Pengerusi Eksekutif Alibaba dan usahawan Internet Jack Ma dilantik sebagai penasihat kepada kerajaan Malaysia dalam bidang ekonomi digital, menurut pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Ketika pelancaran Alitrip Malaysia Tourism Pavilion di China World Hotel, Najib berkata beliau tidak sabar untuk berkongsi satu berita baik.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

“Jack Ma telah menerima jemputan untuk menjadi penasihat kepada kerajaan Malaysia dalam bidang ekonomi digital. Beliau akan menjadi penasihat tentang bagaimana menyediakan jalan untuk masa hadapan,” katanya.

Najib berkata Ma juga telah bersetuju untuk menghadiri Forum Transformasi Global Malaysia, dan mengambil kesempatan daripada lawatan beliau ke Malaysia, untuk melancarkan e-Free Trade Zone pada Mac tahun depan.

“Kami akan bekerja pada kelajuan super untuk menjayakan perkara ini. Kami akan membuat ini berlaku, “kata Najib.

Artikel di atas disumbangkan oleh Lokman Mansor.

Anda Mungkin Suka