Sebut mengenai Jack Ma pasti ramai yang mengenalinya. Berjaya membina nama dan membangunkan syarikatnya iaitu Alibaba sehingga menjadi antara syarikat dengan keuntungan tertinggi China antara yang membuatkan orang ramai menjadikan beliau sebagai inspirasi selain daripadanya karismanya yang tinggi.

Sejak mengumumkan penguduran beliau daripada Alibaba selaku CEO, usaha beliau dalam membantu orang ramai nampaknya masih belum tamat.

Ecoworld-Cover-Image
HYPE
Dari Mata Turun Ke Hati, Ini Detik Percintaan Romantis Dua Pasangan Merpati Sejoli
Baca lagi →

Terbaharu, Jack Ma Foundation dan Alibaba Foundation dilaporkan telah mengumumkan sumbangan bekalan perubatan ke Malaysia dan tiga negara Asean lain melibatkan Indonesia, Thailand dan Filipina.

CeBIT 2015 Technology Trade Fair

Sumber: Hollywood Reporter

Berdasarkan kenyataan, Jack Ma Foundation sedia menghantar 2 juta topeng muka, 150,000 kit ujian, 200,000 sut perlindungan serta 20,000 penutup muka ke negara-negara tersebut.

Menurut Jack Ma Foundation, tujuan sumbangan ini dibuat adalah sebagai usaha kerjasama negara jiran Asia dalam melawan COVID-19. Yayasan ini berpendapat, lebih banyak bantuan yang disalurkan secara tidak langsung bakal memudahkan negara tersebut berperang dengan wabak ini.

Untuk pengetahuan, pada minggu lalu Jack Ma sudah berjaya menghantar satu juta face mask ke Amerika Syarikat serta sejumlah besar lagi ke negara Iran.

Di sebalik usaha baik beliau menghantar face mask ke beberapa negara, terdapat pihak yang berpendapat beliau sengaja menghantar bekalan perubatan ke negara-negara tertentu atas tujuan bisnes.

Tidak kurang juga yang berpendapat bilionair lain sepatutnya turut serta melakukan sumbangan besar-besaran seperti yang dilakukan Jack Ma dalam usaha membasmi wabak COVID-19.

Meski apa sahaja tujuan Jack Ma, usaha murni beliau dalam membantu negara-negara yang terlibat ini pastinya sesuatu yang perlu dicontohi dan dipuji. Tahniah dan terima kasih diucapkan buat Jack Ma Foundation dan Alibaba Foundation.

Lihat bagaimana Jack Ma pencen dengan penuh bergaya daripada syarikat yang ditubuhnya iaitu Alibaba.

Jack Ma Pencen Daripada Alibaba Dengan Penuh Bergaya

Tonton Sejarah Pembangunan Alibaba Oleh Jack Ma Sejak Pada Tahun 1999

 

Anda Mungkin Suka