Watak Han Ji-pyeong yang dilakonkan oleh Kim Seon-ho ternyata memberi impak yang besar kepada penonton drama Start-Up sampai namanya masih sering diperkatakan walaupun drama tersebut sudah pun melabuhkan tirainya pada minggu lalu.

Kepada yang tidak tahu, Kim Seon-ho sebenarnya sudah lama berkecimpung di dalam industri lakonan. Akan tetapi, baru sekarang namanya melonjak naik meskipun dia bukanlah pemegang watak utama.

Seiring dengan populariti watak Han Ji-pyeong, seorang jejaka bijak, baik, dan mempunyai stail fesyen yang boleh dijadikan inspirasi, populariti Kim Seon-ho sendiri juga meningkat sama sehinggakan akaun Instagram beliau kini sudah mencecah sebanyak 3.6 milion pengikut dan pastinya jumlah tersebut akan terus menaik.

Untuk anda yang merupakan team good boy, hari ini kami akan senaraikan drama-drama lain yang pernah dilakonkan oleh Seon-ho bagi mengubat rindu anda semua kepada pelakon kacak yang dilihat sebagai ideal boyfriend ini!

1. Welcome to Waikiki 2

Kita sudah biasa dengan watak Ji-pyeong yang cool, kali ini anda boleh melihat sisi lain buat jejaka tampan ini dalam drama yang merupakan sekuel kepada siri ‘Welcome to Waikiki’. Dalam drama ini, Seon-ho memegang watak sebagai Cho Woo Sik, seorang yang pernah debut sebagai idol yang tidak berjaya dalam industri hiburan dan akhirnya menjadi guru vokal dan penyanyi untuk majlis kahwin.

2. Catch the Ghost

Ingin melihat Seon-ho sebagai watak utama? Anda boleh menonton drama ini untuk melihat kebolehan Seon-ho sebagai pemegang watak utama, tak ada lah nanti anda dilanda second lead syndrome lagi!

Dalam drama ini, Seon-ho memegang watak sebagai Go Ji-seok, seorang people pleaser dan mempunyai mentaliti ‘harus mengikut undang-undang’ dalam bekerja, watak yang sangat berbeza dari pasanganya, Yoo Ryung yang dilakonkan oleh Moon Geun Young. Perbezaan personaliti buat gandingan ini meningkatkan lagi keserasian mereka.

3. 100 Days My Prince

https://youtu.be/ORkMViCLwdA

Drama ini dibintangi D.O dari EXO sebagai watak utama. Dalam drama ini, Seon-ho memegang watak sebagai Jung Jae-yoon, seorang majistret dan penasihat kepada Putera Mahkota. Jae Yoon mempunyai masalah untuk mengingat muka seseorang kecuali cinta sejatinya, Hong Shin. Kalau anda ingin dilanda second lead syndrome sekali lagi, bolehlah drama ini ditambah ke dalam watch list!

4. You Drive Me Crazy

Anda rasa lelaki dan perempuan boleh kekal menjadi rakan baik sahaja? Semestinya boleh akan tetapi, siapa sahaja yang hanya ingin menjadi rakan baik kepada Kim Seon-ho? Drama ini mengisahkan tentang kisah cinta diantara Kim Rae-wan yang dilakonkan oleh Seon-ho dan Han Eun-sang yang sudah bersahabat selama 8 tahun.

5. Two Cops

Watak Kim Seon-ho memang cukup sinonim dengan gelaran good boy’ tapi bolehkah anda bayangkan Seon-ho sebagai ‘bad boy’ pula? Dalam drama ini, Seon-ho memegang watak sebagai penipu. Mengisahkan tentang seorang detektif, Cha Dong Tak yang tegas dan berwibawa. Pada satu hari, roh si penipu yang dilakonkan oleh Seon-ho telah masuk kedalam badannya. Menarik kan?

6. Good Manager

Kim Seon-ho memulakan kariernya sebgai pelakon menerusi teater dan drama ini pula merupakan drama pertama yang dilakonkan oleh beliau. Dalam drama ini, watak Seon-ho sangatlah berbeza dari wataknya sebagai Han Ji-pyeong yang merupakan seorang usahawan dan investor yang berjaya dan bergaya. Menerusi drama ini, Seon-ho membawa watak sebagai pekerja yang sering dibuli di pejabat.

Dari seorang yang baik ke seorang yang nakal ke seorang yang sering dibuli, boleh dirumuskan bahawa Kim Seon-ho memanglah seorang pelakon yang berbakat. Sementara anda menunggu projek terbaharu Seon-ho, anda bolehlah menonton drama-drama yang telah kami pilih ini bagi mengubat rindu dan juga melihat kebolehan beliau dalam memegang watak-watak lain. Selamat menonton!

Khabarnya, Khairy Jamaluddin juga merupakan team good boy dan ahli politik tersebut juga mengesahkan kewujudan Sanbox di Malaysia! Klik pada pautan di bawah untuk membaca.

Khairy Jamaluddin Sahkan Sandbox Wujud Di Malaysia Buat Peminat Drama Start-Up Terkejut

Kota Kinabalu ‘Dipetik’ Dalam Drama Korea Buat Netizen Terkejut Dan Bangga

Selepas Itaewon Class, Ini 5 Sebab Usahawan Muda Perlu Tonton Drama Korea Start-Up