Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Umum mengetahui bahawa straw Coffee Bean boleh dimakan tetapi tidak digalakkan. Malah, pekerja Coffee Bean juga pernah viral pernah berkongsi rasa straw tersebut yang diperbuat daripada beras.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @kumpenghan telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya mengambil straw Coffee Bean dengan banyak dan juga membeli aiskrim McDonalds. Apa yang mengejutkan adalah, starw tersebut dijadikan pasta dan aiskrim menjadi bahan untuk kuah carbonara.

@kumpenghan

They say the straw is turtle friendly. What could go wrong? #coffeebean #straw #Mcd #carbonara #recipe

♬ Comical and a little silly carefree music(831995) – Etsuo Kawasaki

Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana lelaki itu menjadikan straw Coffee Bean itu sebagai pasta. Malah, memasukkan aiskrim McDonalds ke dalam kuahnya juga cukup pelik dan hasilnya tidak menyelerakan.

Para netizen juga bertanya kepada lelaki tersebut apakah rasa pasta yang dibuatnya kerana dapat dilihat kuah carbonaranya cair bukannya pekat seperti kebiasaan. Tidak hanya itu, ada juga netizen mengatakan pasti selepas ini Coffee Bean akan kenakan caj untuk straw kerana lelaki itu ambil dengan banyak bagi mengelakkan kejadian berulang.

Video itu juga mendapat perhatian Khairulaming dan beliau mengatakan terus berasa murung dan stress selepas melihat resipi menjadikan straw Coffee Bean sebagai pasta. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 900 ribu tontonan dan mendapat 73 ribu tanda suka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Pernah Kutuk Rakyat Kelantan, Kini Caprice Kahwin Wanita Kelantan Senyap-Senyap?

‘Geng Kuda’ Tinggalkan Najis Di Drive-Thru McDonalds Raih Kecaman Netizen

‘Macam Jemur Kain’- Penganjur Dikritik Selepas Artis Luah Kekecewaan Karya Seni Disidai

Anda Mungkin Suka