Pixel 7 Pro merupakan peranti Android terbaik yang boleh didapatkan di dalam pasaran hari ini. Dengan spesifikasi yang padu bersama sokongan kemas kini perisian selama lima tahun membuatkan model ini jadi dambaan ramai.

Menerusi kumpulan FB Google Pixel Phone Malaysia, seorang penjual bernama Hann Gadget telah berkongsi kisah seorang pelanggan istimewa yang membeli peranti Pixel 7 Pro daripadanya. Insan istimewa ini mengalami kecacatan penglihatan tetapi sangat cakna berkenaan telefon pintar terkini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau selaku penjual sedia membantu pelanggan itu mendapatkan telefon Pixel 7 Pro yang diidamkan. Menerusi video yang dikongsikan, beliau bertemu bersama pelanggan itu lalu bercerita serba ringkas berkaitan peranti yang dibelinya.

Sebaik menerima peranti tersebut, pemuda OKU itu dilihat sangat gembira dan cuba membiasakan diri dengan rekaan serta butang fizikal pada Pixel 7 Pro. Malah, pemuda itu juga merasa selesa memegang peranti tersebut memandangkan rekaannya yang kompak.

Apa yang mencuri perhatian adalah bagaimana pemuda itu membuat setup dengan pantas menggunakan fungsi Talkback. Walaupun berlaku kesilapan pilihan bahasa, pemuda itu kekal tenang dan berjaya mengubah ke bahasa Inggeris yang dimahukan.

Difahamkan pemuda itu berminat untuk mencuba peranti Pixel sejak sekian lama dan akhirnya dapat jua memiliki buat pertama kalinya. Antara sebab Pixel menjadi pilihan adalah kerana accessibility dan juga kemaskini Android Beta yang lebih awal.

Sumber Gambar: FB Google Pixel Phone Malaysia

Bukan itu sahaja, pemuda ini yang menetap di Johor sanggup datang ke Selangor semata-mata mahu COD dengan si penjual. Dalam pada itu, Hann Gadget juga telah meminta izin terlebih dahulu daripada pembeli tersebut dan bersetuju untuk dikongsikan cerita ini kepada pengguna Facebook.

Perkongsian ini telah menarik perhatian pengguna Facebook yang rata-ratanya terharu melihat akan gelagat individu ini yang mana bukan sahaja bijak berkaitan peranti malahan petah menggendalikan peranti tersebut walaupun mempunyai kekurangan penglihatan.

Sumber Gambar: FB Google Pixel Phone Malaysia
Sumber Gambar: FB Google Pixel Phone Malaysia