Jack Ma pada hari ini telah melancarkan pejabat pertama Alibaba di Asia Tenggara bertempat di bangunan UOA, Bangsar South.

Kehadiran Jack Ma pada hari ini turut dipertemukan dengan mesyuarat bersama perdana menteri, Tun Mahathir. Jack Ma di dalam sebuah temubual bersempena dengan majlis pelancaran pejabatnya turut menyatakan kekagumannya terhadap Tun Mahathir yang sangat arif dan hebat di dalam pengetahuan teknologi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

getty_466480018_151176

Difahamkan pelan yang dibincangkan turut melibatkan pelan teknologi melibatkan projek DFTZ yang dilancarkan Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kerjasama bersama MDEC.

Kerjasama diantara dua negara ini sekaligus bakal membuka kepada 60,000 peluang pekerjaan di Malaysia serta meningkatkan jumlah dagangan kepada $65 bilion (~RM260.14 bilion) menjelang 2025. Tahniah diucapkan buat Alibaba dan Jack Ma diatas pembukaan pejabat di Malaysia.

Baca lagi: ‘Bangsar South’ Bakal Dinamakan Sebagai Kampung Kerinchi Semula

Sumber