Jika anda seorang penggemar makanan segera dan sering berkunjung ke restoran-restoran kegemaran ramai rakyat Malaysia seperti McDonald’s dan KFC, sudah pasti anda pernah bertemu dengan sekumpulan pelajar yang dilihat sedang mengulangkaji pelajaran di sana.

Betul. Mengulangkaji pelajaran ataupun mengadakan group discussion di sebuah restoran yang mana tujuannya dibuka adalah untuk membolehkan pelanggan setia mereka menjamu selera.

Tindakan mereka menggunakan ruang makan yang telah disediakan di restoran ini kadang-kala sedikit mengganggu pelanggan yang datang untuk menjamu selera.

Terutamanya di waktu puncak seperti lunch hour dan juga makan malam.

Seperti yang dikongsikan seorang pengguna Twitter ini yang menceritakan pengalaman peribadinya dalam menghadapi situasi pelajar yang belajar secara berjemaah di McDonald’s dan kemudiannya ditegur oleh seorang pelanggan di sana.

Menurut perkongsian yang dibuat Cik Anas, kejadian pelanggan tersebut menegur sekumpulan pelajar yang mengulangkaji di sana bukanlah dibuat secara membuta-tuli.

Namun ia disebabkan tindakan pelajar tersebut yang terlebih dahulu menegur sebuah keluarga kerana mendakwa kanak-kanak tersebut membuat bising ketika mereka sedang belajar.

Tidak mahu mengeruhkan keadaan, keluarga tersebut kemudiannya akur dengan permintaan pelajar tersebut tetapi menyedari seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan tindakan pelajar tersebut memarahi keluarga tersebut, seorang pelanggan lain tampil ke hadapan.

Kejadian tersebut juga turut mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen tentang kewajaran kumpulan pelajar yang biasanya mengulangkaji pelajaran di restoran-restoran ini.

replies

Walaupun tidak ada peraturan yang melarang mereka dari mengulangkaji pelajaran di sana kerana mereka juga mungkin adalah pelanggan restoran itu sendiri  namun mereka seharusnya lebih memahami dengan keadaan persekitaran.

Secara dasarnya, restoran adalah tempat untuk orang ramai menikmati hidangan masing-masing di dalam keadaan yang tenang dan berbual bersama kawan-kawan ataupun keluarga.

Tidak salah untuk pelajar mengadakan sesi perbincangan bersama rakan-rakan, namun sebagai rakyat dan masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya lebih bertimbang rasa dan bertolak ansur ketika berada di tempat awam.

Selepas membaca perkongsian yang telah ini, apa pandangan anda terhadap pelajar-pelajar yang menggunakan kemudahan di restoran-restoran makanan segera ini untuk dijadikan tempat mengulangkaji pelajaran?

Adakah ia sesuatu yang wajar ataupun tidak untuk dilakukan?

McDonald’s baru-baru ini juga telah melancarkan Spicy McNuggets yang dikatakan mampu memberikan lebih kick kepada deria rasa anda. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

McNugget Pedas, Menu Terbaharu McDonald’s Yang Pasti ‘Kick’ Deria Rasa Anda

Pedas Sangatkah ‘Ayam Goreng Extra Spicy 3X’ McDonald’s Ini?

‘Oreo Cookies & Cream Pie’ Antara Menu Baharu Diperkenalkan McDonald’s Malaysia

 

 

 

 

 

 

Sumber