Jika pada tahun lalu hangat dibincangkan serta turut mengumpul pengikut di Malaysia mengenai ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir, siapa sangka tahun ini turut menyaksikan sebuah lagi ajaran yang turut menjadi ikutan beberapa individu iaitu ajaran berpandukan mimpi yang dikenali sebagai Mimpi Lelaki Pakistan.

Menurut laporan Sinar Harian, difahamkan ajaran ini mengajak orang ramai untuk mempercayai terdapat seorang lelaki dari Pakistan menerusi mimpinya mengenai akhir zaman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menggunakan platform e-mel

Mengulas mengenai bagaimana ajaran melibatkan mimpi ini disebarkan, ajaran ini memilih cara yang sukar dikesan orang ramai iaitu menerusi e-mel yang dihantar kepada individu tertentu serta turut menyenaraikan beberapa laman web untuk orang ramai sebagai rujukan.

Selain itu, terdapat juga WhatsApp Group yang ditubuhkan dalam menyebarkan ‘ajaran’ yang setakat ini sudah disertai oleh lebih 230 individu.

Dibawakan oleh kumpulan yang berasal dari Indonesia

Dinamakan sebagai ajaran mimpi lelaki Pakistan, dilaporkan ajaran ini dibawakan dan disebarkan oleh kumpulan yang dinamakan sebagai Gerakan Akhir Zaman (GAZA) yang berasal dari Indonesia.

Kumpulan ini bertindakan dalam membantu membuat persiapan akhir zaman menerusi mimpi seorang lelaki Pakistan bernama Muhammad Qasim Abdul Karim.

Berdasarkan dakwaan, Muhammad Qasim dilaporkan telah mendakwa pernah bertemu dengan Allah dan juga Rasulullah sebanyak 300 kali serta turut diberikan amanah oleh Allah untuk berkongsi mimpinya bersama orang ramai. Selain itu, Muhammad Qasim turut mendakwa pernah beberapa kali bermimpi bertemu dengan Dajjal serta dapat melihat Yakjuj dan Makjuj.

Bukan sahaja Malaysia, ajaran ini dikatakan dikatakan semakin popular di Indonesia serta beberapa negara lain berikutan mimpi lelaki berkenaan yang dilihat telah banyak menjadi kenyataan.

Kumpulan GAZA ini dilaporkan pernah ke Pakistan sekitar pada tahun 2021 lalu bagi bertemu sendiri bersama Muhammad Qasim sekaligus menimbulkan keyakinan bagi pihak mereka. Sesi Zoom Live dilaporkan pernah diadakan sebelum ini dalam memberi pendedahan Muhammad Qasim kepada pihak luar dan juga para wartawan.

Setakat ini pihak JAIS masih belum menerima sebarang aduan mengenai penyebaran ajaran sesat itu di Selangor. Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mereka yang berbuat demikian boleh dianggap kufur atau terkeluar daripada agama Islam.

Tular pada minggu ini apabila UAE mengumumkan bakal benarkan ‘perjudian’ umum dengan kontrak berbilion dolar bersama syarikat kasino dari Amerika Syarikat.

UAE Bakal Benarkan ‘Perjudian’, Umum Kontrak Berbilion Dolar Dengan Syarikat Kasino Dari AS

Makanan Terbiar Atas Dapur, Netizen ‘Kembang Tekak’ Lihat Penyediaan Makanan Restoran Ternama

Sumber