Jujur kami katakan, bukan mudah untuk melukis dan tidak ramai yang memiliki bakat untuk melukis. Malah jika terpaksa lukis manusia ketika pelajaran pendidikan seni, mesti ramai yang melukis orang lidi, bukan?

Terbaharu, perkongsian pengguna Twitter @NuekYakob telah mendapat perhatian netizen dimana beliau telah berkongsi lukisan sepupunya yang ‘awesome’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Siapa sangka lukisan tersebut dilukis oleh seorang budak lelaki yang hanya berusia 11 tahun. Budak lelaki tersebut bernama Amir Addeen Abduh dan bakat yang dimiliki serta minatnya melukis disokong sepenuhnya oleh ahli keluarga.

Ketika dihubungi, difahamkan Amir mula menunjukkan minat melukis ketika berusia 9 tahun dan mula serius jadikan ia sebagai hobi ketika berusia 10 tahun. Malah, Amir menjadikan Gawx Art sebagai inspirasi dan sering belajar untuk meningkatkan skil melukisnya dengan melihat video-video di YouTube.

1DKrFrKw.jpg-medium

X2vuuDgD.jpg-medium

Amir memasang impian ingin menjadi seorang animator apabila dewasa kelak dan anda dapat lihat bahawa lukisan Amir memiliki gaya tersendiri dan ia adalah kunci kepada identitinya.

Berikutan perkongsian itu, rata-rata netizen kagum dengan bakat yang dimilikinya dan memberikan pujian kepada beliau. Malah, para netizen juga berharap impian Amir akan tercapai menjadi seorang animator.

https://twitter.com/suhaidanis/status/1267970505413283840

Memang cantik dan berbakat besar adik Amir ini. Jangan berputus asa dan teruskan usaha mencapai cita-cita. Apa kata anda berikan kata-kata semangat kepada adik Amir ini pada ruangan komen.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan kejayaan anak Malaysia yang pernah disiarkan di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Nasi Lemak Bunga Telang Anak Malaysia Ini Berjaya Mencipta Nama Di Ireland

Wanita Malaysia Dipilih Jadi Model Pakaian Renang Patuh Syariah Baharu Nike

Terpilih Daripada Lebih 40,000 Permohonan, Dua Pelajar Malaysia Ini Bakal Ke Harvard