Disaat ramai yang mengecam dengan tindakan Mark Zuckerberg, Jack Ma selaku individu yang turut menjalankan bisnes melalui ekonomi digital antara yang masih memberi sokongan buat CEO Facebook ini untuk kembali bangkit.

Di dalam sebuah temubual terbaru, Jack Ma berpendapat Mark Zuckerberg harus segera memulihkan insiden Cambridge Analytica yang telahpun berlaku serta perlu berusaha keras untuk mendapatkan kembali kepercayaan orang ramai terhadap platform media sosial ini.

Jack Ma berpendapat insiden yang berlaku ini masih mempunyai harapan untuk dipulihkan. Sekiranya Mark Zuckerberg berjaya membawa platform yang pada awalnya dibuka buat pengguna universiti kepada sedia kala, tidak mustahil Mark mampu menawarkan solusi terhadap apa yang berlaku.

Dalam pada itu, Jack Ma nampaknya tidak berminat untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai isu politik di Amerika Syarikat yang melibatkan Donald Trump dan Facebook.

tmp_Tp2QTZ_65cb6f7198b02448_GettyImages-669889770

Difahamkan berdasarkan insiden Cambridge Analytica yang berlaku, Mark Zuckerberg telahpun rugi beberapa bilion berikutan penurunan saham Facebook dimana beliau merupakan pemegang saham terbesar.

Baca: 16 Filem Bisnes Berdasarkan Kisah Benar Yang Mesti Ditonton Oleh Usahawan