Memasuki tahun 2020, sudah menjadi keperluan buat setiap keluarga untuk memiliki bekalan air yang ditapis dan bersih melalui penyediaan penapis air di rumah.

Permintaan penapis air yang tinggi melihatkan kepada keadaan air semasa sekaligus membuka peluang buat syarikat penapis air dalam dan luar negara menawarkan produk mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

clean-drink-water-glass-opt

Walau bagaimanapun, laporan yang dikeluarkan hasil kajian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengejutkan ramai apabila didapati 120 penapis air yang berada di pasaran diragui status halalnya berikutan penggunaan tulang haiwan yang tidak diketahui.

Perkara ini turut disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui pemeriksaan lapangan yang menemui penapis air mengandungi bahan daripada sumber haiwan seperti tulang dan lemak.

Sehubungan dengan itu, pihak JAKIM telah mewajibkan setiap jenama penapis air khususnya yang diimport dari luar negara untuk mendapatkan pengesahan halal sebelum ditawarkan di pasaran.

Kami kongsikan juga kepada anda beberapa laporan daripada JAKIM melibatkan beberapa makanan yang menjadi kegemaran ramai. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Didakwa Menggunakan Darah Khinzir, Ini Penjelasan JAKIM Mengenai Status Halal Ah Cheng Laksa

JAKIM Pula Sahkan Gula-Gula White Rabbit Tidak Halal

FamilyMart Sah Terima Sijil Halal Daripada JAKIM

Sumber