Mulai dirancang sejak 10 tahun yang lalu, impian Jack Ma untuk bersara pada umur 55 tahun menjadi kenyataan apabila pada 10 September baru-baru ini apabila beliau telah berundur sebagai pengerusi dan CEO Alibaba.

Lebih menakjubkan, beliau memilih untuk bersara disaat Alibaba dinobatkan sebagai syarikat paling bernilai di Asia dengan permodalan pasaran $460 bilion (RM1.919 trilion).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengulas mengenai pengunduran beliau daripada dunia perniagaan, beliau menyifatkan keputusan yang dibuat bukanlah pengakhiran bagi Alibaba sebaliknya adalah sebuah permulaan yang baru Alibaba untuk terus berkembang.

Jack Ma juga nampaknya bakal mengikut jejak langkah Bill Gates yang bersara awal daripada syarikat yang dibangunkan untuk memfokuskan kepada kerja-kerja melibatkan kebajikan dalam menyalurkan wang serta membantu orang ramai.

Walau bagaimanapun, beliau masih lagi menjadi mempunyai pemegang saham dibeberapa syarikat yang dimilikinya. Beliau juga mengumumkan akan memantau syarikat-syarikat miliknya serta memilih kepada mereka yang lebih muda.

Jack Ma

Bersempena dengan hari terakhir Jack Ma bersama Alibaba, beliau telah menjalankan sebuah aturcara besar-besaran yang dihadiri oleh 80,000 pengunjung dimana Jack Ma memilih untuk menggayakan dirinya bagai seorang rockstar.

Penampilan yang beliau sebagai rockstar ini dilihat sebagai pengunduran paling cool dalam sejarah syarikat korporat dimana belum pernah berlaku sebelum-sebelum ini. Anda boleh tonton video dibawah sedutan ‘konsert’ yang beliau jalankan.

Legasi Jack Ma bakal diteruskan oleh Daniel Zhang yang merupakan CEO kepada Alibaba sejak 2015. Bersempena pelan awal beliau, Daniel Zhang menyasarkan Alibaba untuk menjadi syarikat bernilai $1 trilion pada akhir 2020. Syarikat ini juga komited untuk menawarkan yang terbaik buat lebih 1 bilion pengguna Alibaba seluruh dunia.

e32d7a62-c553-11e8-9907-be608544c5a1_1280x720_190946
Jack Ma bersama CEO Alibaba, Daniel Zhang. Sumber: South China Morning Post

Kini sudah tiba masanya Jack Ma ‘rehat’ daripada dunia pernigaan. Kami ingin mengucapkan terima kasih buat Jack Ma diatas hasil usahanya dalam membantu anak muda baik dari segi ilmu yang dicurahkan mahupun motivasi yang diberikan.

Sebagai perhargaan, kami ingin berkongsi kepada anda salah satu temubual Jack Ma yang berjaya menjadi viral seluruh dunia dimana beliau berkongsi mengenai visi yang perlu difokuskan buat mereka yang berumur 20 tahun sehingga 60 tahun. Kini tibanya beliau bersara dengan nilai harta bernilai RM161.08 bilion.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Jack Ma? Klik pautan untuk dibawah untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai individu hebat ini.

8 Perkara Tentang Jack Ma Pengasas Ali Baba Yang Boleh Diteladani

Jack Ma Lancarkan Pejabat Pertama Alibaba Asia Tenggara Di Bangsar South

Ini Lagu Yang Menjadi Pilihan Jack Ma, Elon Musk Dan Mark Zuckerberg