Seorang lelaki yang berasal dari Makassar Indonesia, Welin Kusuma berusia 39 tahun telah berjaya memperoleh 32 ijazah akademik dan bukan akademik selama 21 tahun dan dia dilaporkan tidak akan berhenti.

Jika namanya diletakkan sekali dengan ijazah yang diperoleh, ia akan menjadi Welin Kusuma, ST, SE, S.Sos., SH, S.Kom., SS, S.Ap., S.Stat., S.Akt., SIKom., SIP, MT , MSM, M.Kn., RFP-I, CPBD, CPPM, CFP, Aff.WM, BKP, QWP, CPHR, ICPM, AEPP, CBA, CMA, CPMA, CIBA, CBV, CERA, CSA, ACPA.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ceritanya bermula pada tahun 1999 ketika berusia 18 tahun. Ijazah pertama yang beliau peroleh ketika itu adalah Kejuruteraan Industri di Universiti Surabaya, salah satu bandar terbesar di Indonesia.

Pada 2017, beliau pernah ditemu bual oleh beberapa media tempatan dan dia memberitahu mereka bahawa tidak ada pendidikan yang sia-sia dan itu adalah antara prinsip yang beliau pegang daripada dahulu lagi.

“Universiti adalah hobi untuk saya, saya berminat untuk belajar. Saya yakin bahawa dengan pergi ke universiti, saya akan mendapat pengetahuan yang berguna, “kata Kusuma kepada CNN Indonesia.

Tidak semua sijil yang diperoleh oleh beliau datang dari hanya sebuah universiti, beliau juga menerima beberapa sijil profesional dalam pelbagai bidang. Untuk rekod, beliau mempunyai 11 ijazah Sarjana Muda, tiga ijazah Sarjana dan 18 sijil profesional.

Soalan yang sering ditanya oleh orang adalah bagaimana beliau menguruskan masa untuk belajar. Kusuma memberitahu CNN bahawa beliau mempunyai empat kelas, kelas pertama berlangsung pada waktu pagi, manakala kelas kedua akan berlangsung di sebelah malam. Lagi dua kelas akan dilakukan dalam talian dan juga dihujung minggu.

Pada 2012 sahaja, Kusuma sudah mempunyai 18 sijil pada usianya 31 tahun. Dia telah memecahkan rekod untuk gelaran akademik paling banyak. Kusuma juga telah mencipta rekod sendiri sebagai pelajar dengan jam kredit yang banyak dalam satu semester iaitu 111 jam kredit – kebiasaan pelajar memerlukan 4 atau 5 semester untuk habiskan jumlah jam tersebut. Kusuma juga dilaporkan telah memiliki halaman Wikipedia sendiri.

Dalam karier kerja pula, Kusuma memulakan tugasnya sebagai pembantu pemasaran pada 2005. Sejak itu beliau terus berkembang menjadi seorang penganalisa bagi sebuah syarikat terbesar di Indonesia. Beliau juga dilaporkan mempunyai syarikat sendiri yang memberi perkhidmatan sebagai perunding.

Walaupun cerita Kusuma sudah buat kita ‘ngaga mulut’, namun beliau masih jauh untuk memecahkan rekod V.N. Parthiba, profesor di India yang menghabiskan 30 tahun bagi memperoleh 145 gelaran akademik.

Berikut adalah cerita lain yang anda boleh baca. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Anda Mungkin Dipecat Sekiranya Menghantar Sijil Dan Ijazah Palsu Kepada Majikan

Elon Musk Cari Pekerja Yang Tidak Mempunyai Ijazah, Tetapi Ada Kemampuan ‘Luar Biasa’

Kementerian Pendidikan Lancar Sistem e-Scroll Untuk Atasi Masalah Ijazah Palsu

Sumber