Menyebut tentang Jack Ma, mungkin ramai yang cukup kenal dengan individu berpengaruh di dalam dunia perniagaan digital ini. Disaat beliau dijulang dan berada di puncak karier beliau, Jack Ma pada hari ini mengumumkan beliau bakal bersara daripada dunia perniagaan 10 September ini.

Berita ini nampaknya turut mengejutkan ramai apabila beliau memilih untuk bersara di puncak karier beliau serta syarikat yang diasaskan beliau iaitu Alibaba. Difahamkan tarikh 10 September dipilih bersempena dengan ulang tahun beliau yang ke-54.

Mengulas mengenai pengunduran beliau daripada dunia perniagaan, beliau berpendapat keputusan yang dibuat sebagai permulaan kepada sesuatu yang baru buat Alibaba.

Jack Ma juga nampaknya bakal mengikut jejak langkah Bill Gates yang bersara awal daripada syarikat yang dibangunkan untuk memfokuskan kepada kerja-kerja melibatkan kebajikan dalam menyalurkan wang serta membantu orang ramai.

Walaubagaimanapun, beliau masih lagi menjadi mempunyai pemegang saham dibeberapa syarikat yang dimilikinya. Beliau juga mengumumkan akan memantau syarikat-syarikat miliknya serta memilih kepada mereka yang lebih muda.

alibabas-jack-ma-chinas-richest-man-to-retire-from-company-he-co-founded

Kini sudah tiba masanya Jack Ma ‘rehat’ daripada dunia pernigaan. Kami ingin mengucapkan terima kasih buat Jack Ma diatas hasil usahanya dalam membantu anak muda baik dari segi ilmu yang dicurahkan mahupun motivasi yang diberikan.

Sebagai perhargaan, kami ingin berkongsi kepada anda salah satu temubual Jack Ma yang berjaya menjadi viral seluruh dunia dimana beliau berkongsi mengenai visi yang perlu difokuskan buat mereka yang berumur 20 tahun sehingga 60 tahun. Kini tibanya beliau bersara dengan nilai harta bernilai RM157.77 bilion.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group