Kita semua telah diajar semasa mengikuti kelas memandu sewaktu hendak mengambil lesen kenderaan dulu, di mana kita perlu memastikan keadaan jalan ‘clear’ dan selamat sebelum kita boleh membuat sebarang tindakkan.

Terbaharu, tular satu hantaran Facebook menunjukkan sebuah kereta Myvi telah membuat pusingan u-turn secara melulu lalu menyebabkan sebuah motosikal yang kebetulan sedang memecut di laluan bertentangan merempuh badan kereta tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vocket-pemandu-myvi-buat-u-turn-melulu-2-1
Sumber Gambar: Facebook Group Dashcam Owners Malaysia
vocket-pemandu-myvi-buat-u-turn-melulu-1-1
Sumber Gambar: Facebook Group Dashcam Owners Malaysia

Hasil carian netizen, mereka berjaya menemukan akaun Facebook pemilik Myvi tersebut dan mengalami ‘kekusutan’ setelah cuba memahami hantaran Facebook panjang yang dikongsikan oleh pemandu wanita itu.

Jika anda berjaya baca sehingga habis (walaupun mengalami ‘kekusutan’) apa yang dituliskan pada hantaran Facebook tersebut, pemandu Myvi itu seolah-olah ‘memberitahu’ bahawa dia tidak bersalah di dalam hal kemalangan yang terjadi.

vocket-pemandu-myvi-buat-u-turn-melulu-3
Sumber Gambar: Facebook Sheila Yen Min Wong
vocket-pemandu-myvi-buat-u-turn-melulu-4
Sumber Gambar: Facebook Sheila Yen Min Wong
vocket-pemandu-myvi-buat-u-turn-melulu-8
Sumber Gambar: Facebook Sheila Yen Min Wong
vocket-pemandu-myvi-buat-u-turn-melulu-5
Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV — SSTV.MY
vocket-pemandu-myvi-buat-u-turn-melulu-6
Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV — SSTV.MY
vocket-pemandu-myvi-buat-u-turn-melulu-7
Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV — SSTV.MY

Hantaran Facebook pemandu Myvi tersebut telah menerima lebih 7 ribu komen yang mengutuk tindakkan wanita tersebut yang sewenangnya membuat pusingan u-turn tanpa mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Rata-rata ramai tidak berpuas hati dengan ‘penerangan’ yang dibuat oleh pemandu Myvi tersebut yang bukan sahaja sukar untuk difahami bahkan mengeruhkan lagi keadaan semasa.

Pada masa yang sama, ada juga netizen tertanya-tertanya bagaimana perakam video kejadian kemalangan ini seolah-olah seperti tahu akan berlaku pelanggaran di antara motosikal dengan kereta Myvi tersebut?

Orang ramai terhibur apa mendengar wanita ini ‘berceloteh’ semasa merakam kejadian kemalangan yang berlaku berhampiran rumahnya. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Celoteh Wanita Ini Ketika Rakam Insiden Myvi Langgar Myvi Buat Netizen Terhibur

Ambil Lajak Macam Bawa Lori, Netizen Simpati ‘Rider’ Nyaris Berlanggar Dengan Myvi

Myvi Salah Jalan, Buat ‘Potongan Tajam’ Hingga Nyaris Langgar Motosikal

Sumber