Last minit ala-ala backpacker punya perancngan with “invisible geng” so tak sempat nak pre book apa bagai, kita redah je. Just naik train dan van saja.

Sesiapa nak pergiHatyai boleh lah tengok ni kot-kot membantu. Semua info ada di gambar.

1. Kami mulakan dengan naik komuter ke Padang Besar kat Stesen Anak Bukit. RM5.20 sekepala. Beli tiket jam 3.31pm gitu. Trip komuter 1 jam sekali.

2. Train sampai dalam pukul 4 lebih rasanya.

3. Train penuh. Tapi bila sampai Arau dah boleh duduk.

4. Rajah laluan komuter KTM utara.

5. Yeah. Ceq dah sampai Padang Besau.

6. Awas kereta sapu, tapi naik teksi kena cekik darah. Kakaka.

7. Jalan pergi imigresen Padang Besar.

8. Kita naik van sapu ni untuk masuk sempadan Siam, Hanya RM6 saja sekepala. Murah. Turun saja di jambatan yang ceq jalan tadi tu ada depa ni dok tunggu dah. Tanya ja depa habaq habis. Motor ada, van ada, kereta ada. Pilih saja. Harga serendah RM6.

9. Part ni meluat. Orang ramai jenuh beratur dekat 30 min. Kena bagi RM1 untuk tolong depa cop border kita. Ada brother tu offer RM15 untuk selesaikan cop border, tapi ambe tak nak sebab nak jimat. Kakakakaka.

10. Nasib ceq kekal handsome walaupun kena berjemuq kat panas terik.

11. Settle cop bagai kita masuk pekan Padang Besar belah Siam.

12. Tukar duit tapi sedih hilang 1000 Bath ikut ekonomi sekarang. Sampai tempat van ke Hatyai dah.

13. Jommmm. Van ni bukan yang tadi tu. Ini dari Padang Besar Siam ke Hatyai, 50 Bath ja sekepala. Perjalanan sejam lebih kurang nak sampai Hatyai.

14. Otw bosannya. Nasib van ni selesa.

15. Wohooooo! Im here! Cari hotel murah  dah  habis, kita check in Hotel Grand Pink. Merah jambu gitu. Harga 1150 Bath untuk 1 malam.

16. Aktiviti malam bermula. Jalan-jalan cari makan. Haha.

17. Kasut murah, mai beli mai. Pelapik kaki comey weh 100 Bath ja.

18. Kretif depa ni.

19. Star Wars pun hado.

20. Orang ramai gila.

21. Makanan halal senang nak cari.

22. Pulut mangga pelam manis.

23. Roti canai Hatyai.

24. Sotong kepit hahaha.

25. Teh tarik nasi lemak.

26. Settle dah jom kita.

27. Hasil tangkapan malam ni. 260 Bath. Berbaloi.

28. Jemput mai, bismillah. Maggi kerabu seafood tu terbaik baq hang.

29. Mercik. Settle malam ni, sambung esok untuk jalan-jalan sekitar Hatyai.

30. Hari 2 : Mula sarapan dengan pulut mangga. 50 Bath saja sebungkus, kejap lagi kita nak pergi naik gajah pulak.

31. Info. Siam lambat sejam dari Malaysia tau.

32. Masa tengah cari tut tut, jumpa REE. Dia tawarkan bawa jenjalan naik HONDA CITY, 5 tempat duduk dengan harga 800 Bath. Kami terus ambil sebab naik kereta ada aircond. Hahaha. Contact number : 089-9784942. Kena letak code Siam kat depan nombor dia kalau nak call.

33. Tempat pertama kita pergi. Chang Puak Camp. Ini lah tempat naik gajah tu, jom!

34. Dalam Chang Puak Camp ada 5 jenis mainan kita boleh pilih. Ambil pakej murah balik, tapi ceq tengok bajet jadi ceq pilih elephant riding je lah hihi.

35. Done beli tiket untuk Elephant Riding

36. Nak naik gajah sat lagi, kena ragaih pelantaq ni.

37. Ramai orang tengah beratur nak naik gajah tu. Kita posing sat kat kereta antik ni. Rindu kat kancil kita.

38. Acara bagi gajah makan. Tapi kena bayar bukan free.

39. Beli pisang 100 Bath sebakul.

40. Masa ni dah ramai orang, nasib mai awai.

41. Jom terokai laluan gajah.

42. Dalam beg tu ada gading gajah. Depa jual underground, jangan beli na.

43. Finish. Alhamdulillah selamat sampai kakaka.

44. Lepas letih naik gajah, turun-turun terus adik manis NORAK DANISH versi Thailand mai bagi air dan sepinggan buah free.

45. Nindia. Jom take 5 dulu.

46. 2nd place. Kita pi 4D muzium + magic show. 1 person just 300 Bath.

47. Dapat spek mata ni depa bagi pinjam. Rasa macam Clack Kent pula. Hahaha.

48. Kasut kena buka, jadi masuk kaki ayam.

Baca: 17 Tip Travel Ke Krabi, Thailand

49. Comel? Kakaka.

50. Magic show, awesome! 

51. Magic show gempak, abaikan broken english tu. Hahahaha.

52. Sekali ceq yang kena naik buat magic da.

53. 4D galeri wohooo mummy comel.

54. Batu terapung. Pakai speck baru nampak.

55. Rasa macam Superman la pula haha.

56. Makan tengahari kat sebelah 4D muzium.

57. Ni je. Dalam 100 Bath kot kalau tak silap huhu.

58. Posing sementara tunggu driver ambil kereta nak ke cable car Hatyai.

59. 3rd place. Naik cable car Hatyai.

60. Tiket beli kat sini.

61. Tiket harga 200 Bath pi balik.

62. Dengan kekawan hihi.

63. View atas kereta kabel.

64. View dari stesen lagi 1.

65. Atas stesen kereta kabel ni ada tokong Hindu. Tak masuk pun sebab panas dan asap colok banyak.

66. Geng gajah gak depa ni hahaha.

67. 4th place. Melawat tokong-tokong Kuanyin kot. Lupa dah nama. Yang dalam cerita Shoalin depa dok sebut eletopan.

68. Ni patung Budha rasanya. Kalau dalam Naruto Shipudent Hokage 1st boleh buat Jutsu Wood dia. Gitu.

69. 5th place aka akhir sekali hehe. Famous place. Floating Market wohoo.

70. Bersedia macam nak berlumba je.

71. Sampai awai pukoi 4 jadi depa baru tengah susun barang.

72. Terliur baq hang.

73. Panas. Habis gelap ceq yang memang cerah ni.

74. Jalan-jalan sampai hujung.

75. Aneka pilihan.

76. Ayaq buluh betong.

77. Sedap.

78. Potato spring on de making.

79. Teloq puyuh yummy.

80. Berpeluh ceq nasib maintain handsome.

81. Jom naik kat atas pulak ada lagi.

82. Seafood goreng weh.

83. Marka cun, Tarant Ziela ni la yang pi dengan met tu.

84. Ayuh di goyang ayuh goyang. Aiskrim goyang.

85. Jalan kat nak balik dah ni.

86. Sotong bakar. Nampak sedap beli-beli muak. Semua kawan ceq pun cakap muak. Tak caya boleh cuba. 3 ekor 100 Bath.

87. Jom balik.

88. Sayonara floating market. Kita dapat no fon awek yang dok selfie tu.

89. Ni REE. Pemandu pelancong kami, pandai cakap Melayu dan bawa kami naik Honda City weh. Jadi sesiapa nak tour guide boleh cari dia. Nombor phone dia, ceq dah letak kat atas tadi tu.

90. Malam makan yang ni ja. Habis 320 Bath saja. Tidoq kat hotel Indera hanya 550 Bath. Tamat 2nd day.

91. 3rd day, last day huhu. Sarapan pulut ayam 90 Baht. Naik van balik Padang Besar 50 Baht. Komuter Padang Besar ke Alor Setar RM5.20. Total cost tak sampai pun 4000 Bath kalau pergi minimum 3 orang. Selamat bercuti. Happy holiday.

92. Ramai yang dok tanya kita pasal cost. Ni secara ringkas total kos WAJIB termasuk pengangkutan, travel guide dan hotel tak sampai pun RM230. Harap dapat membantu.

Nota editor: Naik gajah bukanlah pilihan bijak terutama bagi pencinta haiwan. Jadi sebaiknya anda elakkan daripada menyertai aktiviti ini sewaktu berkunjung ke Thailand.

Baca lagi: 8 ‘Pantang Larang’ Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Thailand