Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pelbagai cara yang digunakan untuk menghasilkan dadah jenis baharu. Malah, lebih membimbangkan apabila ada juga dadah yang diproses melalui cara yang kotor dan menjijikkan.

Terkini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan kegiatan serta teknik penghasilan dadah terbaharu yang terhasil dengan cara kotor iaitu melalui proses pertumbuhan ‘cendawan’ pada najis lembu, lapor portal Bernama.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Difahamkan dadah najis lembu ini berbentuk cecair dan sering dicampurkan sekali ke dalam minuman bertujuan untuk ‘high’ semasa penganjuran parti liar dan berhibur di pusat hiburan.

“Jika dibiarkan lama, najis lembu akan mengeluarkan cendawan atau kulat. Kemudian najis lembu yang bercendawan akan diproses menjadi dadah.

“Dadah jenis ini akan membuat mereka yang mengambilnya berhalusinasi. Walau bagaimanapun, mereka yang mengambilnya masih lagi boleh diuji positif air kencing,” kata Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, DCP Zainudin Ahmad semasa program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.

Akan tetapi, dadah ini dikatakan masih kurang popular di pasaran tempatan namun pihaknya akan sentiasa berwaspada dengan permintaan dadah masa kini.

“Setakat ini, permintaan dadah jenis ganja, syabu dan heroin masih lagi mendapat permintaan tinggi.

Bercakap mengenai pengedaran dadah semasa pandemik COVID-19 ketika ini, beliau menjelaskan sindiket ini masih aktif dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing, kurier dan platform e-dagang.

“Berkaitan isu ini, pihak kita telah bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan kurier dan mereka akan melaporkan kepada polis sekiranya terdapat maklumat yang mencurigakan pada barangan yang mereka hantar,” jelasnya lagi.

Untuk rekod sejak 18 Mac tahun lepas, sebanyak 156 telah berjaya diberkas melibatkan penghantar dan penerima dadah menerusi e-hailaing (40 tangkapan), kurier (100 tangkapan) dan e-dagang (16 tangkapan).

Sindiket kartel dadah antarabangsa tumpas berserta rampasan 16 tan dadah bernilai RM5.2 bilion. Baca lagi pada pautan di bawah.

16 Tan Dadah Bernilai RM5.2 Bilion Dirampas, Terbesar Dalam Sejarah Malaysia

Ketua Sindiket Kartel Projek Kerajaan Ditahan, ‘Aset’ Bernilai RM148.2 Juta Disita

Padah Berhibur Di Pusat Hiburan, 109 Pengunjung Dikompaun RM10,000 Kerana Langgar SOP

Anda Mungkin Suka