Sejak semalam mula tular beberapa perkongsian video dan gambar yang menunjukkan orang ramai beratur panjang di hadapan Institut Kemahiran Malaysia (IKM) Lumut, Perak.

Walaupun beberapa hantaran media sosial menyebut kejadian itu berlaku di IKM Manjung namun sebenarnya ia dirakam berlaku di IKM Lumut, menerusi pengesahan yang dibuat institut itu di laman Facebook mereka.

Hantaran-hantaran yang dibuat di media sosial sebelum ini mencuri perhatian netizen dengan ramai yang menyatakan simpati terhadap mereka yang terpaksa beratur panjang di bawah panas matahari.

Perkongsian gambar serta video orang ramai yang kebanyakannya berpakaian formal itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas apa yang dilakukan oleh kumpulan orang ramai di hadapan institut tersebut.

https://twitter.com/epi_kz/status/1309125268506894340?s=20

Menyedari gambar-gambar itu telah tular di seluruh Malaysia, pihak IKM Lumut pada semalam akhirnya membuat satu hantaran mengenai situasi beratur panjang yang dirakam di hadapan institut mereka pada semalam.

“Ramainya yang nak masuk IKM Lumut? Jangan salah sangka, pada hari ini IKM Lumut menjadi tumpuan masyarakat dari seluruh Malaysia.

“Satu temuduga daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad telah diadakan. Ramai calon tidak melepaskan peluang ini untuk mendapatkan pekerjaan dan antara mereka adalah bekas pelajar IKM Lumut,” tulis mereka di Facebook.

Temuduga pekerjaan yang menyebabkan orang ramai beratur panjang itu difahamkan adalah untuk mengisi kekosongan beberapa jawatan yang ditawarkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) termasuk mekanik, pembantu teknik dan juga juruteknik.

Tangkap layar perkongsian mengenai jawatan kosong itu juga mula tular sejak semalam dan dapat dilihat dikongsikan netizen di akaun media sosial mereka. Dengan gaji yang ditawarkan ada yang hampir mencecah sehingga RM3,000 dan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan ketika ini maka tidak hairanlah sesi temuduga yang dijalankan pada semalam itu diserbu orang ramai dan tular di media sosial.

Walaupun dunia kini berdepan dengan pandemik global, namun ia tidak menghalang syarikat-syarikat ini daripada terus mengambil pekerja baru seperti kami pernah kongsikan di pautan di bawah sebelum ini.

Pasar PJ Old Town Tawar 1,000 Kerja Kosong Untuk Warga Tempatan Dengan Gaji RM2,000 Sebulan

Mr. DIY Tawar 1,000 Kerja Kosong Dengan Gaji RM1,200 Sebulan

‘Pandai Menari Sambil Membuka Durian?’- Kerja Kosong Ini Mungkin Sesuai Buat Anda

Sumber