Semasa pelancaran Proton X90 dan sambutan ulang tahun ke-40 Proton semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas sumbangan dan peranannya dalam menjayakan Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton).

Anwar berkata beliau juga bersyukur syarikat kereta nasional itu mampu bertahan walaupun berdepan pelbagai rintangan selepas 40 tahun dalam pasaran automotif.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.youtube.com/watch?v=V61Vjl4T7yg

“Jadi wajar dalam mengenang perjalanan Proton 40 tahun dan di pihak pentadbiran Kerajaan Perpaduan sekarang kita ucap terima kasih kepada mantan perdana menteri Tun Mahathir yang mempunyai sumbangan dan peranan dalam bidang ini.

“Saya juga mengenang peranan sahabat saya Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad (bekas Pengerusi DRB-HICOM) yang menunjukkan keghairahan, obsesi luar biasa untuk menjayakan Proton,” kata beliau.

Proton adalah buah fikiran dan cetusan idea Tun Mahathir dan pernah menjadi pengerusi bagi pengeluar kereta nasional berkenaan.

Tun Mahathir telah memperkenalkan kereta nasional pertama itu pada 1983 dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian — perkataan Proton itu sendiri juga adalah singkatan kepada PeRusahaan OTOmobil Nasional Sendirian Berhad.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.