Terkini, pemilik akaun Maybank dinasihati berwaspada terhadap kemunculan sindiket penipuan ‘Spoofing’ yang sedang giat berleluasa. Menurut Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Siasatan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Datuk Kamaruddin Md Din, pihaknya mengesan wujud rangkaian sindiket baru yang menyamar sebagai pegawai bank khususnya Maybank untuk menipu orang awam.

Melalui teknik operasi ini, sindiket tersebut akan menghubungi telefon mangsa secara rambang sebelum memulakan perbualan dengan mendakwa nama mangsa digunakan individu tertentu untuk melakukan pinjaman peribadi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ahli sindiket akan memperkenalkan diri sebagai pegawai bank sebelum meminta mangsa menyatakan nama penuh dan nombor MyKad untuk tujuan pengesahan.

“Suspek kemudian mendakwa ada individu yang menyamar dan membuat pinjaman peribadi menggunakan identiti mangsa,” katanya.

Apabila mangsa mula panik, suspek akan menasihati mereka untuk membuat aduan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan memberi nombor telefon yang sudah diubah menggunakan ‘platform voice over internet protocol’ (VOIP) untuk memperdaya mangsa.

“Meskipun itu bukan nombor asal BNM atau PDRM akan tertera nombor asal dua agensi kerajaan pada telefon pintar mangsa menggunakan peralatan VOIP,” katanya.

Jelas beliau lagi, sebaik sahaja mangsa menghubungi nombor itu, seorang lagi ahli sindiket yang menyamar sebagai pegawai BNM atau PDRM akan menjawab panggilan itu. ‘Pegawai palsu’ itu pula akan meminta maklumat perbankan dan kad kredit mangsa kononnya untuk tujuan pengesahan dan semakan.

Sumber