Mungkin ada yang pernah melihat gambar sebuah kapal terbang yang diletakkan betul-betul di hadapan sebuah rumah di Kuala Lumpur sebelum ini.

Namun tahukah anda kisah disebalik bagaimana dan kenapa kapal terbang tersebut boleh diletakkan di hadapan kawasan sebuah rumah di Taman Connaught ini ?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kepada yang tertanya-tanya bagaimana dan kenapa kapal terbang tersebut diletakkan di atas tiang pagar rumah tersebut, laporan yang terbit di portal Says ini mungkin mempunyai jawapan buat segala persoalan anda.

Kisah itu menurut mereka diceritakan ibu kepada salah seorang penduduk di sana, Mun Hao yang sentiasa berjumpa dengan isteri pemilik rumah tersebut di pasar berdekatan.

Simbol kejayaan

Kapal terbang yang diletakkan betul-betul di halaman hadapan rumahnya itu menurutnya merupakan salah satu cara pemilik rumah tersebut meraikan kejayaan hidupnya.

Walaupun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dalam hidupnya sebelum ini namun pemilik rumah tersebut dikatakan sentiasa bercita-cita untuk mahukan kapal terbangnya sendiri.

says
FOTO: GOOGLE MAPS/SAYS

Mungkin sudah suratan takdir, pemilik rumah tersebut kemudiannya diperkenalkan dengan sebuah syarikat lapangan terbang melalui rakannya dan akhirnya berjaya menjadikan impiannya memiliki kapal terbang sendiri itu sebagai satu realiti.

Tambahnya lagi, kapal terbang itu bukan sahaja menjadi cara untuk pemilik rumah itu meraikan kejayaannya, namun turut menjadi tanda peringatan kepada kerja keras yang dilakukannya sebelum ini.

Jadi kepada anda yang masih mencari-cari idea untuk memiliki sesuatu barangan sebagai tanda ingatan di atas segala usaha yang telah dilakukan dalam kehidupan sebelum ini mungkin boleh menjadikan kisah lelaki ini sebagai inspirasi.

Mungkin ianya bukanlah sebuah kapal terbang namun apa-apa sahaja yang mengingatkan kita kepada kejayaan dan kesusahan yang dihadapi sudah pastinya berbaloi untuk dimiliki.

Baca kisah rumah ini pula yang tampil berbeza dengan pagar hadapan yang dihiasi barisan iPhone yang mengejutkan netizen sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Kreatif Dan Unik, Rumah Lama Ini Jadi ‘Mahal’ Selepas Berpagarkan iPhone

Daripada Komik Jadi Realiti, Rumah ‘Kampung Boy’ Di Perak Bakal Dibuka Hujung Tahun Ini

Sumber