Walaupun terkenal dengan kemahiran seni mempertahankan bela diri dalam filem- filem yang dibintanginya sebelum ini namun itu tidak menghalang Jackie Chan daripada melalui detik cemas ketika penggambaran.

Perkara itu dikongsikan sendiri pelakon Rush Hour dan Police Story itu baru-baru ini apabila beliau berkongsi bagaimana hampir lemas selepas terjatuh daripada jet ski ketika penggambaran salah satu filem terbarunya sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Capture
Detik cemas beberapa saat sebelum jet ski dinaiki Chan terbalik. Foto: Youtube
54Free食代

Dalam insiden yang berlaku ketika berada di set penggambaran filem Vanguard itu, Jackie Chan dirakam kamera hilang selama hampir seminit selepas jet ski yang dinaikinya bersama rakan pelakon, Miya Muqi terbalik selepas merempuh batu.

Menurut The Star, walaupun rakan pelakonnya itu segera timbul selepas terjatuh namun Chan dilaporkan hilang selama 45 saat dan mencetuskan keadaan panik dalam kalangan krew penggambaran.

Bagaimanapun selepas beberapa ketika krew penggambaran akhirnya berjaya menyelamatkan pelakon veteran itu selepas beliau ditemui berhampiran batu yang dilanggar beliau.

11
Chan ketika diselamatkan selepas hampir lemas.

Mengimbas kembali mengenai kejadian itu, Chan bagaimanapun menjelaskan dia sendiri tidak menyedari apa yang berlaku ketika beliau tenggelam selepas perlanggaran itu.

“Saya sendiri tidak ingat apa yang berlaku, tetapi seperti ada kuasa tuhan yang membantu saya.

“Saya menolak jet ski ke tepi dan arus kemudiannya membawa saya keluar daripada air,” jelasnya seperti dipetik terjemahan 8Days.

Terkejut dengan kejadian yang menimpa dirinya ketika itu, Chan juga berkata beliau terus bergegas menemui pengarah di set penggambaran ketika itu dan menitiskan air mata. Beliau bagaimanapun seperti video yang dikongsikan di bawah sempat untuk memberikan sepatah dua kata selepas diselamatkan dan melambai kepada krew penggambaran.

Baca juga kisah pangsapuri Jackie Chan sebelum ini yang hampir dirampas selepas dikatakan terlibat dengan rasuah di pautan di bawah.

Pangsapuri Mewah Milik Jackie Chan Dirampas, Dituduh Terlibat Dengan Rasuah?

Selepas Lebih 200 Filem Jackie Chan Akhirnya Terima Anugerah Oscar

‘Rush Hour 4’ Sedang Dalam Pembikinan?

Sumber