Dalam sebuah rancangan televisyen, Jack Ma bercakap dengan sekumpulan belia Korea Selatan yang bersemangat untuk berjaya dalam hidup, dan beliau juga berkongsi sedikit kekesalan yang beliau hadapi. Menurut Jack Ma, terdapat garis hidup yang kita harus jalani sepanjang kehidupan, dan ia bermula apabila kita berusia 20 tahun, dan berterusan sehingga umur kita mencapai 60-an.

Ini apa beliau kata (anda boleh menonton video penuh di sini):

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum anda berusia 20 tahun, jadilah pelajar yang baik.

…hanya untuk mendapatkan pengalaman.

Sebelum anda berusia 30 tahun, berkulilah.

Bekerjalah di syarikat kecil. Selalunya dalam syarikat besar, anda akan belajar tentang proses; anda adalah sebahagian daripada sebuah mesin besar. Tetapi apabila anda berada dalam sebuah syarikat kecil, anda akan belajar tentang keghairahan (passion), belajar berimpian. Anda akan belajar untuk membuat banyak benda dalam satu-satu masa. Sebelum anda berusia 30 tahun, ia bukannya tentang syarikat mana anda bekerja, tetapi ketua mana yang anda ikuti. Ketua yang bagus akan mengajar anda dengan cara yang berbeza.

Di antara umur 30 hingga 40 tahun, anda harus berfikir dengan jelas, sama ada anda mahu bekerja sendiri, atau anda benar-benar mahu menjadi seorang usahawan.

Di antara umur 40 hingga 50 tahun, anda mesti lakukan perkara yang anda pandai buat.

Jangan lakukan perkara baru, ia sudah terlalu lewat. Anda mungkin berjaya, tetapi risiko untuk (perkara baru) mati terlalu besar. Jadi, apabila anda berusia di antara 40 hingga 50 tahun, fikirkan bagaimana anda boleh fokus pada perkara-perkara yang sudah anda kuasai.

Apabila anda berusia 50 hingga 60 tahun, bekerjalah dengan orang muda.

Kerana orang muda boleh melakukan (kerja) lebih baik daripada anda. Bergantunglah kepada mereka, melaburlah kepada mereka, dan pastikan mereka menjadi yang terbaik.

Apabila anda berusia lebih daripada 60 tahun, gunakan masa untuk diri sendiri.

Di tepi pantai, menghadap matahari, ia sudah terlalu lewat untuk anda berubah.

Ini nasihat saya untuk orang muda: Pada umur 25 tahun, buatlah kesilapan secukupnya. Jangan risau! Anda akan jatuh, bangun semula, jatuh lagi… nikmatinya! Anda berumur 25 tahun, enjoy the show!

Tentang Penyesalan

“Saya menyesal tentang banyak perkara. Saya menyesal saya (mula) bercakap dengan media. Saya menyesal saya bercakap di khalayak ramai. Kerana saya boleh (memilih) privasi saya sendiri. Saya kesal saya bekerja terlalu kuat dan menghabiskan terlalu sedikit masa untuk bersama-sama dengan keluarga saya.”

Sekiranya saya mempunyai kehidupan lain, saya tidak akan membuat perkara-perkara seperti ini. Isteri saya berkata, “Awak bukan milik saya, awak milik Alibaba.”

Tetapi, hidup terlalu singkat. Ianya tentang pengalaman. Manusia mencari ruang pandang yang berbeza. Akan ada yang fikir anda kaya, anda berjaya, tetapi anda tidak! Akan ada yang kata lelaki ini tidak mempunyai duit, dia lelaki yang teruk, tetapi mungkin tidak! Setiap manusia memilih kehidupan mereka sendiri.

Saya menangis kerana kami pernah menghadapi masalah yang tidak pernah sesiapa bayangkan. Kerana saya mengetuai sebuah syarikat, dengan 4000 orang tenaga kerja muda, dengan operasi untuk 500 juta orang. Dengan 500 juta orang, dan hanya 1 peratus adalah orang jahat, bermakna anda sudah ada 5 juta orang jahat. Ia memeningkan.

Tetapi ia sudah terlalu lewat untuk sesalan, lupakan tentang sesalan! Hanya fikir, “Saya ada 10 hingga 20 tahun lagi, enjoy the show, enjoy the ride.

BACA: Lelaki Ini Pernah Gagal Temuduga Kerja Dengan KFC. Kini Beliau Adalah Jutawan Terkaya Di Negaranya (Jack Ma)

BACA Lagi: Ini Kisah Guru Paling Kaya Di Dunia. Anda Akan Rugi Besar Jika Tidak Ambil Tahu. Serius! (Jack Ma)

Sumber: Vulcan Post

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram