Sebelum ini kecoh tentang skim penipuan pekerjaan di luar negara yang menjanjikan gaji yang lumayan melibatkan warganegara Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga pernah menghantar memorandum kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika beliau menyandang jawatan Perdana Menteri bagi memohon bantuan serta campur tangan kerajaan.

Penipuan yang dilakukan membuatkan para mangsa terkandas di beberapa negara seperti Kemboja, Laos dan juga Myanmar. Terbaharu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim telah berkongsi ‘update’ berkaitan isu sindiket penipuan pekerjaan di luar negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@ihishamuddinhashim

Pihak MHO telah hadir ke pejabat perdana menteri di Putrajaya untuk berjumpa dengan En. Farhan Fauzi (Setiausaha Politik), En. Abdul Razak Sharif (Pegawai Perhubungan Antarabangsa) dan wakil dari wisma putra bagi membincangkan isu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar.

♬ original sound – Hishamuddin Hashim – Hishamuddin Hashim

Menerusi perkongsiannya di TikTok, dua warganegara Malaysia yang ditipu dan ditahan di Myanmar telah berjaya diselamatkan selepas pihaknya memuat naik video meminta bantuan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lantaran bantuan semua pihak termasuk kerajaan telah memudahkan proses untuk menyelamatkan mangsa. Difahamkan, kedua-dua mangsa kini ditempatkan di tempat yang selamat dan dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua mangsa menjadi mangsa sindiket penipuan dan dipukul jika tidak capai target serta perlu membayar sejumlah wang jika mahu dibebaskan untuk pulang ke Malaysia.

Hal ini telah mendapat perhatian rakyat Malaysia dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap tidak ada lagi yang akan menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan ini.