Menyebut tentang Alibaba pastinya individu ikonik syarikat mereka iaitu Jack Ma serta laman e-commerce beliau antara yang paling diingati orang ramai.

Seperti yang anda sedia maklum, Jack Ma sebelum ini telah dilantik sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia. Kini Alibaba bakal maju selangkah lagi dengan pembukaan Digital Free Trade Zone di Malaysia khusus untuk pengedaran barang seluruh Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini Alibaba turut mendapatkan pegangan saham di dalam Lazada setelah mendapati syarikat tersebut berpotensi untuk terus maju menguasai pasaran Asia Tenggara.

Dengan pembukaan Digital Free Trade Zone ini kami harap laman e-commerce di Malaysia tidak terjejas dengan teruk serta dapat memberi saingan sekaligus bakal mengutungkan para pengguna.

Sumber: Malaymailonline

Pembukaan hab Digital Free Trade ini dijadualkan bakal diumumkan seawal minggu depan dengan kehadiran oleh DatoSri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan Jack Ma.

Sumber