Trip saya selama 4 hari 3 malam di KANSAI: Dari Kyoto ke Osaka. Sesuai untuk yang tak banyak cuti. Boleh pergi hujung minggu.

Sebelum itu saya kongsikan sedikit sejarah mengenai Kyoto. Kyoto pernah menjadi ibu Negara Jepun selama beberapa abad sehingga kemudiannya kerajaan Jepun mengambil keputusan untuk berpindah ke Tokyo di sekitar tahun 1868. Sebab tu Kyoto banyak peninggalan sejarah yang disenaraikan oleh UNESCO.

our_business_resize
HYPE
TNB Fokus Bantu 7.6 Juta Pelanggan Dengan Bantuan Prihatin Elektrik
Baca lagi →

Kalau masih ingat cerita ‘Memoirs of a Geisha’ dan ‘The Last Samurai’, beberapa penggambaran di dalam cerita itu dibuat di Kyoto. Malahan suasana tradisional di sana masih sama lagi sehingga sekarang.

Berikut itinerari saya:

Hari 1 : KUL – KIX

Di airport saya  beli siap-siap ‘Kansai One Pass’, lebih kurang macam Touch n Go. Isi 2000 Yen. Dan juga beli ‘YOKOSO! Osaka Ticket’ yang mana dapat pakej tiket train ‘Limited Exp Rapi: t ‘ dari airport ke Namba Station dan juga cover kos semua Subway di Osaka untuk satu hari.

Jadi saya sempat jalan-jalan di sekitar Dotonbori – Shinshaibashi – Yodoyabashi – Umeda.

Saya tidur di Dotonbori : Hostel Wasabi Osaka Bed and Library

Hari 2 : Osaka – Kyoto.

Dari Namba saya terus ke Kyoto Station, naik train guna ‘Kansai One Pass’. Hanya perlu sentuh saja pass ni, senang tak payah nak pening macam mana nak beli tiket di mesin. Jimat masa sama.

Sampai je di Kyoto Station, saya terus beli ‘Kyoto One Pass’ harga 500 Yen. Ada mesin jualan di luar Kyoto Station. Pass ni cover untuk pusing-pusing Kyoto naik bas selama sehari.

Kawasan yang boleh singgah dan berada dalam laluan bas ialah: Arashiyama Bamboo Forest – Nijo – Ryoanji – Kinkakuji – Yasaka Shrine – Yasaka Pagoda – Ninenzaka – Sannenzaka – Kiyomizudera – Gion.

Banyak lagi tempat lain sebenarnya, tapi kesuntukan masa tak sempat nak cover semua.

Tidur di Gion/Higashiyama: Holzbau Guesthouse

Malam boleh pusing-[using di sekitar Gion dengan Pontocho Alley. Kalau nasib baik dapat jumpa Maiko dan Geisha. Sebab di Guon ini memang tempat asalnya Geisha.

Baca: 9 Tip Ke Jepun Untuk Anda Buat Persiapan Sebelum Travel Ke Sana

itinerari-kansai-jepun-1

itinerari-kansai-jepun-2

itinerari-kansai-jepun-3

itinerari-kansai-jepun-4

itinerari-kansai-jepun-5

itinerari-kansai-jepun-6

itinerari-kansai-jepun-7

Hari 3

Dari gion ke Fushimi Inari Taisha naik train dan terus ke Osaka Castle. Di Osaka boleh juga kalau nak pusing-pusing tapi saya terus ke Universal Studio Japan, naik train juga.

Semua guna ‘Kansai One Pass’. Kalau kredit habis boleh reload di mesin yang ada di mana-mana stesen keretapi. Anda boleh tengok di YouTube cara nak topup supaya tak lah terkial-kial nanti macam mana nak buat.

Tidur di Dotonbori: Fuku Hostel Namba

Hari 4

Dari Namba Station ke Kansai airport naik train. Di airport pulangkan balik ‘Kansai One Pass’ dan dapat balik deposit 500 Yen. Nak bawak balik sebagai kenang-kenangan pun boleh.

KOS
Flight tiketAirAsia: RM 500++ (return)
Hostel / Guesthouse: RM 280 (3malam)
Lain-lain: RM 1,000++ (makan, tiket train, bayaran masuk setiap tempat)

Jumlah: RM 1,800++

Nota: Hari-hari makan roti dengan nasi kepal Jepun. Saya bawa serunding dengan rendang dalam tin. Saya bukan jenis food hunter, jadi tak kisah sangat pasal makan.

itinerari-kansai-jepun-8

itinerari-kansai-jepun-9

itinerari-kansai-jepun-10

itinerari-kansai-jepun-12

itinerari-kansai-jepun-13

itinerari-kansai-jepun-14

itinerari-kansai-jepun-15

itinerari-kansai-jepun-16

itinerari-kansai-jepun-17

itinerari-kansai-jepun-18

itinerari-kansai-jepun-19

Baca lagi: Cara Mudah Cari Penginapan Murah Di Osaka, Jepun Dan Itinerari 6 Hari Travel Di Sana

Artikel di atas disumbangkan oleh Fauzan Hasan Abrar. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka