Semalam kecoh di media sosial apabila Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan sebuah khemah besar di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam dipercayai milik syarikat terkenal Jakel.

Malah, pihak MBSA turut mengatakan bahawa khemah tersebut menggunakan bekalan elektrik daripada pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) secara tidak sah.

Susulan dakwaan tersebut, pihak Jakel diwakili oleh Pengarah Jakel Shah Alam, Mohamed Izani Mohamed Jakel menafikan dakwaan berlaku kejadian kecurian bekalan elektrik kerana mempunyai meter yang sah dan tidak pernah terlepas membayar bil setiap bulan.

Pihak Jakel turut menepis dakwaan bahawa struktur elektrik dibina tidak mengikut spesifikasi dan boleh mengundang bahaya.

710130
Sumber: Sinar Harian

Tambahnya, pihaknya yakin ianya hanyalah satu salah faham. Menjawab dakwaan khemah yang didirikan tanpa permit, khemah tersebut dikatakan bukan milik syarikatnya tetapi milik sebuah syarikat yang berpengkalan di Johor Bahru.

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, ia menjadi salah satu faktor syarikat tersebut tidak dapat menyambung permit dan pihak kontraktor tidak sempat untuk meruntuhkan ia.

Dalam satu kenyataan terbaharu, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam telah mengeluarkan sebanyak 4 Notis Amaran Kesalahan kepada pihak Jakel sejak tahun 2015 kerana gagal patuhi arahan pihak berkuasa sebelum tindakan perobohan dilakukan MBSA.

Pada 2 Mac 2020, pihak MBSA telah mengeluarkan notis memaklumkan bahawa khemah tersebut telah dibina tanpa kelulusan bertulis daripada MBSA. Notis tersebut telah meminta pihak tersebut merobohkan struktur khemah serta merta tetapi pihak Jakel gagal berbuat demikian.

Pastinya menjadi satu kesalahan tidak mematuhi undang-undang yang ada dan apakah pandangan anda mengenai isu ini?

Sementara itu, untuk baca artikel berkaitan Jakel bolehlah klik pautan di bawah ini.

Didakwa Didirikan Secara ‘Haram’, MBSA Robohkan Khemah Milik Jakel

Muzaffar Jakel Mohon Maaf, Jelaskan Hantaran Di Media Sosial Dimanipulasi

Marah Dengan Gedung Kain Terkenal, Netizen Seru Beli Koleksi Baju Ebit Lew Tunjuk Kuasa Pembeli

Sumber