AirAsia muncul sebagai syarikat penerbangan tambang rendah pertama yang terbang ke laluan antarabangsa ke dan dari Kertajati selepas pandemik.

Untuk pengetahuan anda, Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati ialah lapangan terbang kedua terbesar di Indonesia.

Baca Juga:

“Kami berbesar hati menjadi syarikat penerbangan tambang rendah pertama yang menghubungkan pengembara ke Kertajati, permata Indonesia yang belum diterokai.” kata Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia ketika pelancaran laluan baharu itu semalam.

Laluan ini berfungsi sebagai hab utama yang menghubungkan pengembara ke Bandung Raya, Cirebon dan kawasan sekitarnya, wilayah Jawa Barat dan sebahagian Jawa Tengah.

Bagi meraikan penerbangan sulungnya, AirAsia menawarkan tambang termasuk semua* dari Kuala Lumpur ke Kertajati daripada RM141 sehala. Tambang bernilai hebat ini juga tersedia untuk penerbangan pergi balik daripada IDR616,600 sehala.

Promosi ini tersedia bermula hari ini hingga 21 Mei 2023, untuk tempoh perjalanan antara 1 Jun dan 14 Disember 2023.