuk convo.

Kebanyakkan gambar Gopro saya pakai mode time-lapse (2secs) atau video+photo (720-60fps; 5secs), dibantu oleh accessories ini. (Saya camera freak kalau nak gi holiday)

Lain-lain, adalah candid dari kamera kawan saya.

Perkongsian 3

Aktiviti Transit (Butterworth dan Bangkok), Travel Insurance, Itinerary, cost & aktiviti di Chiang Mai

Untuk perkongsian kali ini, adalah mengenai aktiviti transit, travel insurance, itinerary, cost & aktiviti di Chiang Mai.

chiang-mai-1

1. Aktiviti ketika transit di Penang. Adik saya bekerja di sana. Jadi saya cuma janji dengan dia untuk breakfast (kalau dia free), malam bertolak ke Butterworth. Dari Butterworth station ke terminal ferry, disediakan free shuttle setiap 15 minit.

Saya ada lah 2-3 kali datang Penang sejak dia belajar sana, tapi masih tak habis explore. Jadi, transit ni antara peluanglah kunun. Kami sewa basikal di sana dan tumpang menumpang beg di kedai sewa tersebut (dimaklumkan bahawa tiada locker disediakan di stesen Butterworth).

Lepas tu dia bawak pergi makan roti canai ayam goyang + roti bakar telur goyang dekat Transfer Rd. Then pergi jalan pusing tepi pantai jap, then gi Mydin tapau bekalan dalam ketapi pastu return basikal and balik ke ferry.

chiang-mai-2

2. Di Bangkok, saya tidak ke mana sangat. Hanya keluar berhampiran untuk cari restoran Muslim yang terdapat diseberang Hua Lamphong Station, lorong kecil berhampiran MRT Bangkok.

Untuk pengetahuan, saya berada di Bangkok 3 hari selepas kejadian letupan di sana. Jadi, Bangkok agak sunyi dengan kawalan polis yang ketat dsb. Selebihnya saya hanya duduk menunggu di dalam station.

chiang-mai-3

3. Tiba di Chiang Mai. Dari station keretapi Chiang Mai ke hostel, saya menaiki red taxi. Di luar station, red taxi dan tuk tuk sedia menunggu. Harga yang dikenakan antara THB30-THB50. Tapi dari pengalaman selama 6 hari disana, menaiki red taxi lebih murah berbandi tuk tuk.

chiang-mai-4

4. Sepanjang hidup saya berjalan, saya tidak pernah ambil travel insurance. Sehinggalah ade satu posting mengenai ini, yang menyedarkan bahawa pentingnya travel insurance ini. Ditambah pula, perjalanan sendiri ke Chiang Mai adalah melebihi seminggu (9 hari).

Saya memilih AXA sebab dalam banyak-banyak yang saya survey, ini yang paling baik (bagi saya). Saya mengambil package VIP dengan jumlah insurans sebanyak RM300K. Untuk tempoh 9 hari perjalanan saya, saya hanya perlu membayar RM39.00 (melalui online sahaja).

chiang-mai-5

Ada banyak lagi pilihan insurans serendah RM9.00, boleh buat survey di Expedia dalam column insurans.

chiang-mai-6

5. Details train info, flight dan hostel check in.

chiang-mai-7

6. Rough itinerary dan index. Yang di dalam merah itu, hanya disusun dan ditentukan ketika di Chiang Mai.

chiang-mai-8

7. Misc info.

chiang-mai-9

8. Budget 9 hari, 8 malam. Pen hitam adalah roughly budget. Pen merah payment confirmation dengan round figure.

Tiket penerbangan balik, saya beli pada bulan 3, sama dengan full payment hostel (Air Asia Go).

Kalau booking hostel menggunakan hostelworld.com, hanya 15% deposit dikenakan dan selebihnya dibayar ketika check-in. Atau boleh juga check di HotelsCombined.com.

Harga untuk aktiviti adalah lebih murah berbanding harga budget. Namun atas sebab currency kita yang lemah, kepedihan itu turut terasa (sobs)

chiang-mai-10

9. Aktiviti hari ke-2 di Chiang Mai.

Meliputi Butterfly & orchid farm + Long Neck Tribe Village + Elephant Ride + White Water Rafting + Bamboo Rafting + Waterfall Hiking + Lunch + Mineral Water + Hostel Pickup & return = THB1300

Tetapi kami mendapat diskaun sebanyak THB130 kerana booking melalui hostel.

chiang-mai-11

Long Neck Tribe Village

chiang-mai-12

Elephant Ride.

chiang-mai-13

Waterfall Hiking.

chiang-mai-14

10. Aktiviti hari ke-3 di Chiang Mai.

3 hours off-road ATV ride + Lunch + Mineral Water + Hostel Pickup & return . Boleh rujuk thepeakadventure.com = THB2400. Diskaun sebanyak THB240 kerana booking melalui hostel.

chiang-mai-15

11. Aktiviti hari ke-4 di Chiang Mai.

4 hours river kayakking + Lunch + Mineral Water + Hostel Pickup & return = THB1950, dengan diskaun THB250 booking melalui hostel.

chiang-mai-16

Cik Jirapah ready for Kayakking!

chiang-mai-17

12. Aktiviti hari ke-5 di Chiang Mai.

Off-road downhill mountain biking + Lunch + Mineral Water + Hostel Pickup & return = THB1550, dengan diskaun THB155 booking melalui hostel.

chiang-mai-18

Basikal kedua, selepas 2 kali tergolek dog, terlentang sampai both brek patah!

KAHKAHKAH! But I survived from 1550m above sea level!

Baca lagi: Travel 6 Hari Di Pulau Pinang Dan Bangkok Dengan Bajet RM500

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram