Selepas lama ‘terkurung’ di rumah, semestinya ramai yang pergi melancong dan juga ke pusat rekreasi untuk melepaskan stress serta menikmati keindahan alam semulajadi.

Terbaharu, sebuah video TikTok tular di media sosial dimana memaparkan sekumpulan pemuda yang berkelah di kawasan air terjun. Mencuri tumpuan apabila mereka membasuh batu di air terjun tersebut dengan sabun untuk meletakkan makanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak meletakkan lapik plastik seperti shellout sebagai alas makanan, mi segera yang dimasak diletakkan begitu sahaja di atas batu sungai yang telah dibasuh dengan sabun.

Hal tersebut telah mendapat perhatian ramai dan para netizen mengatakan mereka terdedah untuk dijangkiti penyakit kencing tikus. Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengecam tindakan para pemuda tersebut.

Mana tidaknya, rata-rata pemuda tersebut seperti tidak memikirkan akibat daripada perbuatan mereka yang sedikit sebanyak mencemarkan air terjun dan juga bahayakan kesihatan mereka.

Malah, para netizen turut menasihatkan para pemuda tersebut untuk ke hospital membuat pemeriksaan agar tidak dijangkiti penyakit. Harap anda di luar sana tidak akan terikut-ikut aksi para pemuda ini.

Sementara itu, klip video tragedi kepala air di Filipina mendapat perhatian ramai. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Muncul Secara Mengejut, Klip Video Tragedi Kepala Air Di Filipina Ini Buat Netizen Seram

5 Lokasi Air Terjun Di Pakistan Yang Buat Saya Terus Mahu Ke Sana

7 Air Terjun Power Untuk Terjun Tiruk Bersama Kawan-Kawan