Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada pagi semalam, Jaguar Land Rover (JLR) telah mengumumkan akan mengubah produksi mereka untuk menjadi jenama kereta elektrik sepenuhnya dalam tempoh lima tahun, sementara Land Rover pula akan mengeluarkan enam buah kereta elektrik menjelang tahun 2025.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Jaguar Land Rover, Thierry Bolloré menyatakan kereta pertama elektrik sepenuhnya Land Rover akan diperkenalkan pada tahun 2024. Manakala lima buah kereta lagi akan diperkenalkan dalam tempoh dua tahun tersebut.

LR_SILKS_IMAGE

Thierry Bolloré turut mengakui syarikat itu berkemungkinan akan mengorbankan volume for profit untuk mencapai sasaran pelepasan sifar karbon pada tahun 2039. JLR juga akan mula menguji prototaip sel elektrik bahan bakar hidrogen di jalan raya UK tahun ini kerana mahu memansuhkan penggunaan enjin diesel sepenuhnya pada tahun 2026.

“Menjelang pertengahan dekad, Jaguar akan muncul sebagai jenama mewah elektrik tulen dengan portfolio reka bentuk baru yang menarik dan mempelopori teknologi generasi akan datang,” kata Thierry Bolloré.

JAGUAR_SILK_IMAGE

Thierry Bolloré mendedahkan bahawa JLR akan menghabiskan £2.5 bilion pound (RM14 billion) setahun untuk projek pembangunan ini dan kereta prototaip akan tiba di jalan raya UK dalam 12 bulan hadapan sebagai sebahagian daripada program pelaburan jangka masa panjang.

Baca lagi artikel-artikel berkaitan kereta elektrik yang pernah kami siarkan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Teknologi Tesla Didakwa Mampu ‘Mengesan’ Hantu Semasa Memandu?

Tesla Kembali Lancarkan Kereta Model S Dan Model X Dengan Nafas Baru

Bekas Naib Presiden Porsche Chassis Sertai Projek Apple Car

 

 

 

Anda Mungkin Suka