Kecoh sejak semalam di media sosial apabila seorang usahawan produk tampil memuat naik sebuah video bercakap secara biadap dan memalukan kumpulan gelandangan.

Melabelkan warga emas ini sebagai malas dan banyak bermain-main dalam hidup sewaktu muda sekaligus telah membuatkan orang ramai kurang senang dengan individu ini. Lebih membuatkan para netizen bengang adalah kata-katanya yang mengatakan “God sent me to help you” kepada kumpulan gelandangan tersebut.

Tidak hanya mendapat kecaman daripada para netizen, selebriti Aaron Aziz yang popular dengan watak Malek dalam filem KL Gangster tampil berkongsi video berkenaan di Instagram beliau memaklumkan kepada usahawan berkenaan untuk menjaga adab dan tidak kurang ajar dengan warga emas.

Saranan daripada Malek nyata mendapat sokongan rakan artis serta para netizen yang lain di mana rata-ratanya geram dengan tindakan usahawan terkenal berkenaan.

Selain Aaron Aziz, insiden tersebut turut mendapat perhatian selebriti lain seperti Harith Iskandar, Caprice dan Sherry Ibrahim yang turut memuat naik video yang sama.

Screen Shot 2021-07-29 at 11.12.59 AM

Sumber: instagram aarondwiaziz

Screen Shot 2021-07-29 at 11.13.10 AM

Sumber: instagram aarondwiaziz

Berdasarkan kecaman yang diterima, difahaman usahawan terkenal tersebut baru sahaja membuat permohonan maaf atas tindakan yang dibuat. Beliau turut memaklumkan sepanjang beliau hidup, beliau tidak pernah biadap kepada sesiapa khususnya kepada warga tua dan memaklumkan niat beliau sekadar untuk membantu serta mengubah hidup golongan gelandangan ini.

Beliau juga turut memohon maaf kerana tidak memakai pelitup muka ketika bercakap dan mengakui beliau sudah dipanggil pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan dikenakan kompaun.

Ketahui lebih lanjut mengenai isu yang berlaku antara usahawan ini bersama warga emas dengan klik pautan di bawah.

Malukan Dan Biadab Dengan Warga Emas, Usahawan Ini Sekali Lagi Cetus Kontroversi

‘I’m Sorry Malaysia’ – Usahawan Tampil Buat Penjelasan Apa Yang Terjadi Dalam Video Tular

Kalau Kuasa Dan Pengaruh Tanda Berjaya, Maka Firaun Adalah Idola Kita

Anda Mungkin Suka