Butiran untuk filem terbaru Pirates Of The Caribbean disimpan kemas oleh Disney tetapi dengan keluarnya trailer terbaru ini, peminat setia Jack Sparrow sudah boleh mula excited dengan filem terbaru franchise ini.

Kali ini, Johnny Depp akan ‘dimudakan’ dengan bantuan efek CGI untuk menceritakan kisah hidup beliau semasa muda. Captain Salazar (Javier Bardem) ingin membalas dendam kepada Jack Sparrow dan angkatan zombie Salazar nampak macam sangat menarik kerana ikan jerung pun turut menjadi zombie dan berpihak kepada captain Salazar!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk filem terbaru ini, tiada lagi kelibat pelakon Keira Knightly dan dua watak baru diperkenalkan. Desas-desus mengatakan Dead Men Tell No Tales merupakan siri terakhir untuk Pirates Of The Caribbean. Tetapi dengan populariti filem ini, rasanya ini bukan filem terakhir untuk franchise ini. Disney mesti ada rancangan hebat untuk menutup franchise ini jika mereka berhasrat untuk menamatkan franchise yang selama ini menjanakan banyak wang kepada mereka.

Apa pun, anda boleh lihat dahulu trailer filem ini di bawah. Muda sungguh Johnny Depp dalam filem ini. Nampak seperti umur beliau dalam 21 Jump Street sahaja.