Di sini saya kongsikan itinerari penuh untuk trip ke Iceland selama 9 hari 8 malam pada musim sejuk, February 2017. Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk travel secara solo ke Iceland dan berjaya lengkapkan Ring Road Iceland.

Ring Road Iceland ini adalah satu-satunya laluan utama yang digunakan di Iceland untuk merentasi atau mengelilingi seluruh pelusuk tempat yang terdapat di Iceland, dari utara hingga ke selatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Laluan ni dinamakan Route 1 sebab ini saja satu-satunya jalan atau laluan yang boleh digunakan untuk pusing mengelilingi Iceland. Pada musim sejuk jalan seperti F-Roads atau Higlands Roads ditutup untuk semua jenis kenderaan dan hanya akan dibuka pada musim panas sahaja.

Boleh rujuk map ni untuk tempat-tempat menarik di sekitar Iceland.

Berikut itinerari saya selama 9 hari.

Hari 1

1. Flight dari London – Keflavik Airport, Iceland
2. Ambil kereta sewa dengan Geysir Car Rental boleh rujuk di website www.geysir.is.

3. Dari Keflavik saya ke bandar Reykjavik untuk pick-up travellers lain. Mereka ini merupakan traveller yansaya approached melalui couchsurfing dan bersedia untuk berkongsi ride deg ngan saya ke Golden Circle)
Golden Circle terdiri daripada tarikan berikut :

  1. Thingvellir National Park
  2. Geysir geothermal
  3. Gullfoss Waterfall
  4. Di bandar Reykjavik turunkan travellers dan ambil traveller lain yang nak carpool ke Borgarnes
  5. Borgarnes (kat sini saya turunkan 2 penumpang yang carpool)
  6. Terus memandu ke Blonduos dan bermalam di Blonduos

Caj dikenakan untuk 3 traveller yang ikut tour ke Golden Circle seorang € 45 / RM214 x 3 = RM642

Caj dikenakan untuk 2 orang carpool dari Reykjavik ke Borgarnes €30 = RM143

Penginapan 1 malam di Gladheimar Cottages, RM225 (last minute deals)

Hari 2

  1. Blonduos
  2. Húnavatnshreppur
  3. Skagaströnd (ambil 2 orang carpool passenger ke Akureyri)
  4. Varmahlíð
  5. Hörgársveit
  6. Akureyri (stay 1 malam di sini)

Caj dikenakan untuk 2 orang carpool dari Skagaströnd ke Akureyri € 50 = RM238

Akureyri merupakan bandar ke 2 terbesar di Iceland. Jadi banyak hostel murah ada di sini. Bandar dia pun sangat cantik dan unik. Saya cadangkan paling kurang tinggal 2 malam di sini baru best. Ada aktiviti main ski dan tempat yang sesuai untuk tengok aurora.

Penginapan di Akureyri, tinggal di rumah kenalan. Jadi kos penginapan tiada (zero).

Godafoss.

Diamond Beach.

Hari 3

  1. Akureyri town (ambil 3 carpool traveller ke Godafoss)
  2. Godafoss Waterfall (datang awal pagi tunggu sunrise view waterfalls memang cantik)
  3. Husavik (whales watching datang sini, macam-macam pakej tour ada di sini)
  4. Lake Mývatn
  5. Hverfjall – merupakan sebuah volcano (kena daki sampai ke atas Hverfjall)
  6. Dettifoss (most powerful waterfall in Europe)
  7. Hafragilsfoss (lokasi dekat dengan Dettifoss)
  8. Namafjall (geothermal area)
  9. Mývatn Nature Baths (hot springs ni lagi best daripada Blue Lagoons)
  10. Egilsstadir (tidur satu malam)

Caj dikenakan untuk 3 orang tour ke Godafoss €60 / RM286

Mývatn Nature Baths – KR. 2,400 / RM96 (saya dapat harga pelajar. Tips: bawa je mana-mana kad pelajar atau id zaman belajar dulu dan tunjuk. Dapatlah harga pelajar. Nak jimat kena bijak sikit. Hehe)

Penginapan 1 malam di Egilsstadir, Guesthouse Olga – RM235

Hari ke 4

  1. Egilsstadir
  2. Fardagafoss
  3. Seydisfjordur waterfall and town
  4. Breiddalsvik Meleyri
  5. Djupivogur (the eggs of Merry Bay)
  6. Höfn (tidur satu malam)

Penginapan 1 malam di Höfn, Lækjarhus Farm Holidays – RM102 share satu bilik 4 orang. Duduk di ladang memang best dapat tengok aurora dari luar tingkap je.

Saya sangat sarankan anda menginap di sini. Sangat selesa ada dapur untuk masak dan malam-malam boleh keluar jalan kaki saja untuk tengok aurora. Owner pun baik hati. Yang nak merasa dan lihat bagaimana kehidupan di ladang boleh cuba tinggal di sini.

Hari ke 5

  1. Höfn
  2. Diamond Beach (datang awal pagi untuk tengok view sunrise memang cantik)
  3. The Glacier Lagoon Jökulsárlón
  4. Skeidararsandur (monument bridge yang runtuh kerana gunung berapi meletus)
  5. Fjaðrárgljúfur canyon (most beautiful canyon in the world)
  6. Vik (misi mencari aurora – tidur dalam kereta)

Fjaðrárgljúfur canyon adalah tempat Justin Bieber buat video clips. Canyon ni memang cantik. Untuk sampai ke atas anda kena mendaki sikit.

Pastikan pakai kasut yang sesuai sebab keadaan tanah dia yang berselut dan lembab (faktor musim sejuk).

Kos penginapan 0. Tidur dalam kereta sambil tunggu aurora.

Hari ke 6

  1. Vik
  2. Crashed DC 3 Plane (jalan kaki dalam 8km pergi dan balik)
  3. Black sand beach
  4. Reynisfjara Beach
  5. Dyrholaey

Penginapan satu malam di Vik, Arsalir Guesthouse  €35 / RM167. Last minute walk in (satu bilik kongsi 4 orang).

Baca: Tip Dan Itinerari Travel Ke Iceland Selama 12 Hari

Godafoss waterfall.

View bandar Akureyri dari atas bukit.

Geothermal.

Hari ke 7

  1. Vik town (ambil 3 penumpang carpool ke Selfoss)
  2. Skogafoss waterfall
  3. Seljalandsfoss waterfall
  4. Selfoss town (drop-off 3 carpool passenger)
  5. Hrunamannahreppur
  6. Selfoss (misi mencari aurora, tidur dalam kereta)

Caj dikenakan kepada 3 orang carpool € 35 x 3 = €105 / RM502
Kos penginapan 0. Tidur dalam kereta sambil tunggu aurora

Hari ke 8

  1. Selfoss town (ambil 2 penumpang carpool ke Reykjavik)
  2. Reykjavik (turunkan 2 penumpang carpool)
  3. Jalan-jalan di Reykjavik town
  4. Reykjavik (tinggal 1 malam di rumah couchsurfing)

Caj carpool 2 orang €25 / RM119
Kos Penginapan 0. Tinggal di rumah couchsurfing

Hari ke 9

  1. Hantar kereta sewa
  2. Dari Iceland saya terbang ke Gdansk, Poland (tiket flight murah untuk route ni hanya RM150, terbang dengan Wizz Air).

Total kos untuk 9 hari 8 malam di Iceland :

1. Sewa kereta Dacia Duster 4×4 dari Geysir Rental Car (saya hanya beli perlindungan insurans asas + gravel protection). Total = RM2,400

2. Penginapan 4 malam = RM729 (2 malam tidur dalam kereta dan 2 malam couchsurfing)

3. Kos untuk minyak kereta diesel (di Iceland harga diesel lebih murah dari petrol biasa). Total minyak selama 8 hari pemanduan = RM1,900

4. Terdapat satu toll yang perlu dibayar di Iceland = RM40

5. Kos untuk makanan / minuman. Saya bawa makanan sendiri dan sepanjang saya di Iceland saya hanya makan dan masak makanan yang dibawa. Saya hanya beli 1 botol susu segar = RM11

6. Kos penerbangan dari UK – Iceland = RM215 dan penerbangan dari Iceland – Poland = RM150. Total kos untuk penerbangan = RM365.

7. Mývatn Nature Baths – RM96

8. Simcard Nova untuk data internet 10 GB – RM132

Jumlah Keseluruhan : RM5,673

Jumlah caj carpool yang saya dapat = RM1,930

Jumlah keseluruhan selepas ditolak hasil daripada carpool adalah sebanyak = RM3,743 sahaja.

GRAND TOTAL = RM3,743

Baca: Bagaimana Untuk Terbang Murah Dan Travel Sendiri Cara Bajet Ke Iceland

Black Sand Beach, Vik.
Crashed DC 3 Plane.

Diamond Beach.
Godafoss.

Keadaan jalan di musim sejuk di Iceland.
Kereta 4×4 yang saya guna untuk Ring Road Iceland. Sangat selesa dan berbaloi.
Keadaan stesen minyak petrol di Iceland. Tak ada cashier semua pakai kad sahaja.
Antara makanan yang saya bawa untuk stok 9 hari di Iceland. Jimat duit banyak untuk kos makanan.

TIPS TAMBAHAN

1. Jika anda merancang untuk pusing satu Iceland pastikan anda sewa kereta jenis 4×4 kerana keadaan jalan di Iceland yang agak bahaya. Kebanyakkan hidden gems Iceland terletak di kawasan yang hanya 4×4 sahaja boleh access.

2. Pengunaan diesel dapat menjimatkan kos untuk minyak kerana harga diesel lebih murah berbanding petrol.

3. Sila buat booking kereta sewa 2 – 3 bulan sebelum tarikh trip anda untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Harga tempahan sewa kereta di saat akhir adalah sangat mahal. Jadi elakkan booking last minutes.

4. Air paip di Iceland selamat diminum. Untuk jimat bawa botol sendiri dan isi. Tak perlu beli air mineral sebab harga makanan dan minuman di Iceland tersangatlah mahal walaupun sebotol air mineral.

5. Bawa bekal makanan banyak-banyak dari Malaysia seperti Brahims, Maggie, beras, sardin, tuna dan sebagainya. Bila di Iceland makan je apa bekalan yang dibawa tak payah bazir beli. Dapat jimat untuk kos makanan.

Di Iceland juga agak sukar untuk cari makanan halal. Bawa juga travel cookers senang nak masak nanti.

6. Bagi yang ingin travel solo ke Iceland dengan cara jimat boleh cuba gunakan kaedah carpool. Boleh rujuk website www.samferda.net untuk carpool dan anda juga boleh approach travellers lain di Couchsurfing.

7. Untuk aurora forecast, weather forecast atau gempa bumi boleh rujuk website en.vedur.is .Segala jenis maklumat ada di website ini. Untuk rancang perjalanan anda perlu sentiasa update dengan website ni untuk tahu keadaan semasa cuaca di Iceland. Ini kerana cuaca di Iceland setiap seminit boleh berubah.

8. Untuk GPS anda boleh menggunakan apps Waze. Mudah dan senang. Sepanjang saya buat Ring Road di Iceland saya hanya menggunakan khidmat Waze. Alhamdulillah berjaya sampai ke destinasi dengan selamat dan dalam masa yang sama anda dapat tahu speed limit yang dibenarkan di sesuatu kawasan.

9. Untuk data internet anda boleh pakai NOVA. Coverage memang excellent. Atas gunung pun boleh buat live di FB. Recommended sangat untuk beli Nova. Harga KR.3,300 / RM132 untuk 10GB data dan free call around Iceland. Kalau ada apa-apa kecemasan boleh call free. Memang sangat berbaloi.

10. Di musim sejuk di Iceland akan terjadi ribut salji yang kuat dan tiupan angin yang sangat laju. Jika masa tengah memandu tiba-tiba ada ribut anda dinasihatkan berhenti daripada memandu dan park kereta dikawasan yang selamat, tunggu sehingga keadaan redha.

11. Jika anda teruskan pemanduan jangan terkejut jika kenderaan anda berkocak ke kiri dan ke kanan dan terhumban ke gaung. Sangat bahaya dan jangan ambil risiko. Untuk pengetahuan anda juga jalan raya di Iceland tiada penghadang jalan dan tiada lampu jalan kecuali di kawasan bandar. Jadi sila berhati-hati terutamanya pada musim sejuk.

12. Untuk penginapan saya menggunakan khidmat HotelsCombined. Senang dan mudah sebab apps ni akan membandingkan harga hostel paling murah yang terdapat di Booking.com, Expedia, Agoda dan lain-lain.

Untuk dapatkan harga lebih murah register as members dan buat last minutes booking. Last minutes booking sesuai untukmereka  yang travel di musim sejuk sebab di musim ini tidak ramai pelawat berkunjung ke Iceland.

13. Jika anda travel di musim panas pastikan book hotel awal sebab musim panas adalah peak season. Kebanyakkan harga hotel dan rumah penginapan di musim panas akan jadi lebih mahal dan selalu fully booked. Maklumat lanjut boleh rujuk di  www.hotelscombined.com.

Saya harap dengan perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan untuk travel ke Iceland dengan lebih mudah dan jimat.  Terima Kasih kerana sudi membaca.

“Travel Smart, Payless” – Bella Azemi.

Baca lagi: Nikmat Tuhan Yang Akhirnya Aku Sedari Semasa Dalam Kesusahan Sewaktu Kembara Di Iceland