Semalam kecoh di media sosial apabila Azfar Firdaus dengan tenang berdepan dengan pembulinya dahulu secara ‘live’ di televisyen. Perkara ini telah berjaya mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji Azfar kerana keberanian beliau berhadapan secara tenang dengan pembulinya satu ketika dahulu. Malah, ada yang mengatakan tindakan Azfar tidaklah melampau dan tindakan beliau hanyalah sebagai satu medium untuk pertahankan diri.

IMG_7119
HYPE
Keunikan Rasa Asli ‘Grilled Butter Chicken’ Yang Memukau Di The Chicken Rice Shop
Baca lagi →

Bagi anda yang tidak tahu, dalam satu temu bicara Malaysia Hari Ini yang membincangkan topik body shaming  ketemukan Azfar dengan Shazwan yang pernah berkata kurang enak kepadanya sebelumnya ini.

Rata-rata netizen terkejut apabila mengetahui akan hal tersebut dan berlaku sedikit perbalahan antara netizen kerana ada yang mengatakan Azfar tidak patut berbuat demikian secara ‘live’ dan juga sebaliknya.

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa Azfar pernah juga ‘body shaming’ orang lain tetapi tidak pula diperkatakan. Akan tetapi, mangsa body shaming Azfar ada tampil mengatakan bahawa Azfar pernah meminta maaf kepadanya.

Apa-apa pun, diharap kedua-dua pihak ini dapat berbaik dan menyelesaikan permasalahan mereka. Kita haruslah menjadikan kisah mereka sebagai satu pengajaran dan tidak menyalahgunakan media sosial.

Ingin ketahui apa yang berlaku sebenarnya? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Lihat Mangsa Buli Siber Ini Dengan Tenang Berdepan Pembulinya Secara ‘Live’ Di Televisyen

9 Pihak Diminta Bayar RM616,634 Kerana Kes Buli

Alif Satar Dipuji Pertahankan Rakan Sepentas Daripada Gurauan ‘Body Shaming’

Anda Mungkin Suka