RM 350 sahaja perbelanjaan saya di Tokyo selama 5 hari 4 malam. Perbelanjaan ini adalah termasuk transport dan makan minum di sana. TIDAK termasuk perbelanjaan shopping, return flight dan tempat tinggal.

3 Day Subway Pass : ¥1500
1 Day Subway Pass : ¥800
Narita Airport ke Oshiage : ¥980
Oshiage ke Narita Airpot : ¥980
Yurikamome Line 1 day pass : ¥820

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Total transport only : ¥5080

Makan dan minum beli di 7E, family mart, Tomod’s, Ozeki, McD, Starbucks : ¥3192.3

Minuman beli di Vending Machine : ¥1337

Total makan minum : ¥4529.30

Total transport and makan minum : ¥9609.30

Hari 1 : 15 January 2016

1. Tokyo Skytree
2. Togoshi-Ginza Shopping Street (dekat dengan guest house)
3. Shibuya
4. Tokyo Tower

bercuti-di-tokyo-5

(15 Januari 2016) – Shibuya Crossing street. Spot tourist paling terkenal kat Tokyo. Kalau ke Tokyo tak ke sini, tak lengkap lah rasanya.

Gambar diambil dari Starbucks level atas.

Untuk kesini, berhenti di Station Akihabara, Ginza Line.

bercuti-di-tokyo-6

(15 Januari 2016) – Tokyo Tower.

Station paling terdekat ialah Station Kamiyacho, Hibiya Line. Dari station nak ke Tokyo Tower, kena menapak lah juga, dalam 10-15 minit macam tu juga.

Boleh juga kalau berhenti kat station Akabanebashi. well, dalam 10-15 minit juga berjalan.

Pemandangan dari tingkat 3 rooftop guest house. Guest House ni dekat dengan station Togoshi, Asakusa Line.

Guest house : Gotanda Broadway

bercuti-di-tokyo-12

Pemandangan dari tingkat 3 rooftop guest house. Guest House ni dekat dengan station Togoshi, Asakusa Line.

Hari 2 : 16 Januari 2016

1. Tsukiji Market ( Akan ditutup pada November 2016, dan di relocated dekat Toyosu, Koto Ward, jadi sesiapa yang datang before November, ambillah peluang pergi melawat)
2. Sensoji-Ji Shrine
3. Ueno Park
4. Meiji-Jingumae ‘Harajuku’
5. Shibuya
6. Roppongi Hill
7. Ginza

bercuti-di-tokyo-1

(16 Januari 2016) – Tsukiji Market punya seafood. Tsukiji Market akan relocated ke tempat lain pada awal bulan november 2016. So sesiapa yang ke sana sebelum November ni, ambillah peluang untuk melawat market paling terkenal dan bersejarah kat Tokyo ni.

Untuk ke Tsukiji Market, boleh berhenti di Station Tsukijishijo, Oedo Line.

bercuti-di-tokyo-2

(16 Januari 2016) – Ueno Onshi Park. Salah satu taman yang terbesar juga kat Tokyo. Paling terkenal bila tibanya musim Sakura. Time ni winter, so yang nampak ranting-ranting pokok je.

Untuk ke sini, berhenti di Station Ueno, Hibiya Line. Jauh juga ye dari station nak berjalan ke park ni, so manage lah time betul kalau nak ke sini.

bercuti-di-tokyo-3

(16 Januari 2016) – Meiji Jingumae. Orang sangat ramai sebab ada upacara apa entah. Ramai orang-orang Jepun bawa bayi. Then macam ada wedding kat situ. Pelancong pun sangat ramai, sebab hari sabtu kan.

Untuk ke sini, berhenti di station ‘Meiji-jingumae harajuku’. Chiyode Line. Dari station, kena berjalan dalam 10-15 minute juga nak ke Meiji-Jingumae shrine ni ye.

bercuti-di-tokyo-7

(16 Januari 2016) – Suasana perumahan orang Jepun, pemandangan hari-hari kat Tokyo masa berjalan dari guest house ke train station.

Guest house ni dalam 5-10 minit berjalan ke ‘Togoshi-Ginza Shopping Street’, Togoshi Ginza station, dan Togoshi Station (Akasuka Line).

Nama Guest House : Gotanda Broadway

bercuti-di-tokyo-8

(16 Januari 2016) – Pemandangan Tokyo Tower dari Roppongi Hill.

Roppongi Hill ni pusat membeli belah. Kat dalam mall ni ada satu kedai halal, kedai India ke Pakistan entah kalau tak silap. Untuk kesini, boleh berhenti kat station Roppongi, Oedo Line.

Baca: 5 Tip Travel Seminggu Di Tokyo, Jepun Dengan Bajet RM300

Hari 3 : 17 Januari 2016

1. Akihabara
2. Akihabara Flea Market ( Setiap hari ahad start 10 pagi, hanya Ahad minggu ke 3 setiap bulan). Barang-barang anime figure sangat-sangatlah MURAH !!
4.Tokyo Station
5. Imperial Palaca and Garden (tak dapat masuk Imperial Palace sebab smpai lewat, 3:30 petang dah tutup)
6. Shinjuku

bercuti-di-tokyo-4

(17 Januari 2016) – Akihabara. Mula dalam pukul 10 pagi macam tu, jalan area situ ditutup kepada kenderaan dan ramai sangat orang lepak-lepak ambik gambar kat tengah-tengah jalan.

Pada setiap hari ahad, minggu ke-3 setiap bulan, akan ada flea market dekat Akihabara ni. Flea market tu dekat-dekat area station Jr Akihabara. Barang-barang  action figure tersangatlah murah jika nak dibandingkan di dalam kedai-kedai kat area Akihabara.

Untuk ke sini, berhenti kat station Akihabara, Hibiya Line. Kalau nanti pusing-pusing area Akihabara dan terjumpa Aslan Kebab, cubalah. Sedap. Harga serendah Yen500 sahaja.

Hari 4 : 18 Januari 2016

1. Tokyo menerima salji yang pertama pada musim sejuk tahun ini, sangat lebat saljinya. Train banyak lewat pada waktu pagi. Dan kitaorang stuck hampir 2 jam juga, sebab tak biasa nak masuk train berhimpit macam orang Jepun tu.
2. Daiba, aqua city.
3. Nippon Tv Tower (ada pertunjukkan jam besar gedabak)
4. Ginza

bercuti-di-tokyo-9

Hari Isnin 18 Januari 2016, dapat kejutan! Salji turun lebat dekat bandar Tokyo. Sampai sistem train Tokyo lumpuh dan banyak delayed. Gambar diambil dari tingkat 3 guest house.

bercuti-di-tokyo-10

(18 Januari 2016) – Odaiba, Aqua City.

Untuk tengok Rainbow Bridge dan patung Liberty tu, macam dalam gambar ni. Berhenti dekat station Daiba.

Untuk ke sini, ada satu line train baru, iaitu Yurikamome Line. Kalau nak explore kawasan ni, disarankan ambik One Day Pass Yurikamome Line. Lebih jimat, hanya Yen820!  Landasan train tu akan lalu ikut Rainbow Bridge tu.

bercuti-di-tokyo-11

Kawasan perumahan orang Jepun. Shinagawa Hiratsuka, Tokyo. Train terdekat Station Togoshi, Asakusa Line.

bercuti-di-tokyo-13

Gambar google, ni la jam yg besar tu. Akan ada persembahan pada setiap 2 jam yang ditetapkan. Dekat tower Nippon Tv. Nak ke sini, berhenti dekat Shimbashi Station, Yurikamome Line.

Hari 5 : 19 Januari 2016

1. Tidur di airport Narita sebab flight 10am.
2. Shopping kat terminal 1

ps : Makan bawa dari Malaysia mcm Maggie cup ( beli masa promo 7E, satu RM1), nasi Brahim, sambal ikan bilis. Roti beli dekat 7E Tokyo, makan dengan sambal bilis. JIMAT!

Baca lagi: 10 Lokasi Mesti Dilawati Bagi Peminat Anime Di Jepun