Semakin canggih teknologi hari ini, semakin banyak pula kes godaman akaun bank yang menyebabkan kerugian ribuan ringgit. Hal ini kerana penjenayah juga menjadi semakin licik dan pintar untuk mencari kelemahan sistem lalu menjerat mangsanya.

Menerusi ciapan yang dibuat oleh @XavierNaxa, beliau memaklumkan bahawa rakannya telah menjadi mangsa siber yang menyebabkan kerugian yang besar baru-baru ini. Difahamkan kad kredit milik mangsa telah digodam sehingga menyebabkan jumlah kerugian mencecah RM50,000.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusinya, penggodam berjaya mengakses Ads Manager di Facebook dan menyalah guna perkhidmatan tersebut lalu membelanjakan kad kredit tersebut. Lanjutan daripada insiden itu, pihak bank tidak mahu bertanggunjawab  namun pihak Facebook bersedia untuk menyiasat kes itu.

Siri penyalah gunaan kad kredit atau debit yang melibatkan App Store sudah lama berlaku dan tidak dinafikan ada yang berpunca daripada pengguna kerana tidak menyedari telah melanggan servis atau aplikasi.

Oleh itu, anda diingatkan untuk mengguna dan memautkan kad kredit berbanding kad debit pada App Store untuk meminimumkan kerugian jika digodam kelak. Dapatkan bantuan pihak bank dan berkaitan jika anda mengalami masalah yang sama.