Nampaknya ahli Marvel Cinematic Universe bakal bertambah lagi selepas ini. Terbaru, pelakon berkarisma dan terkenal Jake Gyllenhaal yang popular dengan filem Nightcrawler dan Prisoners dikhabarkan telah menandatangi kontrak untuk menjadi sebahagian daripada ahli terbaru Marvel Cinematic Universe.

Berdasarkan ura-ura, kemungkinan Jake Gyllenhaal bakal membuat penampilan di dalam filem sequel Spider-Man terbaru sebagai Mysterio. Selain itu, Michael Keaton antara yang dikhabarkan bakal turut membual penampilan di dalam filem terbaru Spider-Man ini sebagai The Vulture.

Spider-Man Homecoming 2 dijadualkan bakal berada di pawagam pada Julai 2019 selepas berakhirnya Avengers Infinity War bahagian kedua.