YouTuber, Jake Paul yang kini berkecimpung dalam bidang sukan tinju mahu Will Smith dan Chris Rock bertarung di dalam gelanggang dan menyelesaikan perselisihan antara mereka selepas Smith menampar Rock semasa majlis Anugerah Oscar, semalam.

Paul mencabar kedua pelakon dan pelawak itu untuk menyelesaikan perselisihan mereka di gelanggan tinju dan menawarkan Will Smith dan Chris Rock AS$15 juta (RM63.3 juta) setiap seorang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam ciapannya di ruang Twitter, Paul berkata, “Saya ada $15 juta untuk Will Smith dan $15 juta untuk Chris Rock. Ayuh lakukannya Ogos ini.

“Seseorang tolong hubungkan saya dengan wakil Will Smith di telefon secepat mungkin.”

Semalam, pertelingkahan telah berlaku di antara Chris Rock dan Will Smith pada acara Oscar 2022. Chris Rock telah membuat jenaka tentang penampilan isteri Will, Jada.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Paul menawarkan sejumlah wang tunai kepada dua selebriti yang sedang bertelagah. Pada awal bulan ini dia menawarkan  $60 juta untuk Pete Davidson dan Kanye West untuk menyelesaikan masalah mereka di gelanggang tinju.

Bengang penyakit isteri jadi ‘bahan gurauan’, Will Smith tampar Chris Rock di Anugerah Academy. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Bengang Penyakit Isteri Jadi ‘Bahan Gurauan’, Will Smith Tampar Chris Rock Di Anugerah Academy

Lihat Bagaimana Reaksi Will Smith Ketika Bekas Isterinya Mengaku Pernah Curang

Tonton Video Kolaborasi ‘Awesome’ Antara Sofyank96 Dan Will Smith