Siapa yang tidak mengenali Jackie Chan? Jackie Chan merupakan seorang pelakon  stunt terkenal di seluruh dunia.

Terbaharu, menjadi perbualan hangat netizen apabila video beliau bersama menghadiri majlis bersama pasukan polis Hong Kong tular di media sosial. Apa yang mencetuskan kebimbangan orang ramai adalah salah seorang pegawai polis tersebut dipercayai positif coronavirus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, seramai 59 pegawai polis terpaksa dikuarantin selepas menghadiri sebuah majlis persaraan bersama rakan sekerja yang positif coronavirus. Berikutan itu, para netizen mendakwa Jackie Chan dan rakan-rakannya mungkin akan dikuarantin bersama pegawai polis yang lain.

Akan tetapi, hasil siasatan mendapati bahawa Jackie Chan dan rakan-rakannya berada di majlis berbeza dan lokasi yang jauh.

Penularan wabak coronavirus mencetuskan kebimbangan dalam diri setiap orang, baca artikel tentang coronavirus pada pautan di bawah. 

Coronavirus Cetus ‘Panic Buying’ Di Hong Kong, Tisu Tandas Bernilai Lebih RM500 Dirompak

Gara-Gara Wabak Coronavirus, Empat Filem Dari China Ini Terpaksa Ditangguhkan Tayangan Di Malaysia

Hotel Di Langkawi Tawar Diskaun Sehingga 70% Selepas Kurang Pelancong Kerana Coronavirus