Tular sebuah video yang menunjukkan beberapa pelajar melakukan aktiviti buli di salah sebuah institusi pendidikan. Tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku, namun melalui penampilan kesemua pelaku dan juga mangsa. Kebanyakan mereka dipercayai pelajar sekolah.

Dalam video yang sudah tular di laman Instagram, Facebook dan Twitter, kelihatan seorang pelajar berbaju merah telah dijadikan ‘bahan uji kaji’ oleh para pelajar lain. Mereka seolah-olah menjadikan perut mangsa sebagai punching beg untuk menguji kekuatan tumbukan masing-masing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kedengaran salah seorang pelajar yang berada di sekeliling mangsa memberi galakan kepada rakannya yang lain untuk menumbuk lebih kuat dan mangsa pula hanya berada di tengah-tengah seolah tidak berdaya untuk melakukan sesuatu.

Melalui satu tangkap layar yang dimuat naik di laman Twitter pula, dipercayai bahawa kejadian ini berlaku di salah sebuah maktab. Namun ia tidak dijelaskan secara terperinci nama penuh maktab tersebut. Mesej tersebut hanya meminta mereka yang memuat naik video tersebut untuk memadam video itu bagi menjaga nama maktab.

Video tersebut juga mendapat reaksi pelbagai daripada netizen, salah seorang pengguna Facebook di ruangan komen telah meminta pihak polis untuk segera mengambil tindakan sebelum kejadian lebih teruk berlaku, “Tolong ambil tindakan ke atas budak-budak bodoh ini. Mula-mula begini la diorang berani buat last-last sampai mati anak orang di buli.”

Ia juga mendapat perhatian Marina Ibrahim, seorang ahli politik yang aktif di Twitter. Dalam ciapannya, Marina meminta agar orang ramai untuk menularkan video tersebut supaya pelaku ditangkap dan dibawa ke muka keadilan, “Tak bagi sebar video atas alasan maktab akan ambil tindakan, sila jangan percaya. Netizen akan bantu uruskan sehingga pelaku masuk penjara.”

https://twitter.com/Marina_Ibrahims/status/1469083167512416256

Manakala salah seorang pengguna Facebook pula meminta agar budaya buli dihentikan serta merta kerana kita sudah melihat bagaimana kesan buli telah menyebabkan keluarga arwah Zulfarhan Osman menerima kesannya sehingga sekarang.

Video itu kini telah ditonton dan dikongsikan oleh pelbagai pihak di semua platform media sosial. Ia juga mendapat reaksi geram dan marah daripada netizen. Selain itu, desakan kepada pihak polis dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk segera mengambil tindakan terus dilaungkan oleh netizen.

Setakat laporan ini ditulis, pihak polis masih belum membuat apa-apa kenyataan.

Tiga remaja dari Kelantan buli dan belasah budak berusia 13 tahun disebabkan ayam goreng. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Tiga Remaja Di Kelantan Buli Dan Belasah Budak Berusia 13 Tahun Disebabkan Ayam Goreng

Anak Dibuli Hingga Alami Tekanan Perasaan Melampau, Keluarga Tuntut RM2 Juta Dari Sekolah

Mangsa Buli Bangun Pukul Semula Pembuli Buat Netizen Rasa Puas Hati