Gula-gula White Rabbit merupakan antara gula-gula yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia satu ketika dahulu. Sedia maklum, sebelum ini Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei (MoRA) telah mengesahkan gula-gula susu White Rabbit merupakan salah satu produk yang tidak halal.

Malah, isu sama ada gula-gula tersebut halal atau tidak menjadi isu pendebatan dalam kalangan netizen di media sosial. Baru-baru ini, menerusi laporan TV Al-Hijrah, gula-gula ‘White Rabbit Creamy Candy’ yang diimport dari China itu telah disahkan mengandungi gelatin atau bahan berasaskan haiwan yang tidak halal.

Hal tersebut diberitahu oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hal ehwal agama, dimana status halal gula-gula White Rabbit itu telah dibuktikan menerusi beberapa siri ujian makmal. Ujian makmal itu dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM dan mendapati gelatin daripada khinzir bo-vign dan gelatin daripada lembu yang tidak dapat disahkan halal.

Walau bagaimanapun, gula-gula ini masih dijual di kedai-kedai seluruh Malaysia dan pihak kementerian telah memberi nasihat kepada muslim di Malaysia untuk mengelakkan pembelian produk makanan dari China yang meragukan.

Sekarang isu status gula-gula White Rabbit sudah diketahui. Di bawah ini kami senaraikan beberapa artikel yang berkaitan gula-gula White Rabbit.

Gula-Gula White Rabbit Telah Disahkan Tidak Halal Oleh MoRA

Yumcha Malaysia Hasilkan Minuman ‘Bubble Tea’ Perisa White Rabbit

Inside Scoop Perkenalkan Aiskrim Gula-Gula White Rabbit

Sumber