18 Puasa di Kampong Pisang arahan Mamat Khalid telah memberi kesan yang positif dikalangan para peminat. Yang turut menerima tempias ini, sudah tentulah Bell Ngasri, pelakon yang mencuri tumpuan dengan gelagat ‘yak yak yay’ dan geng plastik hitam.

Dia yang membawa watak Barkoba bukan sahaja berjaya menguasai watak orang yang tidak berpuasa, tetapi telah diangkat sebagai ‘ikon’ orang yang tidak berpuasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam satu temubual dengan Berita Harian, Bell sendiri rasa lucu dengan tempias yang diterima olehnya sehingga Barkoba menjadi sebutan netizen sepanjang bulan puasa.

Apa yang dia terkejut adalah sebahagian mereka yang menonton cerita 18 Puasa di Kampong Pisang telah menjadikan Barkoba sebagai ‘ikon’ orang yang tidak berpuasa.

“Apapun sahaja gelaran yang diberikan, saya harap penonton dapat melihat watak ini daripada sudut positif. Seperti dipaparkan dalam filem ini, jika tidak puasa masuk dalam neraka,” katanya kepada Berita Harian.

Selain itu, penangan watak Barkoba ini turut dirasai oleh anak-anaknya apabila ia menjadi bahan sendaan di sekolah.

Bell dalam temubual menambah bahawa dia merasa lucu apabila anak-anaknya pulang ke rumah dari sekolah dan mengadu bahawa kawan sekolah mereka menganggap dia tidak berpuasa disebabkan watak Barkoba.

Tetapi dia berbangga kerana anak-anaknya faham bahawa kerja bapa mereka adalah seorang pelakon dan apa yang terjadi di layar adalah lakonan semata. Bell juga berkata bahawa anak-anaknya tidak ambil serius dengan sendaan yang dibuat oleh rakan sekolah mereka.

Untuk rekod, filem 18 Puasa di Kampong Pisang berjaya meraih kutipan RM1 juta hanya dalam tempoh tiga hari ia ditayangkan bermula 15 April lalu di platfrom Astro First, saluran 480. Karya ini merupakan gabungan daripada dua ‘masterpiece’ pengarah Mamat Khalid, iaitu Kampong Pisang serta 16 dan 17 Puasa.

Bermula sebagai jenaka, lokasi popular ‘geng plastik hitam’ akhirnya diserbu Jabatan Agama Islam Perak. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Bermula Sebagai Jenaka, Lokasi Popular ‘Geng Plastik Hitam’ Akhirnya Diserbu Jabatan Agama Islam Perak

7 Babak ‘Rare’ Dalam Rock Bro Dikongsi Mamat Khalid Yang Anda Tidak Pernah Lihat

Mamat Khalid Perjelas Realiti Agihan Kutipan Dalam Industri Filem Tanah Air

Sumber